Dah lama rasanya hibernate dari menulis, blog pun jarang buka.
Apapun, biar blog hibernate, tapi jangan diri, otak dan badan pula hibernate. Pesan Imam Ghazali, "Sesiapa yang tidak keluarkan peluhnya di dunia untuk Islam, dia akan tenggelam dalam peluhnya sendiri di padang mahsyar nanti". Na'uzubillah min zalik.
Usaha untuk pastikan tiap masa yang ada ini memberi nilai di akhirat nanti. Jangan jadi orang mati sebelum mati.
Alhamdulillah, baru dapat result minitest untuk blok 3. Pengajaran bermakna. Fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah. Tapi apapun, jangan pula tawakkal berserah semata2. Usaha tanpa tawakkal itu SOMBONG, tawakkal tanpa usaha itu ANGAN KOSONG!. Usaha kena berganda, tawakkal tu selepas dah kuat usaha..
Ini baru permulaan. 120 hari lagi professional exam. Robbi yassir wa la tu'assir...
#Dan tak lupa, terima kasih banyak2 pada abi umi, kawan2 yang mendoakan. Buktikan, sibuk dengan gerak kerja Islam tak halang kita untuk cemerlang akademik.
Petik kata2 Dr yusuf qardhawi:
“Kita inginkan daripada pemuda-pemudi Islam yang bekerja untuk Islam
cemerlang dalam pelajarannya. Hendaklah dia menjadi contoh yang berbeza
daripada pelajar-pelajar cemerlang yang lain sehingga manusia mengenal
bahawa Islam bukanlah menjadi penghalang kepada pengajian. Pengajian
adalah wajib, dan kecemerlangan adalah suatu perkara yang perlu bagi
daie ilAllah.”
All the bless from allah unt najah,insya Allah!
ReplyDelete