Sunday, 29 April 2012

a sweet moment with Prof Muhaya

"Nanti sasaran peserta berapa ye dik?", tanya Kak Mija, PA Prof Muhaya.
"Erm, dalam 300-400 orang kot", terkulat2 aku menjawab. Ye la, tak brainstorm lagi dengan member AJK lain. Aci main redah je kol sebab nak cop Prof cepat, nanti takut terlepas..
"Kalau 700 orang ke atas, insya Allah kami terima. Sebab Prof akan pilih mana satu program yang beri kemaslahatan pada golongan yang lebih ramai",
"Gulpp! 700? kalau gitu, bukan program kecik ni. Kalau nak jugak, kena buat di Grand Hall, x leh nak buat di auditorium dah", jawab dalam hati je la..
"Erm, macam ni lah kak. Nanti saya kol semula kak mija untuk confirmation. Insya Allah, kami betul2 nak jemput prof untuk program kami ni. Terima kasih ye kak", aku tutup bicara dengan beri harapan yang kami betul2 nak Prof..

Seminggu selepas tu baru aku confirmkan dengan PA prof, "Insya Allah. Sasaran target 700 orang ke atas, untuk semua student dan kami buka juga utk orang luar". Noktah. Dan Alhamdulillah, malam 28 hb April tu, Grand Hall tu penuh jugak, ada la dalam 700 orang lebih. Prof pun puas hati. Syukur lillah :)


"Am I a Professional Muslim?"
Apa ciri2 professional Muslim tu (dan lebih cantik menurut Prof, upgrade kan lagi pada PROFESSIONAL MUKMIN)?

1. Dengan Allah, dia bertaqwa. Dengan manusia, dia berakhlak

2. Manusia. Memang tak lari daripada masalah. Tapi, jadikan masalah tu sebagai cabaran untuk kita cari jalan penyelesaian. But, we always not solve the problem, but we outgrow the problem. Akhirnya, kita pun tension dan stress dengan masalah yang bertimbun. Menurut prof, hanya orang bermasalah je yang ad banyak masalah. Kalau terasa diri banyak masalah, mungkinkah kita ni ada masalah sama ada dengan manusia lain atau masalah dengan Allah? Nak petik juga kata2 daripada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, "bersenam untuk kuatkan fizikal, tapi berdepan dengan masalah itu dapat kuatkan minda". So, be +ve!

3. Mukmin yang professional juga kena jaga hati dalaman dia. Sebab, inner world creates outer world. Tapi, inner world itu ditentukan oleh 2 benda; belief system ('Aqidah) dan habits yang kita bina sejak kecil (akhlak). Formula mudah:

belief system ('aqidah) + habits (akhlak) --> thought --> action --> results

Jadi, kalau 'aqidah dan akhlak kita tak baik, ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita. Orang yang abaikan Allah, hidupnya gundah; tiada rasa tawakkal, hidupnya setiasa gelisah fikirkan penyesalan masa lalu dan takutkan masa depan. Dan orang yang buruk akhlaknya pula akan mempengaruhi dia punya action. Macam mana nak berjaya kalau ada habit malas, macam mana nak syurga kalau habit suka buat dosa?

4. Mukmin professional ni jadikan karier untuk penuhi tujuan hidup, bukan untuk penuhi keperluan hidup. Mukmin professional ni jadikan karier untuk capai redha Allah, dengan cara jadi khalifatullah dan 'ibadullah di muka bumi. Bukannya jadikan karier ni sekadar untuk dapat anugerah cemerlang (distinction/ dean's list), untuk dapat rumah besar, kereta besar dan pangkat.

5. Mukmin professional ni master in their knowledge, but qana'ah (rendah hati) to others. They are cooperative, not competitive. Because they know that, SUCCESS is not getting better than anyone, but SUCCESS is getting better than yesterday

6. Mukmin professional juga selalu buat muhasabah diri. Sebelum tidur, mereka ambil kertas dan bahagikan kertas pada dua untuk catat dia punya perbuatan; Allah murka & Allah redha. Sebabnya, setiap hari kita ada pilihan raya. Antara 2; tuntutan wahyu atau tuntutan nafsu.

7. Mukmin professional itu berilmu, bukan bermaklumat. Apa beza 2 tu? Orang bermaklumat ni ni ada knowledge, but don't know how to solve problems arouse and share with other people. Tapi, orang berilmu ni ada knowledge as well as wisdom to solve problems and sharing with others. And the most important thing, orang berilmu ni lagi dekat dengan Allah.. ada 6 ciri ilmu yang bermanfaat menurut Imam Ghazali iaitu; ilmu yang dapat tambahkan rasa takut pada Allah, tambahkan penglihatan tentang keaiban diri, tambah seronok dalam ber'ibadah, tambah rasa cinta pada akhirat dan kurangkan rasa cinta pada dunia , buka pintu hati untuk kenali penyakit amal hingga kita dapat menjauhinya, dan tambahkan penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan. Jadi, jangan hanya berinformasi je, tapi biarlah berilmu!

