Thursday, 14 May 2015

kakak cantik miskin :)

Balik hospital tadi, singgah kejap 7E nak beli topup. Duit ada cukup-cukup 32 ringgit. Plan nak beli topup internet rm30 plus roti twiggies rm1.80 untuk breakfast pagi esok.

Cashier: Dik, duit tak cukup ni. Topup sekarang 31.80. GST 6%.
Aku: Mahalnya topup. 1.80 sen boleh beli air kat nasi kukus mama sebelah ni (Merungut geram dengan GST). Ok lah, saya cancel roti tadi. Saya nk topup je.

Aku pun pusing belakang nak letak balik roti kat rak. Tiba2, terperasan adik comel istimewa yang baru je aku jumpa di klinik ortho kelmarin. Adik ni ada sakit ADHD, Attention Deficit Hyperactive Disorder.

"Aapppaaa, kakaaak cantik ni miskin tada duit. Appaa bagi la kakaaak ni duit". Lambat lambat adik ni bercakap, tapi boleh je faham.

Dan ayah adik comel ni pun suruh aku letak balik roti tu di kaunter bayaran dan tolong bayarkan roti twiggies aku ni sekali dengan barang2 dia.

Sebelum balik, adik comel ni bye bye & sempat flying kiss.

"Bye bye kakak miskin".

Oh. Tadi panggil kakak cantik, sekarang dah jadi kakak miskin. Haha. Terima kasih adik hiburkan hati kakak cantik miskin ni yg tengah lara ni...
Selfie dgn adik comel di klinik. Moga sihat membesar jadi anak baik, orang berjaya ye dik.