Syria merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.
Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Punca Revolusi.
Apabila ada sekumpulan 28 orang kanak-kanak bermain dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Berita tentang peristiwa ini tersebar ke Negara yang mengalami revolusi seperti Mesir & Libya lalu slogan ini telah dilaungkan di sana. Pasukan keselamatan Regim Basyar Al-Assad yang menyedari berita ini telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang dari mereka telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak-kanak itu serta meminta yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat pertukaran iaitu mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Kemuncak kemarahan rakyat dengan peristiwa ini menjadi pencetus kepada revolusi di Syria.
Rakyat Marah.
- Kebangkitan rakyat bermula pada pertengahan 2011.
- Lebih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemonstrasi.
- Kini 95% rakyat Syria menyertai Revolusi ini menuntut kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
- Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
- Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.
Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Al-Assad)
- Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.
- 39,000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
- Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
- 9,000 tahanan ditahan.
- 413 orang telah syahid didalam penjara.
- Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
- Seorang wanita bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
- Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
- Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad.
- Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga.
- Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo
- Pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk menentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedimikian kerana Pemimpin Sryria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
- Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
- 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Apa Mahasiswa boleh bantu?
- Memperbanyakkan doa & qunut nazilah. Sebutkan secara jelas tentang Syria dalam doa harian kita. (termasuk juga Palestin dll)
- Mengambil berat akan isu ini dan menyedarkan rakan-rakan yang lain, bukan hanya hidup dalam kepompong dunia sendiri tanpa mengambil tahu isu semasa.
- Gunakan saluran yang ada untuk menghebahkan kesedaran pada orang ramai. Gunakan facebook, blog, twitter dan lain-lain untuk isu ini. Bukan setakat share kisah hidup & video bola sahaja.
- Menderma jika kutipan derma dibuat.
- Gunakan minda mahasiswa untuk buat apa sahaja cara yang anda fikir relevan untuk dilakukan.
Qunut nazilah
Cara Membaca Qunut Nazilah
- Qunut ini boleh dibacakan pada setiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
- Qunut ini dibacakan pada waktu ‘iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
- Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
- Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
- Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
- Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
- Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
Sumber berita:
- https://muzir.wordpress.com/2011/12/07/perkongsian-revolusi-syria-oleh-dr-khaled-hasan-hindawi/
- http://dakwah.info/featured/apa-sebenarnya-berlaku-di-syria/
- http://melayukini.net/2011/12/isu-syria-40000-rakyat-mati-dibunuh-pemerintah-kejam
No comments:
Post a Comment