Mood: nak tengok benda hijau sebab seminggu terkurung dalam UIA yang serba serbi batu konkrit. Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak keluar ke Taman kat Amcorp Mall hari ni (area PJ je, naik teksi pun dalam RM 6 ringgit. Jimat !). Sebenarnya, dah lama plan nak keluar picnic, konon nak cipta kenangan sebelum masuk Kuantan bulan 9 ni (kesian kan, kawan-kawan sebaya yang lain semua dah masuk main camp. Kami budak UIA je still di asasi).
Kenyataan yang perlu diterima oleh student UIA sebab kita ni student, bukan orang atasan. Sistem asasi UIA ni 2 tahun sebab kami kena belajar language (English and Arabic). Jadual yang tak terlalu padat memberi peluang pada kami untuk timba banyak pengalaman setiap kali hujung minggu. Sabtu minggu lepas, kami sempat pergi ke majlis talaqi bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari di Masjid Negeri Shah Alam dan keesokannya rehlah bersama sahabat2 di Taman Tasik Perdana dan Planetarium Negara.
Setiap perkara ada hikmahnya. Walaupun tempoh 2 tahun tu kita manfaatkan sebaiknya, insya Allah tak sia-sia. Sesungguhnya, menurut Dr Yusof Qardhawi, HAKIKAT UMUR insan di sisi Allah dikira berdasarkan 'amal soleh dan ihsan pada makhluk. Kalau tempoh 2 tahun itu kita hanya fokus untuk akademik dan exam semata, maka outputnya nanti hanyalah result CGPA yang tinggi. Tapi kalau tempoh 2 tahun tu kita manfaatkan untuk study, dakwah, dan kenal dunia luar, insya Allah kita akan jadi MANUSIA HEBAT.
Ok, sebenarnya nak berkongsi sedikit pengalaman yang dapat di playground pagi tadi. Selepas breakfast (nasi lemak, air, dan sandwich), kami bermain di playground. Kebetulan cuaca mendung, jadi budak-budak pun tak ramai. Rezeki di depan mata. Apalagi, kami berenam yang conquer kawasan tu.
Tengah syok main, datang seorang budak lelaki Chinese nak main gelongsor dengan papanya. Papa dia beritahu kat anaknya: “Say hi to kakak”. Nampak macam baik dan friendly. Saya dan Athirah pun tegur la papa budak tu. Tanya apa nama budak comel ni dan umur berapa. Niat asal sekadar nak sapa tanda kita saudara 1 Malaysia ni tak jadi bila perbualan kami berlarutan hampir 1 jam. Nama budak laki comel ni ialah Hang dan papa dia, uncle Malvin. Katanya, dia suka bawa Hang ke playground ni untuk meluangkan masa dengan anak tunggalnya ni. Supaya Hang kenal siapa papanya sebab Uncle Malvin ni banyak kali kena kerja outstation di US sebab urusan kerja dan ia memakan masa berbulan lamanya. Rupanya, uncle Malvin yang hanya simple dengan berbaju t shirt, short pan (nasib baik bawah lutut) dan selipar jepun tu adalah lulusan degree dari Unversity of Adelaide, Australia, ambil master di US dan seterusnya menyambung PhD di UK dalam bidang software engineering. Wow, langsung tak sangka dia ni phD holder. So, don’t judge a book by its cover.
Alhamdulillah, Allah sampaikan hajat di hati. Dalam teksi ke taman tadi, saya ada pasang niat supaya rehlah kami ni bukan sekadar rehlah saja-saja, sekadar nak breakfast depan tasik dan bermain di palyground sahaja, TAPI biarlah dapat something beneficial. Syukur pada Allah. Banyak sangat benda yang dapat kami belajar dari uncle Malvin tadi. Banyak nasihat yang berguna, sekaligus practise speaking English. Antara pesanannya tadi:
Be optimist and innovative “You all must struggle for your future. Change your mentality that you cannot do that cannot do this. We are what we thinking of. Don’t say die before you try on. Yes, it's sure that we will busy with our study and work soon. But, it is the reality that we must go through. Those who succeed are those who are capable of facing all challenges and tribulations with a POSTIVE MIND. Don’t take something difficulties as a problem, but take it as a challenge and find how to solve it. Also, don’t limit the capability of your mind. Don’t be an exam oriented student, who just memorize and focus on teaching of lecturer’s only. Don’t just copy your friend’s assignment and manipulate internets only. It looks likes your assignment is 1+2+3=6 and your friend is 2+1+3=6. One simpler example is look to your mother and father. 1 Mother + 1 father = can be 2 children or 3 children or 4 children or more than that. It just not have exact answer that 1+1 equal to 2 only. So, don’t limit your mind on syllabuses only. Think out of the box. Believe in yourselves”.
