Sunday 10 April 2011

Al Falah: mulakan hari dengan tahajjud (^_^)

Alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. 


Sudah seminggu kembali di UIA setelah sebulan bercuti. Cuti yang penuh dengan suka dan duka. Suka kerana dapat bersama keluarga tercinta, suka kerana dapat solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, suka kerana dapat jejakkan kaki dan ziarah 2 tanah haram yang mulia ini. Tapi, sunnatullah telah menetapkan; hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, kesenangan dan kesempitan pasti datang bersilih ganti. Ujian Allah datang apabila seminggu selepas umrah, saya menderita sakit gigi. Sakit yang menarik sekejap nikmat makan, nikmat beribadah dan nikmat bercakap. Kadang mengeluh kesakitan, tapi bila teringat kata-kata Dr 'Aidh Al Qarni: "Setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Peranan kita adalah perlu bersabar dan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Janganlah sedih dan lemah. Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang. Pasti Dia mahukan sesuatu yang terbaik buat hambaNya". Benar. Sakit itu membawa diri berfikir sejenak, bagaimana agaknya sakit ketika sakaratul maut. Ujian sakit ini seolah-olah mengingatkan hari bertemuNya semakin hampir. Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratul maut. Mungkin juga sakit ini sebagai jawapan istikharah. Sakit gigi kerana akan menjadi doktor gigi. Wallahua'lam. Takut sebenarnya untuk menempuh masa depan sebagai seorang pelajar 'dentistry' di 'main campus' nanti: cuti hanya 2 hari sahaja, takut guna sistem blok, takut kalau kena repeat... Allahuakbar. Be strong Najah! Hidup perlu diteruskan. Be optimist, don't be pessimist. "Ya Allah, jika kos dentistry ini baik bagiku pada agama, dunia dan akhirat, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia. Tapi, jika kos dentistry ini mendatangkan keburukan bagiku pada agama, dunia dan akhirat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah untukku kebaikan di mana-mana sahaja".Inilah doa yang dibaca berulang kali di depan Kaabah. Semoga ini yang terbaik buatku. Allahumma amin. 
..........................................................................................................................................................

Syeikh Fahmi hafizohullah di Masjid Al Falah, USJ 9

Alhamdulillah, hari ini Allah telah mengizinkan al faqir untuk berada di dalam majlis ilmu yang mengingatkan diri pada Allah Ta'ala. Majlis talaqi bersama Syeikhuna Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki yang membicarakan tentang Kitab Sairus Salikin yang dikarang oleh Imam Ghazali r.a. Tajuk yang dibincangkan ialah mengenai wirid di waktu tengah malam.


Nabi menyampaikan pada umatnya akan janji Allah yang sangat istimewa, sebuah bonus pada manusia yang bangun di tengah malam: "Akan turun rahmat Allah pada tiap-tiap malam pada langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang akhir, maka Allah berfirman:

  • Barangsiapa berdoa padaKu, nescaya Aku perkenankan doanya
  • Barangsiapa mohon akan Daku, nescaya Aku perkenankan segala hajatnya
  • Barangsiapa memohon ampun akan Daku, nescaya Aku ampuni segala dosanya"
Syeikh Fahmi ada mengajarkan kami cara untuk mengatur masa dalam kehidupan seharian sebagaimana yang telah ditulis oleh Imam Ghazali r.a dalam kitabnya itu. Penjelasan ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang teliti. Cara pengurusan masa ini dibahagikan pada beberapa bahagian khusus buat 'abid (ahli ibadah), 'alim (pendidik), muta'allim (penuntut ilmu), orang bekerja, wali (pemimpin yang memegang amanah) dan 'arif billah. Tapi, saya hanya ingin fokus pada cara pengurusan masa dari konteks muta'allim iaitu penuntut ilmu:

- waktu akhir sepertiga malam hingga terbit matahari: membaca wirid (qiamullail)
- subuh hingga waktu Dhuha: berfikir tentang alam ciptaan Allah
- waktu Dhuha hingga waktu Asar: mutola'ah (menuntut ilmu)
- waktu senja hingga waktu malam: zikir lisan dan hadirkan hati mengingati Allah 

Jadi, kesimpulannya Imam Ghazali mengajar umat Islam bahawa pastikan masa kehidupan seharian kita terisi dengan perkara bermanfaat, sama ada dengan hal dunia atau hal akhirat. Sesungguhnya, 3 syarat telah digariskan untuk menjadikan hal dunia menjadi 'amal akhirat:
  1. niat yang betul dan ikhlas
  2. tidak bertentangan dengan hukum agama
  3. apabila bertembung antara amal dunia dan amal akhirat, utamakan amal akhirat. 
(Syarat 1 dan 2 di atas merupakan syarat wajib manakala syarat 3 adalah syarat kesempurnaan). Jika dilihat realiti hari ini, ramai yang masih melengahkan seruan azan bila bertembung dengan kepentingan peribadi. Semakin azan dilaungkan, diri semakin malas untuk segera menyahut seruan ilahi; masih leka di depan laptop, setia dengan tugasan assignment, sibuk bersembang dengan teman-teman dan masih bermalas-malasan di atas katil. Teguran buat diri sendiri sebenarnya. Allahummaghfirli. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya". Suatu rahmat yang amat besar bagi seseorang yang berada di padang Mahsyar ketika manusia sibuk menghadapi nasib masing-masing, tiba-tiba Allah menjemputnya dengan lemah lembut dan kasih sayang. Inilah nikmat yang tidak terhingga sebagai ganjaran bagi orang yang segera menyahut seruan azan semasa hidupnya di dunia dahulu. Allahummaj'alna minhum