8. Mukmin professional ni punya inspirasi, bukan sekadar motivasi. Prof cakap, MOTIVATION is goals for short term. But INSPIRATION is goals for long term. Short example; study to pass exam= motivation. study to know, learn and practise= inspiration. Hmm, myb lepas ni kena tukat motivational talk pada inspirational talk :)

9. Mukmin professional have +ve mind. It is about the power of thinking. If you think positively, u'll get positive result. But, if you think negatively, u'll get -ve result. Orang mukmin sentiasa bersangka baik dengan Allah, sebab nya Allah sendiri tegaskan dalam Al Quran, "Aku mengikut sangkaan hambaKu". Jadi, sentiasalah bersangka baik bahawa doa kita diperkenankan Allah, sentiasalah bersangka baik bahawa kejayaan dan kebahagiaan akan jadi milik kita biiznillah. Bila study, jangan distracted fikir, boleh ke aku ingat semua fakta ni? Susahnya, boleh ke aku lulus exam ni. Ingat, be +ve dan bersangka baik, Allah akan permudahkan!

10. Mukmin professional sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah rezekikan padanya. Kerana mukmin sebenarnya bila dapat nikmat, dia bersyukur. Bila dapat musibah, dia redha dan sabar. Satu contoh yang sangat terkesan di hati, pada mata kita, terdapat berjuta2 sel yang control mata kita. Andainya Allah caj 1 saat 1 sen, berapa banyak yang kita nak bayar pada Allah. Handphone kalau tak topup, tak boleh guna untuk call dan send message. Tapi mata kita ni, 1 sen pun Allah tak caj, tapi kita salah guna nikmat mata ni untuk melihat perkara sia-sia dan perkara maksiat. Bukan saja tak bersyukur, tapi kita kufur dengan nikmat Allah. Allahurabbi. Ampuni aku..

11. Lastly, prof advice us, whenever you wake up in the morning, think and ask yourself, "Who is I supposed to help today?" And the most important person that we must help is ourselves. Help to be a better person than yesterday. Help yourself to perform 'amal soleh today. Help yourself to hinder maksiat today. Seruley, you'll be a great person".

Alhamdulillah. Syukur ke hadhrat Allah kerana kurniakan aku kesempatan untuk bertemu dengan prof. I admire her. tapi prof pesan, "Kagumlah pada Pemilik Ilmu (iaitu Allah), bukan pemberi ilmu sahaja..

Dan waktu talk tu, prof ada tanya, "Siapa di sini bercita2 untuk menjadi seperti saya (doktor dalam masa yang sama motivator)?" Masa tu, aku hanya jawab dalam hati kerana segan dengan beratus2 orang lain yang lagi hebat dalam dewan tu, "I want to be like u, prof. Biiznillah"..

Dan tak lupa terima kasih banyak2 pada PA prof (kak mija dan kak faslin) yang selama ini aku berurusan untuk kelangsungan Inspirational Talk ni. Prof hebat, PA prof pun hebat. Last nasihat daripada kak faslin, "Enjoy the precious journey now.U"ll be missing it once u step away to continue to the next level of journey :) Arigato gozaimas kak. I'm very happy to meet u, apatah lagi bila tahu kita punya interest sama. Writing.

Dan buat semua commitee yang bertungkus lumus untuk talk ni, terima kasih banyak. Moga Allah nilainya sebagai 'amal soleh. You are the best!. And also to all Avant Garde's members for supporting us and all participants, thank you very much. Buku prof yang sangat banyak pun habis licin dijual. Ye la, diskaun dari rm29 --> rm15. Sape yang tak nak kan :)

Hantar prof d airport 10 pagi esok tu. Doakan kami prof, moga kami pun dapat ikut jejak langkah prof. Berbakti untuk ummah !

U all the best.  Moga Allah redha!

15 comments:

  1. masya ALLAH...ALHAMDULILLAH..time kaseh byk input whdh dpt melalui perkongsian ilmu yg najah bg..time kaseh krn sudi b'kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  2. yang dua dari kiri tu pegang jawatan apa?

    wanted2..^^

    ReplyDelete
  3. Assalam.boleh kongsikan bagaimana prosedur untuk menjemput prof muhaya bagi memberikan motivational talk?ada contact no yang boleh saya contact??
    *mohon dapat kongsikan.jzk.^^

    ReplyDelete
  4. 8B187895D6BriannaF514E1EF9411 October 2024 at 15:24

    1D2DBF4A80
    skype web cam show

    ReplyDelete