Monday, 2 July 2012

welcome my junior -uia medic-

Welcome to another chapter of life as medical trainers..
And welcome to the 'road of jannah':    وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طِرِيقاً إِلَى الْجَنَّة
(Barangsiapa yang melalui jalan utk menuntut ilmu, nescaya Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga)

Sistem blok
Ok, 1st meh nak cerita roughly subjek yang kena ambik setiap blok. Sebelum tu, taw kan yang sistem medic di uia ni dia pakai sistem blok. 1 blok ada lah dalam 11 minggu (ni applicable utk pre clinical which are 1st n 2nd yr je). Cuti interblok tu pulak dlm 1 minggu lebih.

1st blok
  • anatomy
  • physiology
  • biochemistry
  • embryology
  • histology
  • IIMP (Islamic Input Medical Programme)
2nd blok
  • pathology
  • immunology
  • psychology
  • histopathology
  • IIMP (Islamic Input Medical Programme) 
3rd blok
  • microbiology
  • parasitology
  • pharmacology
  • IIMP (Islamic Input Medical Programme) 
 4th blok (lebih pada research)
  • epidemiology
  • biostatistic
  • occupational health
  • environmental health
Erm, blok mana paling tough? jawapannya depend pada minat kita. Kalau kita kurang minat anatomy, akan rasa la 1st blok ni tough. Kalau kita kurang minat microbe, 3rd blok la macam tough sikit. Just be optimist and keep continue praying for strength from Allah. Insya Allah, boleh survive lagi :)

Schedule
Ok, untuk jadual pulak, 1st blok dan 3rd blok ni agak pack sikit la, kelas biasanya 8 pagi hingga 4 petang. Jadual dia sejam je untuk 1 subjek. Rehat dalam pukul 10-10.30 pg dan pukul 12.30 tgh hari-2 petang. Petang biasanya ada lab practical dan PBL hari selasa. Dan kita akan belajar dalam lecture hall, kalau bilangan students 141 orang, sumbat semua tu la dalam lecture hall.

PBL
PBL ni singkatan untuk Problem Based Learning. Dia macam group discussion yang terdiri daripada 12-14 orang students dan akan ada lecturer yang pantau. Setiap hari Jumaat, akan keluar 1st trigger (Contoh kes: Ahmad, 6 year old have abdominal pain and fever for 5 days and he was admitted to Pediatric Department PPUM). Jadi, kerja kita untuk cari possible diagnosis untuk penyakit Ahmad ni, maybe; food poison, appendicitis, cholangitis, gastritis dll. Nanti hari Selasa petang tu, kita akan dapat 2nd trigger (dia akan bagi history of presenting illness, past medical history, family history), 3rd trigger (general examination dan systemic examination), dan 4th trigger (lab investigation) untuk spesifikkan lagi diagnosis penyakit tu. So, all of these will be dicussed during PBL hari selasa tu, guided by a doctor.

Yuran
Yuran asrama utk medic 1 semester= RM1540. Kiranya setahun, dalam RM 3080. Ni baru yuran asrama, x masuk lg yuran batch, lecture notes dll..

Buku
Buku medic ni kalau nak beli semua, memang habis la duit JPA.Don't worry, nanti bila masuk, akan ada senior jual buku ni dengan half price. Buku medic ni biasanya dalam RM70-100. At least dapat save budget kalau beli 2nd hand book ni. Paling penting, kena rujuk senior bila nak beli buku. Kalau tanya saya yang malas2 ayam nak baca buku, mmg saya hanya syorkan buku yg extremely penting (wajib) utk beli. Tapi kalau tanya best student yang memang hidup dengan buku, of course antum akan dapat jawapan,"buku tu penting, buku ni penting. Last2 mmg ratus2 duit habis beli buku". Depend :)

Exam
Part yang semua orang nak tahu. Sebab exam ni kunci kita untuk naik ke tahun seterusnya. Kita kena pass at least 3 blok. Kalau fail 2 blok, dan x lepas passing mark, alamat kena repeat semula semua blok ni, maksudnya kawan-kawan lain dah naik 2nd year, tapi kita still lagi 1st year. Exam medic untuk pre-clinical year ni ada 2; mini test dan end block exam.  

Mini test ni MCQ sahaja, tapi negative marking, means that if we answer wrong, it will minus our mark. Jadi, kalau tak tahu jawapan tu, better tak yah jawab. Total percent untuk mini test ni 20%. 10% untuk PBL dan 70% untuk end blok exam. 