Juga diceritakan bahawa Imam Syafi'e telah membahagikan waktu malamnya pada 3 iaitu:
  • satu pertiga untuk mutola'ah kitab (ilmu)
  • satu pertiga kemudian untuk solat ('ibadah)
  • satu pertiga akhir malam untuk tidur (berehat)
Persoalannya, waktu malam kita bagaimana??  Adakah sepenuhnya digunakan untuk tidur, malah Subuh pun sering terlajak? Muhasabah bersama.. 
........................................................................................................
Qiamullail. Amalan yang amat memerlukan mujahadah tinggi dan kesabaran jitu. Sukar untuk istiqomah, tapi manis bila dapat beramal dengannya. Ingat sabda Nabi: "Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis". Memang tidak dinafikan sukar untuk istiqomah, tapi alah bisa tegal biasa. Rebutlah peluang ini sebaiknya demi manfaat di akhirat sana.

Jujur dengan diri sewaktu muhasabah. Berapa kali seminggu kita bangun qiamullail memohon keampunan atas dosa yang telah kita lakukan. Kenapa kita sanggup tidak tidur bersengkang mata untuk 'study' kerana exam, tapi tidak sanggup untuk bangun sekejap di tengah malam untuk tahajjud 2 rakaat. Kenapa kita sanggup tidur lewat pagi kerana syok menonton 'movie', tapi tidak sanggup untuk luangkan sekejap masa membaca dan mentadabbur Al Quran. Teringat pada kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam buku 'Khusyuk dalam Solat'; tiap kali kita menyebut ayat ke-5 dari surah Al Fatihah ( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ), ia bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah Ta'ala, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu dan penyembah dunia semata. Sesungguhnya, tujuan hidup manusia diciptakan bukanlah untuk akademik, harta dan hiburan semata. Tapi, ada misi utama yang telah Allah tetapkan iaitu
  1. sebagai 'Ibadullah (beribadah pada Allah) -Az Zariyat:56
  2. sebagai khalifah Allah di dunia (berbuat ihsan pada manusia lain, lakukan amar ma'ruf nahi mungkar, makmurkan bumi dengan Islam)  -Al-Baqarah:3, Al An'am:165
  3. untuk tunaikan amanah (amanah sebagai hamba Allah, penghafaz al quran, anak, ibu, bapa, pelajar, sahabat, da'ii dll) -Al Ahzab:72

Sejauh mana misi ini telah kita buktikan dengan amal kita? Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah, langsung tidak memberi manfaat pada diri sendiri apatah lagi pada orang lain. Jadi, ayuh kita mulakan langkah baru menuju husnul khatimah. Tinggalkan segala kemungkaran dan istiqomah lakukan ketaatan padaNya. Pesan Nabi: "Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak" yang bermaksud (jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sisimu). Bagaimana cara menjaga Allah? Jagalah diri kita dari melakukan kemaksiatan. Bila diri terasa ingin berbuat dosa, segeralah istighfar, baca a'uzubillah, ayat kursi, 3 qul, ambil wudhu' dan dekatkan diri pada Allah.


Wallahua'alam. Jangan lupa berwudhu' sebelum tidur dan pasang niat untuk bangun qiamullail esok pagi. JOM MULAKAN HARI DENGAN TAHAJJUD. Pasti hidup kita lebih bermakna dan diberkati.


"Sesungguhnya, jiwa orang yg terbentuk di tengah mlm itu lebih mantap keperibadiannya dan lebih jitu kata-katanya" (Al Muzammil: 6)

5 comments:

  1. salam mohon mencadang:
    kalau mampu, usahakan untuk solat taubat dan witir sebelum tidur. kemudian, dengan wudhu dan niat untuk bangun qiam, insya Allah mudah nak bangun. kalo tak kunci jam pun, allah tetap 'sedar'kan kita dari tido unt bangun qiam. tapi tinggal lagi pilihan kita, samada bila tersedar tu nak bangun qiam ke atau nak sambung bungkus badan dalam selimut balek.

    alhamdulillah dah bertemu mata dengan najah. =)

    teruskan menulis ukhti.

    ReplyDelete
  2. suka baca blog najah..teruskan kongsi segala ilmu yang ada.. insyaallah =p

    ReplyDelete
  3. kak Husna: Alhamdulillah. Terima kasih kak husna ats cdgn. Baru teringat us Muhadir pun pernah pesan buat wasiat dulu sebelum tidur sebab kita tak tahu sama ada kita masih hidup atau tidak esok hari.

    Amal: Insya Allah. Saling mengingati dalam kebaikan dan kesabaran. (^_^)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. best bce blog najah,,mcm dgr tazkirah kat sek dlu..trima kasih najah..
    hmmm..najah..tlg teha..!!

    ReplyDelete