Open your eyes Sedikit sebanyak pesan uncle Malvin yang sempat saya ingat. Dia kritik sistem pembelajaran Malaysia yang terlalu exam oriented. Sebenarnya, dia pernah kerja di salah sebuah universiti tempatan di sini. Tapi resign sebab tak suka dengan suasana student yang suka copy paste assignment dari internet. No challenge katanya. Kalau sistem pendidikan di oversea lebih melatih students agar jadi innovative, yang mana students diwajibkan untuk membuat research dan teori yang tersendiri. Dia harap education system ni berubah sebab student universiti ni terlalu bookworm, fokus untuk exam hingga lupa untuk belajar benda lain dan kenal dunia luar). Sebab tulah masyarakat Malaysia ni mudah terpengaruh dengan budaya luar. Tiba-tiba teringat kisah group K Pop baru di Malaysia iaitu gula-gula dan 24/7 yang kononnya nak tiru gaya artis Korea. Isy, annoying! Kenapa mereka tak jadikan Nabi sebagai ikutan, tapi jadikan artis-artis Christian ni sebagai ikutan. Syariat langsung tak diambil peduli. Sabda Nabi: “Tanda akhir zaman ialah apabila fitnah berleluasa”.
We all are beggars Satu lagi, terkesan dengan cerita uncle Mavin tentang kisah dia dengan seorang pengemis. Pernah sewaktu dia di Bahrain, dia didatangi oleh seorang pengemis wanita yang meminta sedikit wang daripadanya. Dia hanya menggelengkan kepala tanpa memandang wanita pengemis itu. Lalu, pengemis itu berkata: “Don’t do like this. We both are beggars. I beg money from you. But I believe you also beg for something in your life. We always need something to support our life”. Ya, kisah yang simple tapi banyak makna tersirat. Mungkin uncle Malvin Nampak benda tu dari sudut keduniaan. Tapi kami nilai kisah itu dari sudut pandang sisi seorang Muslim. We are the beggar for nikmat and rahmat from Allah. Every day, we beg from Allah to give us a good life in here and hereafter after pray in our du’a. We beg from Allah in our pray 5 times every day.
Yes, we are beggar. So, don’t be proud and riya’ with ourselves. Everything is from Allah. Yes, we created by Allah and we will go back to Him.
Kesian Hang terpaksa tunggu kami bersembang dengan papa dia sampai mengantuk. Bukan salah kakak-kakak ye dik. Papa Hang ni suka bercerita. Lastly, kami doakan moga uncle diberi hidayah Allah untuk kenali Islam lebih dekat dan menjadi Muslim satu hari nanti. Uncle orang bijak, gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menilai hakikat hidup bahawa semuanya datang daripada Allah. Allahumman layyin qolbahu.
………………………………………………………….................................................
Lepas tu, sempat lagi kami cuci mata di Amcorp Mall. Destinasi yang jadi sasaran ialah kedai buku Popular. Habit yang suka dengan buku ni tak boleh ditahan. Akhirnya, terbeli 2 buah buku iaitu 7 Formulas of Individual Excellent- Dr Danial Zainal Abidin dan buku Bahagiakan Hatimu - Ibn Qayyim Al Jauziyyah. Terima kasih Abi dan Ummi sebab bank in duit baru ni. Pesan Abi, “Pandai-pandai lah guna duit tu. Nak beli benda kat KL ni sebelum gi Kuantan kekgi”. Ingat lagi, dulu pernah plan dengan roommate nak jual nasi lemak, kononnya nak survive waktu short sem ni sebab short sem inilah waktu genting student sebab kami tak dapat duit KPTM, hanya bergantung pada mak ayah. Akhirnya, planning tu tak jadi sebab semuanya dapat duit dari mak ayah masing-masing selepas mengadu short duit. Nampak sangat tak boleh berdikari. Jadi, moral value ialah kenanglah jasa ibu bapa dan belajarlah sungguh-sungguh supaya tak hampakan harapan sendiri dan harapan mereka tersayang.
Alhamdulillah, sampai di PJ dalam pukul 1 tengah hari. Terima kasih pada roomate (athirah, aqilah, zaleha) dan juga thank to shahira dan ilyana kerana bersama-sama ceriakan hujung minggu ini. Mood sekarang: kena siapkan assignment analysis surah Al Mukmin.
Salam Najah.Awak ada bakat besar untuk menulis.Klau awak dapat perincikan cerita uncle itu dengan wanita Bahrain ,mesti lebih menarik:)
ReplyDeletewslm. Alhmdlh. menulis utk berkongsi. cerita ttg we all are beggars k? myb aishah can elaborate more in your opinions.. =)
ReplyDeletewe all are beggars. erm, menarik jgk klu dpt elaborate lg. men playground. hee, mcm budak kecik. anyway, ok la nk lepas stress study. wink2
ReplyDelete(dikna)-nk bg link x leh sbb i've no blog yet.