Tuesday, 8 May 2012

Spirit from you, Kak Yani ^_^

Siapa kata budak U, esp budak kritikal kos ni sibuk sangat sampai tak sempat nak baca buku2 lain untuk pengisian rohani dan tambah ilmu diri? Terinspirasi daripada seorang kakak senior Medic 4th year. Kalau jumpa dia, pasti ada buku dalam begnya. "Bila akak duk sorang tu, kalau tak baca buku, mesti tidur la tu. Antara dua", katanya sambil tersenyum. Memang betul. Aku selalu jugak perhati dia sepanjang duk bersama2 dengannya untuk beberapa hari. Patutlah, orang hebat, sikapnya pun hebat. Bila aku tanya, "waktu mana biasanya akak baca buku2 gini?". Jawab Kak Yani, "Biasanya antara Maghrib-Isya', akak x study. Kalau tak baca Quran, buka la buku2 ni. X pe baca sikit2 pun. Satu kepuasan bila mana kita istiqomah baca buku ni walaupun sedikit je setiap hari tu, tengok2, dah nak habis rupanya kita baca".

Teringat pesan Ustaz Muhadir bila mintak nasihat dan doa ustaz supaya aku dapat habis baca buku Ar Raheequl Makhtum sebelum gi umrah tu. Pesan ustaz, "Bila kita buka buku tu, pasang niat dan azam dalam hati, 'Aku nak khatam dan hadam baca buku ni. Agar ilmu dalam buku ni dapat aku amalkan untuk perbaiki diri aku dan dapat aku sebarkan pada orang lain sebagai amal jari'ah aku untuk ke syurgaMu. Ya Allah, permudahkan aku, jangan engkau susahkan.."

Itulah my senior. Kak Ilyani. Ore klate. Moral of story aku dapat:
1. Istiqomah kunci kejayaan
2. Walaupun sibuk dengan study akademik, jangan lupa baca buku2 lain. Untuk mantapkan 'aqidah, 'ibadah dan akhlak. Barulah layak jadi hamba Allah yang mukmin.
3. Jangan buang masa, esp bila bersendirian.

 Ini antara pengisian yang dikongsi oleh kak Yani n diterjemahkan oleh my BFF, Athirah Ariffin. 'HIDUP BUKAN SEKADAR HIDUP'. 



"20 ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya pun tidak pula berlebih berkurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama 'harganya'.sebab bg kerbau TUBUH nya yang berharga. Namun bagi manusia PERIBADI nya"- Karya by HAMKA bertajuk P.E.R.I.B.A.D.I