Monday, 19 March 2012

terkenang Haramain

13 Mac 2011. Tarikh yang sangat bermakna. Allah mengizinkan hambaNya yang banyak dosa ini untuk menziarahi bumi Madinah Al Munawwarah. Assalamu'alaika ya Rasulullah. Aku datang menziarahimu Ya Rasulullah. Datang kerana rindu dan kasih padamu Ya Nabiyullah.

Allahuakbar. Air mata tak henti mengalir bila teringatkan detik itu. Seolah terbayang di depan mata 1001 kisah Rasulullah sewaktu Baginda hidup. Sebelum pergi ke tanah haram itu, aku sempat meminta nasihat ustaz Muhadir sebagai panduan dan semangat untuk ke sana nanti. Nasihat ustaz, "Habiskan baca sirah hidup Nabi, Ar Raheequl Makhtum. Agar nanti, bila enti pergi berziarah di Mekkah dan Madinah, enti dapat tahu apa sejarah di setiap tempat itu, agar nanti enti lebih rasa 'zouq' dekat dengan Nabi sewaktu ziarah di Bukit Uhud, Perkuburan Baqi', Jabal Nur, Bukit Sofa dan tempat2 lain kerana enti tahu kisah yang berlaku di situ beribu tahun dahulu". Alhamdulillah, terima kasih atas nasihat ustaz. Dalam masa seminggu, aku betul2 jatuh cinta dengan raheequl makhtum itu. 


Pada malam 13 Mac juga, Allah bagi kesempatan untuk aku solat di Raudhah, salah satu taman syurga. Air mata sekali lagi jatuh bagaikan empangan yang pecah. Malu mengenangkan diri yang banyak berbuat dosa, malu mengenangkan diri yang sering goyah dengan dunia. Ya Allah, matikan aku dalam husnul khatimah dan  rahmati hidupku hingga ke jannatul firdaus. Doaku tidak putus2 dalam sendu.

Selepas 3 hari di bumi Madinah, kami terpaksa meninggalkan tanah itu untuk bertolak ke Mekkah. Sayu rasanya hati ini untuk meninggalkan bumi bersemadinya jasad Nabi. Terasa sangat dekat dengan Nabi. Terasa seolah hidup di zaman Nabi dulu. Sangat banyak kenangan dan kisah hidup Nabi terakam dalam sirah di bumi barokah itu.. "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kali ini adalah kali terakhir aku berada di tanah haram Rasulullah, permudahkan padaku jalan untuk kembali menziarahi tanah ini".
 .................................................

16 Mac 2011. Labbaikallahumma labbaik. HambaMu datang menyahut panggilanMu. Tergamam seketika. Terasa kerdilnya diri bila memandang binaan Kaabah di depan mata. Terbayang bermacam2 kisah beribu tahu dahulu yang terakam di sini. Air mata sekali lagi jatuh sewaktu tawaf mengelilingi baitullahil haram ini. 


Saat pertama terpandangkan Kaabah,
pelbagai kisah terbayang di mata,
air mata menitik laju seiring hujan yang turun,
terkenang saat Rasulullah bertawaf mengelilinginya,
terkenang saat  Nabi diletakkan najis unta ketika sujud di sini,
terkenang saat Saidina Umar menghebahkan keislamannya di sini,
terkenang saat Abu Jahal merancang tuk membunuh Nabi di sini,
terkenang saat Nabi merintih berdoa pada Tuhan untuk Islam di sini,
seolah terlihat Bilal berdiri di atas Kaabah melaungkan azan,
seolah terlihat Nabi memecahkan berhala sewaktu Fathul Mekkah,

Pengalaman yang paling syahdu ialah apabila mendaki bukit sofa sewaktu sa'ie. Bukit Sofa ini benar2 menggamit rasa rindu pada Rasulullah. Di situlah tempat Nabi dicaci dan dipukul oleh Abu Lahab hingga luka berdarah selepas Nabi sampaikan dakwah terbuka buat kali pertama. Di situ juga tempat Nabi isytiharkan keamanan pada penduduk Mekkah selepas Fathul Mekkah.

Akhirnya , setelah 8 hari berada di sana, kami terpaksa tinggalkan juga bumi mulia itu. 24 Mac 2011, kami tawaf wada' dan alhamdulillah, aku dan adik, Husni berjaya khatamkan Al Quran 30 juzuk di sana. Kenangan yang sangat indah. Beli Al Quran di Madinah dan khatam di Masjidil Haram. Semoga setiap huruf Al Quran itu menjadi penghapus dosa dan Allah menggantikannya dengan kebaikan. Dan muliakanlah kami dengan Al Quran.


 Target cuti seminggu ni, aku nk khatam Al Quran 30 juzuk. Menggamit memori di Masjidil Haram tahun lepas..

2 comments:

  1. ar raheequl makhtum? trimas. one more book to find and read. dkt kedai mana bleh dpt eh? mph ada x?

    ReplyDelete
  2. mph ad kot.. tp klu g kt kedai buku d masjid jamek, confirm ad, siap dpt harga murah lg ;)

    ReplyDelete