JAWAPAN NON MEDICAL STUDENTS:
- x patut. Doktor perempuan dah ramai. Bidang o&g ni bukan fardhu kifayah dah, tapi fardhu ain. Pelajar perempuan perubatan wajib ambil o&g utk jaga aurat kaum mereka. Jgn fikir kepentingan diri. Ini satu jihad.
-saya takkan beri lelaki lain tengok aurat bakal isteri saya nnti. Never!
-Kalau kamu, kamu nak ke dirawat doktor lelaki bukan mahram?
PANDANGAN MEDICAL STUDENTS:
Meanwhile, medical students like contradict with these above statements. For them, patient is the best teacher. Benda ni bukan boleh belajar teori, tp praktikal. It's not a choice, but responsibility to be a doctor.
REALITY...
Bila tengok realiti pun, ramai pelajar perubatan perempuan takut nak further o&g, fikirkan sibuk hingga kurangnya masa bersama family, susah, risiko bermain 2 nyawa, bermain dgn emosi dll. Bahkan sekarang boleh dikatakan wajib untuk semua trainee female doctors further o&g. Cuma terfikir, apakah kami semua MAMPU & MINAT dlm o&g ni? Apakah tiada pilihan untuk kami memilih? Sama macam student yg dpt straight A's SPM, tak semua mampu & minat further medic. Jangan pandang doktor/pelajar perubatan perempuan ini sebagai 'super women’' yg meninggalkan segala sifat-sifat seorang wanita biasa. Mereka juga seperti perempuan2 normal lain, yang ada kekuatan, kelemahan, dan keinginan. Tanya pada sesiapa perempuan sama ada doktor ataupun tidak, pasti mereka nak jadi isteri dan ibu yang punya masa lebih bersama keluarga, pasti mereka nak lari dari kekangan kesibukan yang menambahkan stress kehidupan. Mereka bukanlah orang asing. Oleh sebab itu, , ramai antara mereka yang feel unmotivated bila orang ramai menghukum mereka yang tak nk ambil O&g ni sebagai orang pentingkan diri, tak nak membela nasib kaum hawa sendiri.
Dan juga, ramai lelaki di luar sana meletakkan AMANAH SEPENUHNYA pada kami pelajar perubatan perempuan utk further o&g, tapi dlm masa yg sama bila ditanya, "apa kamu nak kahwin dengan doktor?". Jawapannya, "kahwin dgn doktor? Of course tak. Doktor sibuk sangat, tak banyak masa dgn anak2 di rumah nanti". Apakah ini?? Kamu nampak batu besar yg berat, tapi kamu hanya menyuruh kami mengangkat batu itu tanpa ingin membantu. Kalau benar nk perjuang hak aurat wanaita, kahwin dgn doktor dan mtk isteri sambung o&g, anak2 perempuan ambik o&g. Mungkin waktu tu, sedikit sebanyak anda memahami amanah kerja bidang ini.
Yang menjadi faktor yang terpenting untuk seorang doktor perempuan berjaya menjadi ‘specialist ‘ dalam bidang OnG terutamanya, adalah mendapat sokongan dan dokongan daripada keluarga lebih-lebih lagi seorang suami. Tapi realiti hari ini, ramai lelaki yang meletakkan syarat utk memilih calon isteri: Asal Bukan Medic.
SAYA PUN BERCITA-CITA ......
Sekarang, bila ditanya, "kamu nak sambung specialist ape lepas ni?"
Jawapan saya setakat ni, "insya Allah, Obstetrics & Gynaecology biiznillah". Saya minat, tapi belum tahu mampu atau tak utk bertahan. Saya nak 'alim dlm bidang fiqh wanita seperti ummahatul mukminin saiditina 'Aisyah Humaira'. Itu cita2 yg satu. Terus istikharah, moga Allah tunjuk yg terbaik utk kehidupan dunia akhirat. Perlu juga dapat redha & izin (bakal) suami nanti.
TAKE A DEEP BREATH. READ & THINK.....
From fb Dr. Arneza Syahila (Newcastle Uni – an O&G medical officer):
“One day, insyaAllah, Malaysia will provide just female doctors to all women in labour or women with obstetrics/gynae problems in all different parts of the country – in the city, in rural areas, in remote areas and deep deep in the jungle. One day… insyaAllah… one day.
But we haven’t come to that state yet. The reality now is such that, in some rural/remote areas, KKM can only provide one or two doctors in charge of that particular health site. One of them, or even both, can be male doctors.
Imagine if you go to that place for a holiday or balik kampung or whatever, all of sudden your wife faces an obstetric emergency that can be life threatening, and the only doctor available in that locality is a male doctor who cannot do anything because, too bad, he was not given the chance to deal with such emergency cases during his training as a houseman.. simply because male doctors were not allowed to deal with O&G patients in big hospitals. Yes, your wife’s life is in danger and you might lose her.
