Saturday, 5 February 2011

happy holiday~

Happy holiday pada yang tengah bercuti. Relax. Tak perlu risau fikir assignment, quiz dan tutor. Tak perlu pergi kelas dengar lecture. Tak perlu beli makanan cafe yang tak berapa nak jeligho (selera). 

Ya. Waktu cutilah kita ada banyak masa kosong tanpa dibebani tanggungjawab sebagai pelajar. Tapi jangan lupa, amanah kita sebagai hamba Allah tak pernah kenal cuti. Allah tak pernah berehat daripada mengawasi kita, malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kita hatta sewaktu kita syok bercuti. Jadi, cuti bukanlah lesen untuk kita berseronok tak tentu hala. 

Tapi nanti mesti orang akan kata: "Skemanya dia. Kalau bukan masa cuti, bila lagi masa kita nak enjoy?" Hmm, saya pernah tanya ustaz macam mana kalau timbul persoalan ni. Ustaz jawab: "Biarlah apa yang manusia nak fikir sebab kita nak nilaian dari Allah. Buat sekadar termampu. Tengok TV tu tak salah, tapi jangan lupa solat awal waktu. Tengok drama pun tak salah, tapi pilihlah cerita yang ok. Main games tak salah, tapi biarlah ada hadnya. Cukuplah sekadar kita jaga diri kita daripada lakukan maksaiat sepanjang hari tu dan jaga ibadat wajib sebaiknya. Tapi bagi muslim yang nak jadi mukmin bertaqwa, dia akan guna kesempatan yang ada untuk tingkatkan kualiti ibadat fadhu dan tingkatkan kuantiti amalan sunat".

Dan juga, jangan lupa ambil peluang tolong mak ayah di rumah. Tolong basuh pinggan, basuh baju, masak, jemur baju, lipat baju, kemas rumah dan banyak lagi kerja lain yang boleh kita buat. Kalau yang advance lagi, tolong jadi mat despatch hantar adik pergi sekolah dan tolong mak ayah berkebun. Sesungguhnya, kalau kita gembirakan hati ibu bapa, pasti dapat pahala. Janji niat ikhlas. Tiba-tiba teringat satu analogi daripada ustaz Pharol Juoi yang pernah saya baca dalam majalah Anis tentang sikap ikhlas ni. Ok, cuba tengok situasi ni:

"Ibu kita minta tolong basuh pinggan. Semalas mana pun kita, mesti buat juga kan. Tapi, adakah kita buat kerana mengharapkan upah yang ibu bagi selepas basuh pinggan ni? Setakat ni, tak pernah dengar lagi situasi anak bagi syarat yang ibu kena bagi duit dulu kalau nak minta tolong apa-apa". Ini kerana kasihnya seorang anak pada sang ibu yang telah banyak berjasa. Jadi, samalah macam konsep IKHLAS. Kita buat sesuatu kerana cintakan Allah. Tak salah untuk mengaharapkan pahala daripada amalan yang kita lakukan kerana kita masih di tahap yang biasa. Tapi kalau pada ibu bapa kita boleh buat suruhan mereka tanpa mengharapkan balasan daripada mereka, apa kata kita pupuk hati kita untuk buat segala suruhan Allah kerana rasa cinta seorang hamba pada Tuhannya.

Dan lagi, ambillah peluang cuti ni untuk tingkatkan thaqofah (pengetahuan), pengalaman dan skill yang ada. Kalau tak pandai drive lagi, boleh ambil lesen kereta. Kalau tak pandai masak lagi, kena rajin masuk dapur belajar memasak. Kalau nak kumpul duit dan cari pengalaman baru, boleh bekerja. Banyak sebenarnya benda yang boleh kita buat waktu cuti ni. Habib Umar pernah berpesan: "Sibukkan dirimu dengan benda bermanfaat agar dirimu tidak sibuk dengan benda tak bermanfaat". Sungguh rugi kalau cuti kita ini hanya terisi dgn tidur, melayan tv atau facebook sahaja. Ingat, kita akan ditanya di akhirat nanti, bagaimana masa lapang kita dihabiskan? Jadi, cari jawapan sekarang dengan buat benda berfaedah. Musuh pada masa: bertangguh, malas, leka..  



Najah's mission. Action without mission is a daydream. Vision without action is a nightmare. Moga terlaksana. 

No comments:

Post a Comment