Saturday, 22 November 2014

memaknai Alhamdulillah

"Assalamu'alaikum. Pak cik nak ke mana ni?", kelam kabut aku dan seorang lagi kawan menghampiri seorang pak cik yang terkial2 gerakkan kerusi rodanya di tepi jalan besar depan Kuantan Parade.

"Wa'alaikumussalam. Pak cik nak gi hospital ni haa. Pagi ni ada physiotherapy", senyum je pak cik ni.

"Mai kami tolong bawak pak cik. Pak cik duduk kat mana dan duk dengan siapa?", soalku memulakan perbualan. Jauh jugak nak gi dari JHC (Jalan Hospital College) nak gi HTAA. 

"Pak cik duk sorang2 je. ni pun kena naik 2 bas untuk datang hospital ni".

"Oh ye. Makan pakai pak cik macam mana? Kehidupan seharian pak cik dalam keadaan pak cik tak leh berjalan ni?". Enthusiastic nak tahu.

"Alhamdulillah. Macam tu lah. Allah hantar kawan2 dan jiran2 yang baik sekeliling pak cik ni. Alhamdulillah", aku pandang muka pak cik ni sungguh2. Seolah nampak keikhlasan pak cik ini mengucap Alhamdulillah. Seolah2 Allah sedang memberi pengajaran pada kami melalui pak cik yang tidak sempurna kedua2 kakinya. 

Banyakkan ucap Alhamdulillah, walaupun di minda kita manusia ni kelihatan kurang tak sempurna.

Dan sebelum berpisah, kami minta nama dan no telefon pak cik ni. Boleh kami plan untuk ziarah pak cik lepas ni. Kami tinggalkan pak cik ini kerana kami tahu, Allah sentiasa ada untuk menjaga pak cik. Kerana kami tahu pak cik hidup dalam kehidupan yang benar2 memaknai Alhamdulillah. 

"Di sebalik setiap ujian Allah itu, pasti ada pintu rahmat lain yang terbuka". 

Terima kasih pak cik mengajar saya untuk memaknai ALHAMDULILLAH..


Setiap pagi, tak perlu kita berdoa;

Ya Allah, jadikan pancreas aku berfungsi pagi ini supaya insulin dapat control blood sugar dalam badan,

Ya Allah, jangan bagi heart beat aku berhenti agar blood sentiasa dipam ke vital organ agar aku tak stroke.

Ya Allah, biarlah neuron2 di sel mata ini berfungsi sempurna agar aku dapat melihat sempurna.

Kita tak perlu doa sebegitu. 
Kerana Allah memberi tanpa perlu kita meminta. Betapa Ar Rahim nya Allah. 

Say Alhamdulillah and mean it!

No comments:

Post a Comment