Thursday 5 April 2012

Sayidul ayyam

 

Subhanallah. Banyak  kelebihan hari Jumaat. Tapi hari jumaat kita pulak macam mana? Sama macam hari2 biasakah? Tetap tidur selepas Subuh, tak solat Dhuha, masa banyak habis depan laptop, dan hanya sibuk dengan urusan dunia semata. Tepuk dada, tanya iman. 


Jadikanlah hari Jumaat ini dalam minggu kita sebagai hari yang dikhususkan untuk akhirat. Sesungguhnya, kematian itu makin menghampiri kita.

Syaikhuna Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizhohullah ada mengajarkan beberapa perkara untuk kita muhasabah sebelum tidur:
  • lihat balik apa yang dah kita buat sejak bangun tidur pagi tadi hingga saat sekarang
  • jika kita buat 'amal soleh dan kebaikan pada hari itu, bersyukurlah pada Allah yang membolehkan kita berbuat baik sedemikian. Pohon pada Allah agar diberi lagi peluang untuk buat yang lebih baik daripada hari ni
  • jika kita lakukan perkara dosa, segeralah mohon keampunanNya, bertaubat daripada dosa tersebut dan berazam takan ulang dosa tu lagi.
  • dan berazamlah untuk buat kebaikan jika Allah bangkitkan kita pada esok hari
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. 
Ia tetap dinilai di sisi Allah, insya Allah. (^_^)

1 comment: