Saturday 10 September 2011

1st impression- UIA Kuantan

Alhamdulillah. Just finished ta'aruf week for new intake UIA Kuantan. What a relief. Ta'aruf programme just only 3 days. Thanks to all commitee members. 1 month works for 3 days programme only. May Allah bless you all.


Bi'ah Solehah UIA
Ramai orang kata sangat susah nak jumpa suasana Islamik bila masuk alam kampus ni. Tapi, rasanya persepsi tu berubah bila masuk UIA. Sangat teruja bila dalam sesi bai'ah (compulsory for all IIUM students) depan rektor UIA, it is included with Islamic perspectives such as perform 5 daily prayers regularly, cover aurah properly, and observed a good Islamic manners between men and women. Mungkin ada yang tak tahu, bai'ah tu bukan sekadar main2. Ia adalah perjanjian kita dengan Allah jika kita mulakan sesuatu tu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Buka sirah kisah bai'ah ridhwan dan perjanjian hudaibiyyah.

UIA values the Quran
Hari Jumaat kelmarin dulu, ada Tilawah Test. Sesiapa yang masih belum lancar mengaji Al Quran wajib masuk kelas ni sebab ia ada pointer. Jadi, insya Allah, dengan program sebegini, semua graduation daripada UIA ni pandai mengaji. Semalam pula ada ujian Quran untuk program tahfiz. Ujian ni macam ujian nak masuk DQ, kena hafal 1 m/s dalam masa setengah jam. Harap-harap lulus untuk masuk kelas tahfiz ni. Dapat juga ulang balik hafalan yang dah lama berkarat sebab tak mengulang. Lagipun, teringin juga nak sambung menghafal sampai 30 juzuk. Allahumma yassir wa la tu'assir.

Mahallah At Tabari @ Franky
Part ni macam sedih je nak cerita. Kami budak baru yang freshies ni terpaksa tinggal di mahallah di luar pagar UIA. Walking distance dalam 30 minit, tambah pula dengan kereta laju-laju. Very scary. Mahallah ni pun tersangatlah baru lagi, segala facilities belum cukup lagi. Keperluan asas macam ampaian dan washing machine pun tak cukup lagi untuk tampung kami yang beratus-ratus orang ni. Hopefully, it'll be provided soon. 

Budak UIA ramai kahwin awal


Topik yang sangat famous kat UIA ni. UIA ni satu-satunya U yang sedia pinjaman RM 1000 for each spouse to married. Tambah pula, UIA ni ada sediakan kelas family management and parenting. Jadi, siapa yang nak buat persediaan untuk masa depan nanti, bolehlah register kelas ni.. Bagus apa kahwin awal, dapat elak fitnah. Tapi, sebelum bina baitul muslim tu, kukuhkan dulu fardul muslim. Bila tapak kuat, insya Allah binaan tu akan teguh.

Some pics from here..
Gambar di dewan kat bangunan admin. 3 hari straight pakai baju batik.
Snap gambar bilik. Compartment je. Mula-mula tu rasa macam tak syok sangat duk dalam compartment yang agak open ni. Tapi bila dengar ucapan daripada Campus Director UIA Kuantan, Prof dato'Dr Kamaruzzaman, mungkin bagi orang susah rasa sangat beruntung dan happy dapat duk asrama sebab ada katil, almari dan meja study sendiri. Mungkin kat rumah, mereka tak ada katil. Tidur atas tilam je. Moral of stories, bersyukur dengan apa yang ada daripada tak ada langsung.

Waktu senam aerobik di kompleks sukan. Tapi, sedikit tak puas hati sebab baju T shirt tu tak labuh mana macam kat CFS dulu.

Last but not least, study hard and study smart. Believe in ourselves and pray for strength from Allah. Just be ourselves, don't imitate the style of others if we do not bear with it.

# Homesick bila seminggu di Kuantan ni. Nak balik, tambah2 pula my only sister nak fly ke Jordan 14 Sept ni.

10 comments:

  1. Assalam najah,
    kami yang dekat gombak takde baju batik tahun ni, macam sedih la jugak. Tapi dapat tshirt 2 helai.

    Mula-mula agak tak puas hati sebab pendek, tapi takpelah, ade hikmahnya tu. Ramai je yang pakai baju labuh kat dalam, tak kurang jugak yang pakai jubah atau baju kurung, then kami sarung je baju tu. Hehe.

    Btw najah, ima rindu najah. Kami kat gombak semua rindu yang di kuantan. Bittaufiq wannajah ye sayang. lets strive for mardhatillah ^_^

    ReplyDelete
  2. salam kak najah. ujian Quran untuk program tahfiz tu terbuka untuk sesiapa sahaja ke

    ReplyDelete
  3. wslm. erm, ujian tu terbuka. tp dy ad 2 jenis kelas. 1 utk ex-dq, so mereka2 ni wajib khatam 30 juz dlm masa 3 tahun. 1 lg utk bukan dq, yg ni kne tasmi' 2 juz/sem. kirenye, kluyg x pernah hafal lg, insya Allah, klu betul komit dgn kelas ni, insya Allah boleh graduate UIA dgn hafal 12 juzuk.

    Jap, ni shalina mane ea? lahir 91 k? sbb td tgok ur blog. siap tulis k njh halaqah zc je. :)

    ReplyDelete
  4. oh kira kalau student yg xda latar blkng sklh agama pun blh join la ea? ok2.

    errr~sy selalu dgr halaqah tiap2 hari rabu tu.[best] tp maybe najah tak perasan sy ^_^ panggil kak sbb sy special case intake uia.nak elak org rasa konfius so sy pun join panggil kak jugak.hihi

    ReplyDelete
  5. berkenaan dengan improvement utk facilities di Mahallah Tabari, insyaALlah ia akan jadi lebih baik utk semester depan memandangkan Mahallah Tabari akan mempunyai barisan kepimpinannya sendiri (MRC Tabari).. ^_^

    pihak MRC Talhah yang lepas senantiasa berusaha memastikan kebajikan pelajar uia yang menetap diluar kampus terjaga, memandangkan kami(pelajar lelaki) juga tinggal di lingkungan luar pagar campus (IM2 & Tabari) semenjak 3 tahun yang lalu, namun tidak dinafikan masih ada kekurangan yang memerlukan perhatian, mungkin perkara ini boleh dipanjangkan ke MRC Tabari tenure 2011/2012

    Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan
    eX-Head Sports & Recreational Bureau
    MRC Talhah 2010/2011

    ReplyDelete