Sunday, 27 May 2012

Belia Acuan Islam

Satu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert K Pop di Hari Belia.

Anak: Ayah, jom gi Putrajaya malam ni. Saya nak tengok K Pop live n ambil gambar diorang.
Ayah: Ok. Tapi sebelum tu, kita makan malam dulu ye.
Anak: Orait. 

Sebelum makan, si ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan sang anak.

Ayah: Makanlah tomyam ni. Sedapkan bau dia. Tapi tadi, ayah campur sikit tahi kucing. Tapi, tak berubah pun rasa, bau dan warna dia.
Anak: Eeeii.. Ape ni ayah? Kotor la. Tahi kucing tu kan najis. Macam mana kita nak makan.
Ayah: Cuba la sikit, ok je rasa dia.
Anak: Ayah, kita kan orang Islam. Lagipun, tak logik akal nak makan benda yang bercampur dengan najis. 

Ayah: Hmm.. Kalau kita ni manusia biasa pun bijak untuk menilai, makanan ni kotor sebab bercampur dengan najis. Allah mesti lagi bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab ia da bercampur perkara maksiat. Apatah lagi melihat orang yang terkinja-kinja menari, dedah aurat sana sini, duduk pula bercampur laki perempuan, semua tu melebihi batas yang Islam dah gariskan.
Anak: Gulpp.. Hebatnya perumpamaan ayah ni. Saya dah tak selera nak makan tomyam lagi dan yang lebih penting, saya tak selera nak minat K Pop lagi  ^_^
Ayah: Alhamdulillah kalau anak ayah faham. Islam tak pernah larang umatnya berhibur. Asalkan jangan melampau. Hiburan ni macam garam dalam makanan la. Kalau terkurang, tawar. Kalau terlebih, masin. Jadi, letaklah secukup yang perlu saja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa, dan lagi cantik kalau hiburan tu dapat bawa kita ingat Allah. 
Anak: Asal tadi nak tengok K Pop, tapi sekarang dapat dengar tazkirah daripada ayah pulak. Betullah, Allah beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita NAK. Terima kasih ayah..

Hendak Taat, Tinggalkan Maksiat
Memetik keratan akhbar di bawah, konsert Hari Belia bawa mesej kerohanian buat remaja. Dan saya petik juga kata2 daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom "Sebenarnya kepelbagaian program ini perlu diterjemahkan secara lebih luas termasuk bacaan surah Yasin, tahlil dan khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Putrajaya. Himpunan Jutaan Belia sebenarnya menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada program bersifat hiburan dan sukan semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai kerohanian dan pembangunan modal insan." (utk baca artikel penuh, klik link ni)

Pelik aih dengan statement ni. Bacaan Yaasin, khutbah Jumaat dan tahlil tu tak perlu tunggu program besar yang menelan berjuta ringgit. Bukankah itu amalan biasa rakyat Malaysia negara Islam ni? Serius konfius. Kalau benar nakkan program kerohanian untuk belia, jagalah barokah nya. Macam mana nak barokah? Tinggalkanlah maksiat. Noktah!

"Melihatkan gambar sekitar Hari belia ni menjadikan saya tidak mampu bersangka baik. Bukan ini caranya untuk hasilkan belia impian Rasulullah saw, Imam Hassan Al Banna, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi".  Ini antara komen Imam Muda Fattah

Andai Rasulullah masih hidup dan berada di sana, apa agaknya perasaan Rasulullah? Suka atau kecewa? Baginda pernah dilempar batu di Taif kerana dakwah, Baginda pernah diletakkan najis unta sewaktu solat kerana dakwah, Baginda pernah dicaci dipukul oleh Abu Jahal kerana dakwah, Baginda pernah patah giginya di medan Uhud kerana dakwah, baginda pernah diracun sewaktu perang Khaibar kerana dakwah. Tapi anak muda hari ni? Terkinja2 seronok melihat K Pop, sepanjang hari mengadap laptop menonton movie, sibuk bergosip cerita sana sini.. Allahurabbi. Bukan ini belia yang Islam harapkan. Bukan ini belia yang Rasulullah mahukan. Pemuda zaman Nabi fikir strategi nak bunuh musuh2 Islam, tapi pemuda hari ni hanya sibuk study dan masalah diri sendiri sahaja. Bahkan, belia Islam hari ni lagi kenal artis2 barat daripada kenal para sahabat dan ulama' salafus soleh..

Benarlah kata2 Syeikh Abu A'la Al Maududi dalam risalahnya 'Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini', "Penjajahan tanah air berubah ke arah penjajahan fikiran. Seburuk2 kesan yang kita terima ialah jatuhnya umat Islam ke lembah kebinasaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral, dan peniruan budaya barat".



Tertarik dengan ucapan Timb PM kita, "Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahankan hak. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara saudari adalah para mujahid mujahidah".. 

Jadi, pilihlah dengan akal yang sihat berpaksikan Islam di depan. Kalau nak pilih pasangan, mesti nak pilih yang beragama. Jadi, kalau nak pilih pemimpin pun, pilihlah yang beragama. Yang mana membawa kita lebih megingati Allah, bukan lagi jauh daripada Allah.

 Janji Allah itu pasti. Yang haq pasti akan menang, cepat atau lambat. 

Syarat-syarat kemenangan dalam buku 'Pemuda Islam Yang Dijanjikan' :

1-Meyakini bahawa kemenangan itu datangnya daripada Allah.(3:160,8:9-11,2:249,9:40)

2-Membantu agama Allah.(47:7,22:41,30:47,37:173)

3-Menjadi mukmin yang sebenar benar mukmin.(8:12,62-63),(33:6,9), (9:26)



No comments:

Post a Comment