Now, try to look at another perspective. Imagine your wife is the only female doctor in that locality with 2 other male colleagues. Obstetric emergency can happen at anytime of the day or night. If the other 2 male colleagues were not well-equipped to deal with obstetric emergencies, your wife has to be on-duty/oncall for 24 hours per day 356 days per year. Will you be happy?
As i said, one day Insya-Allah one day there will be plenty of female doctors in all different parts of the country (termasuk ceruk2 kampung, atas bukit dan di hujung hutan belantara). Just bear in mind, before we can have that luxury of female doctors, we need to accept the fact that public hospitals are teaching hospitals for all these trainee male doctors, so that they can be equipped with some knowledge and experience before they will be sent out to serve at any part of the country.
Trust me, most male doctors don’t even like being in the labour room. But they have to be there for the safety of their future patients.
Sincerely,
An O&G MO / An ex-rural doctor
FAHAMI USUL FIQH......
Last but not least, dalam ilmu usul fiqh, ada satu prinsip, ‘PERKARA DHARURAT MENGHARUSKAN YANG HARAM’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Syaratnya:
1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki & rawatan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.
PERJUANGKAN SECARA HAQ SEHINGGA MEREKA TERLEPAS DARI NERAKA...
Alang2 semua perjuangkan hak aurat wanita, jangan lupa aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jangan sekadar perjuangkan untuk meminta doktor wanita utk isteri anda dan anda sendiri, tapi hakikat di luar rumah, anda sendiri yang mendedahkan keaiban aurat. Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Berpakaian, tapi ia ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan. Berfesyen x ikut acuan Allah. Jadi, nasihat saya, kalau nak perjuang hak aurat wanita, perjuanglah betul2 hingga isteri, anak perempuan dan adik kakak kita semua terlepas dari jadi mangsa bakar api neraka. Itu tujuan yg hak sebenarnya..
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka...” (An Nur:31)
SARANAN KEPADA SAHABAT2 SEALIRAN DALAM MEDICAL
Kepada female medical doc-to-be, janganlah kita lihat isu ini sebagai satu bebanan, tapi jadikan ia sebagai MOTIVASI UNTUK KITA BERKHIDMAT PADA UMMAH, MOGA DENGAN JIHAD INI MEMBAWA KITA KE SYURGA- copy paste amanat murabbi Shahrul Abdul Majid Ghazalia
Cabaran juga utk kita kaum hawa utk fahami fiqh wanita. Bukan sekadar faham ape itu menses, show n lochia. Tp kne faham lebih dlm hukum hakam Islam ttg haidh, istihadhah, wiladah, dan nifas. Barulah ilmu ini bermanfaat utk Islam. Kalau bukan kita, siapa lagi?
ISLAM ITU INDAH
My post is not to argue about the 'hukum syari'at'. I believe that maqasid syari'ah (purpose of syari'ah) is to protect the religion, life, human generation, intellectual, and wealth. Aurat wanita itu satu keaiban yg memang wajib dijaga sebaiknya dari tatapan yang bukan mahram. Ini menunjukkan ISLAM SANGAT MENJAGA, MENGASIHI DAN MEMELIHARA WANITA AGAR TERSELAMAT DARI FITNAH DUNIA DAN AZAB NERAKA. HE knows what's the best for us. Namun, dalam kes dharurat yang benar2 dharurat sahaja, Islam membolehkannya, tapi dengan beberapa syarat yang wajib dipatuhi. ISLAM INI SESUAI SEPANJANG ZAMAN, SESUAI UNTUK SEMUA ORANG DAN ISLAM INI TIDAK PERNAH MENYUSAHKAN. لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا. Setiap syari'at yg Allah perintahkan pasti ada 1001 hikmah yang mungkin tak tercapai dek akal yang cetek ini.
My post is just tu argue about the mentality, attitude people toward this issue. Before i post this status, i watched and analyzed this topic which was discussed in Semanis Kurma last days. Saya baca buku Dr Zaharuddin Mohammad, 'Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin', dan Fiqh Wanita berkaitan bab ni.. Mohon pada kawan2 yang baca post ni, baca dengan ilmu. Islam itu indah. Takut2 apa yang kita pertikai itu menunjukkan kita meremehkan syari'at Allah. Jika tulisan sy ini mencetuskan sesuatu yg kurang enak, mohon maaf. Tak pernah berniat sebegitu. Allahummaghfirli..
Wallahu a'lam. Mohon teguran mereka yg lebih 'alim..
No comments:
Post a Comment