Tuesday, 28 October 2014

kembali

Jam sudah pukul 1.15 pagi. Tapi mata masih segar. Tugasan akademik dan amanah lain belum selesai. Jiwa gelisah, badan keletihan. Yoko yoko pun tak berhasil legakan ketegangan urat2 badan. Buka laptop, cari sesuatu untuk distract diri sekejap, tetap tak berhasil.

Huhhhhhh... 
Panjang mengeluh sambil merenung kosong buku2 tersusun di rak. Terlihat buku Physiology. Terasa seolah Allah tengah menegur diri, "Hai perempuan, kenapa terlalu kecil jiwamu? Waktu kamu mengeluh fikirkan kepenatan kesusahan ini, jantung kamu sedang aktif mengepam darah supaya oxygen dihantar pada seluruh organ badan, tidak tertinggal sedikitpun supaya semuanya berfungsi sempurna. Aku (Allah) memberi nikmat tanpa perlu kamu meminta. Ujian sedikit ini pun tidak setanding dengan nikmat yang Aku (Allah) berikan. Mengapa kamu tidak bersyukur??"

Allahu T T. Tangan terus mencapai Quran dan buka surah Al Fajr. Baca ayat ini berkali kali. Mungkin saja kegelisahan ini bukan sebab beban di pundak, tapi resah gelisah gelisah ini kerana dosa2 dan jauhnya diri dari Dia Maha Pencipta. 

 يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.
Masuklah dalam kalangan hambaku (yg soleh).
Dan masuklah ke dalam syurgaKu.

Life is like riding a bicycle. In order to keep your balance, you must keep moving. 

No comments:

Post a Comment