Tuesday, 12 April 2011

muslimat: terover malu atau tak tahu malu?


Sketsa hidup sang perempuan

Situasi 1...
A: Ok muslimat, siapa volunteer nak bagi tazkirah??
B: (aku pandang dia, dia pandang aku. saling mengharap pada yang lain)

A: Esok awak jadi ketua untuk presentation ye?
B: Isy, malu la nak present depan budak laki. Loss habis idea nanti.

Situasi 2...
A: Eh, kau tak malu ke pakai macam ni? Macam ketat je baju ni, tudung pun singkat sangat ni
B: Aik, kenapa nak malu? Aku pakai tudung la, bukannya tak pakai

A: Tak manis la kalau orang tengok awak asyik dating je dengan budak laki tu. Kita kan perempuan, malu la sikit.
B: Ala, buat apa nak malu dengan orang? Diorang bukan boleh buat apa pun.
A: Dengan Allah macam mana? Tak ke rasa malu dengan Allah sebab duk buat maksiat berdua duaan dengan bukan muhrim ni??
B: Gulpp..

Semalu. Pantang disentuh, pasti  tertunduk malu
.............................................................................................................................
Kesimpulannya, berpadalah dalam sifat MALU ini. Jika terlalu malu payah, tapi kalau tak tahu malu pun susah. Be moderate. Jadikan malu sebagai iman, bukan sekadar lakonan. 

Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah berpesan bahawa: "Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang:

  • menjaga nikmat anggota badan agar tidak digunakan untuk bermaksiat kepada Allah
  • sentiasa mengingati kematian
  • tidak panjang angan-angan dunia
  • jadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. 
Maka, sesiapa yang melakukan semua itu, ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu”.
..........................................................................................................................
MUSLIMAT 3 IN 1

Jom jadi muslimat hebat. Terlebih malu, tertinggal di belakang. Tak tahu malu, gelap masa depan. Contohilah muslimat zaman Rasulullah dahulu. Siapa sangka tangan yang lembut menghayun buaian mampu mengoncang dunia dakwah. Teringat kisah hebat peranan muslimat dalam perjuangan Islam.


Bagaimana hebatnya Sofiyyah (ibu Zubair al Awwam) yang nekad memakai pakaian perang dan menikam Yahudi dengan kerambit, lalu memenggal kepalanya kerana Yahudi itu cuba mengintip kubu wanita & kanak-kanak semasa Perang Ahzab. Bagaimana hebatnya pengorbanan Asma' yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki ke Gua Thur yang terletak di puncak bukit itu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahanda Abu Bakar sewaktu peristiwa hijrah. Betapa beraninya Ummu Nusaibah bangun mempertahankan Nabi yang terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amir al fasiq sewaktu Perang Uhud sehingga bahunya ditetak. Betapa besarnya pengorbanan ibunda Saiditina Khadijah r.a dalam perjuangan Islam sehingga sanggup menginfakkan seluruh hartanya demi Islam dan menjadi pendamping setia di waktu Nabi kesusahan. Bagaimana hebatnya Saiditina Aisyah r.a sebagai ilmuan muda yang menjadi rujukan ramai. Gagahnya Khaulah Al Azwar di medan perang. Hebatnya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah pada Tuhannya. 

Allahuakbar, ramainya teladan muslimat yang boleh kita contohi. Hidup sepenuhnya dimanfaatkan untuk 'amal akhirat. Anak dididik agar menjadi pejuang Islam, hati dipenuhi dengan cinta Ar Rahman, turun berjuang di medan perang, ilmu ditimba untuk mencari kemanisan iman. Inilah mereka wanita mulia. Hebat sufi, hebat haraki, hebat intelektual. 

Mahu jadi seperti mereka? Teringat pesan sahabat. Latihlah jiwa sufi dengan kuatkan pergantungan tawakkal pada Allah dan cari cinta Allah dengan banyakkan ibadah. Latihlah jiwa intelek dengan banyakkan membaca dan update isu semasa. Latihlah jiwa haraki dengan berkorban untuk perjuangan Islam kerana agama Islam adalah agama pelaksanaan. Sesungguhnya, cinta Allah itu praktikal. Jadikan cinta Allah sebagai bekalan dalam rintangan perjuangan. 

Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung!

No comments:

Post a Comment