Sunday, 7 December 2014

buat sepenuh hati

Taqwa itu hati-hati.
Tapi memahami taqwa itu juga adalah dengan BUAT SESUATU ITU SEPENUH HATI.

Seorang ibu cemerlang berkongsi tips, "apabila saya balik ke rumah, SEPENUH HATI saya untuk anak-anak dan suami".

Bagaimana cara nak buat sesuatu itu dengan taqwa,dgn sepenuh hati?
1. hadirkan NIAT. 'alallah, aku buat itu ini untuk redhaMu Allah.
2. beri FOKUS dan TUMPUAN sungguh2.
3. setiap apa yang kita buat ada HUBUNG KAIT DENGAN ALLAH.



Inspirasi bermakna untuk malam ini. Iaitu taqwa itu buat sepenuh hati.

Baca Quran sepenuh hati.
Memasak sepenuh hati.
Belajar sepenuh hati.
Shopping pun sepenuh hati jugak k? Hee :)

#mak saudara masuk wad sebab diabetes. Terus rasa tanggungjawab untuk faham dan hadam CPG diabetes, insulin preparation dll. Oleh sebab kata mujarab hari ni adalah BUAT SEPENUH HATI, saya nak buat sepenuh hati. Bukan saja faham CPG, tapi baca jugak fiqh medic tentang puasa orang diabetes. Dos macam mana nak cucuk insulin supaya takde hypo or hyperglycaemia.. Tanggungjawab sebagai doktor muslim untuk tahu.

Ya. Apa pun kita buat, buat sepenuh hati !

No comments:

Post a Comment