Ok, jom cerita tentang end blok exam pulak. End blok exam ni ni ada 4 exam; 
1) Essay (3 soalan, total 75m).
2) Short notes (5 soalan, total 50m)
3) OSPE (exam dalam dissection hall. Yang ni kena concern dengan graph, pictures, labels, lab specimens, dan kalau anatomy tu, directly kita belek cadaver dalam exam OSPE ni. Total 50m)
4) PBQ, Problem Based Question (exam untuk PBL, consists of all subjects we take for that block. Total 100m)
5) MCQ (total 125m)

Exam biasanya 3 hari. 1st day essay dan short note. 2nd day OSPE. 3rd day PBQ dan MCQ. Jadi, lepas tu cuti dalam seminggu lebih sebelum masuk blok baru. Time cuti ni memang holiday betul lah. Langsung tak de assignments. Jadi, bolehlah kita manfaatkan cuti ni sebaiknya, bukan nonton movie je memanjang. Rugi! Waktu sibuk kita study, waktu lapang pulak kita tengok movie. Habis, bila masa untuk kita fokus akhirat kita dan timba ilmu agama? Peringatan buat diri sebenarnya!

Now, move on to 2nd year.

For me, 2nd year is more systematic and interesting because we will learn by system for each block. Some topics, we just recall what we've learned in 1st year, especially anatomy, physiology, parasite and microbiology. Kalau 1st year untuk parasitology, semuanya kita belajar; Entomoeba, Ascaris, Plasmodium, Toxoplasma etc. Tapi, bila masuk 2nd year, kita akan re-learn parasite ikut system. Lagi menarik and of course, lagi banyak ilmu baru yang kita akan belajar :).

1st blok: respi, cardiovascular, hematology.
2nd blok: GIT n hepatobiliary
3rd blok: endocrine n genitourinary
4th blok: special senses (ear, eyes, nose) n neurology

For every system, we'll learn and focus on anatomy, histology, embryology, physiology and learn about disease related to that system. For example, in 1st block, we  have respi system. So, kita akan belajar segala apa yang berkaitan lung; anat, histo, embyo dan juga physio related dengan lung, plus disease related with respi such as tuberculosis, asthma, pneumonia, lung cancer etc. So, it goes same with other blocks.

At the end 2nd year, we'll have professional exam, the one that determine either we can go to clinical year or not. It includes all things for whole 1st and 2nd year syllabus. Style pro exam ni sama je macam final exam setiap blok, ada 3 essay, 5 short notes, OSPE, mcq, and pbq. Bagi yang berjaya pass pro exam sahaja dapat masuk tahun 3 (clincial year).


Ni antara timbunan notes utk 1st pro exam :)
3rd year
Dan, just brief view for 3rd year. This my posting rotation in 3rd yr. nanti kite 1 batch akan dipecahkan pada 4 group. So, kite akan rotate la keempat2 posting ni.
This my rotation. And now, i'm in the last posting (Internal Medicine). Pray for me too. Final exam just coming soon- 8 syawal ni. Moga najah..
Muslim + Doctor = EXCELLENT  :)

Last, paling penting rasanya iaitu tajdidkan niat, perbaharui niat. Kenapa sebenarnya kita ambil medik? Teringat pesan Dr Muhaya; "Jadikan study dan karier kamu untuk penuhi TUJUAN HIDUP (iaitu sebagai 'ibadullah dan khalifatullah, bukan sekadar untuk penuhi KEPERLUAN HIDUP ( nak duit, harta, pangkat, rumah dll)". 

Seriously, kehidupan selepas kita pilih ke arah bidang ini sangat teruji. Belajar pun teruji, apatah lagi bila kerja nanti. Menguji segala-galanya. Keep good iman, good attitude and hardworking. Insya Allah, we can go through it. Paling takut, kita terlalu fokus akademik sebab tuntuan akdemik yang sangat memaksa kita untuk jadi rajin dan ulat buku. Tapi, jangan sampai hidup kita x balace. Terlalu fokus study sampai lupa hal2 lain. Kita bukan nak jadi pelajar cemerlang je, tp kita nak jadi MANUSIA CEMERLANG. 

So, always recheck ourselves.
Dan 1 lagi perkongsian daripada Prof Muhaya tentang How to Be a Professional Mukmin. Boleh klik di sini 

Setakat ni je perkongsian, kalau ada masalah atau nak tanya apa-apa, just drop here or emel me. Saya juga budak baru belajar. Perjalanan kita masih jauh lagi. Aim; graduate and be a good Mukmin Doctor :)

19 comments:

  1. Salam kak najah, tumpang copy separuh post nie (untuk memo sendiri) .. dina aim nk amik dentistry je.. apa pendapat akak?

    ReplyDelete
  2. salam nak tanya...kalau x dpt biasiswa jpa mcm mana...yuran mahal mana mampu nk byr sendiri

    ReplyDelete