Saturday, 26 March 2011

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur ke hadhrat Allah s.w.t atas kurniaan nikmat terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan nikmat islam. Alhamdulillah, dengan 2 nikmat ini jugalah akhirnya, terbuat juga blog sdn bhd. Credit to my both brothers, Muhammad Hafiz dan Husni Hamidi. Terima kasih kerana tolong buatkan blog pada budak yang buta IT ni. Tak apa, malu bertanya sesat jalan. Sebenarnya, sudah lama teringin ada blog sendiri, bahkan sahabat-sahabat Nur Aqilah, Siti Zaleha dan Athirah selalu sahaja offer nak tolong buatkan blog. Kata mereka, fastabiqul khairat. Tapi, diri ini terasa terlalu kerdil untuk berbicara tentang nasihat lantaran kelemahan jiwa yang sentiasa lemah dengan dunia dan tandus dengan ilmu agama. Setiap kali hayati lagu Raihan, Damba CintaMu ini, diri ini terasa amatlah tidak mampu untuk melontarkan pandangan dan nasihat pada yang lain. 



Tapi, persoalan yang sering timbul, sampai bila diri harus tunduk dengan kekurangan ini?. Manusia tidak akan terlepas dari berbuat kesilapan kerana iman kita bukanlah seperti iman malaikat yang sentiasa tetap dalam mentaati Allah, tetapi iman kita ada pasang surutnya. Bahkan, orang lain sudah melabur banyak saham akhirat melalui medan penulisan untuk pengisian rohani, bahkan ramai yang telah mempunyai blog untuk membawa mesej agama Allah supaya Islam terus unggul dalam kalangan kita, pemuda pemudi Islam. Teringat firman Allah Ta'ala: “Aku takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubah nasib mereka sendiri”, Akhirnya, saya berazam: insya Allah saya akan buat blog selepas umrah biiznillah, selepas memohon keampunan Allah atas kesilapan dosa lalu, selepas dada terasa sedikit lapang untuk berkongsi pandangan dan nasihat, selepas memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah untuk istiqomah di bumi barokah itu nanti. Dan akhirnya, segala puji bagi Allah, terlaksana juga azam itu 3 hari selepas pulang dari melaksanakan umrah. Jadi, dengan rendah diri, saya amat mengharapkan nasihat dan pandangan sahabat2 supaya segala kekurangan dapat diperbaik pulihkan dan sebagai galakan untuk diri ini terus berkarya dan berjuang melalui pena ini. Wallahua'lam. 


....

No comments:

Post a Comment