Baru lepas tengok video 'Sejernih Sinar Matamu' dalam fb yang ditag oleh sahabat jauh di Mesir, Wan Nurul Husna. Terima kasih Husna. Perkongsian yang sangat hebat daripada Dr Muhaya:
Bidang kedoktoran yang kuceburi ini,
PENGORBANAN yang menuntut JIHAD,
agar SETIAP AMALAN & KATA2 KU,
MENJADI IBADAH,
YANG MEMBERI CAHAYA TERANG,
DI DUNIA & AKHIRAT...
Lagi drp Dr Muhaya: "Kerja doktor ni mulia dunia akhirat. Doktor yang belajar macam2 ciptaan Allah, tapi masih buta mata hatinya, memang orang paling buta. Contohnya, dalam bahagian retina kat mata saja, ada 126 juta sel. Kalaulah Allah caj 1 sen 1 saat kita guna mata tu, berapa banyak yang kita kena bayar?" Allahuakbar!
صِبْغَةَ اللهِ وَ مَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً وَ نَحْنُ لَهُ عَابِدُوْنَ
"Siapa yang lebih baik acuannya daripada acuan Allah?" (Al Baqarah:ayat 138). Kita ambik pengajaran daripada TAPAK KAKI kita. Setakat kita hidup ni, dah berapa pasang selipar yang kita pakai? Bila guna lama sikit, tapak selipar tu jadi haus. Tapi, TAPAK KAKI CIPTAAN ALLAH ni, tak pernah haus sejak kita lahir sampai sekarang kalau nak dibandingkan dengan selipar ciptaan manusia. Subhanallah. Tiada yang lebih hebat daripada ciptaan Allah.
Jadi sahabat2 yang berada dalam bidang yang sains perubatan (sama ada medik, dentist,pmacy, nursing, allied health science, bioscience dan seangkatan dengannya). Ayuhlah. Jangan biarkan penat lelah kita belajar sia2 saja. Timbalah banyak mana ilmu dan pengalaman agar kita menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah. Bukannya dengan sibuk study siang malam, menyebabkan kita jauh daripadaNya. Solat jema'ah kurang sebab 24 jam study, baca Al Quran pun kurang sebab sibuk study, pergi majlis ilmu pun jarang sebab sibuk study, bangun subuh pun lewat sebab stay up study. Kalau beginilah hidup kita selama ni, lakukanlah sesuatu supaya penat kita di sini (dunia) tak menyebabkan kita rugi di akhirat sana nanti. Jadikan segala usaha penat lelah kita ni sebagai cahaya yang terang di akhirat nanti.
Bila rasa penat.....
Memang tak dapat kita nafi, belajar ni penat, perlu komitmen yang tinggi. Tiap kali rasa penat, ingat ganjaran Allah pada orang yang cintakan ilmu ni. Apapun bidang yang kita ambil, belajarlah dan terus belajar, agar kita menjadi seorang yang pakar dalam bidang kita tu. Agar suatu hari nanti, kita dapat bagi sumbangan pada umat Islam. Tiap kali rasa penat, bacalah dan telusuri kisah hidup ilmuwan Islam dahulu. Pasti kita akan temui semangat kecekalan mereka di situ.
................................................
Kalau PBL (Problem Based Learning) -----> untuk diagnose penyakit fizikal
Kalau tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) -----> untuk diagnose penyakit rohani
najah pun ada PBL jugak? syukran atas inzar..
ReplyDeletenajah, tak sabar tengok DR NAJAH jadi sehebat DR MUHAYA satu hari nanti :)
ReplyDeletetrah: Allahumma amin. Terima kasih ats sokongan trah. sama2 kita bg sumbangan pd ummah
ReplyDelete