Teringat perbualan santai dengan adik bongsu, Kamil Hadafi sewaktu dia masih tadika lagi. Pada suatu petang, saya tengok dia tekun melihat halaman muka surat untuk ruangan ‘Teman Asuh’ dalam majalah Asuh, sebuah majalah kanak-kanak yang mendidik jiwa terbitan Galeri Ilmu. Rupa-rupanya dia sedang mencari idea untuk memilih cita-citanya ketika besar nanti.
Kak : Jupe doh ko cita-cita adik?
Kamil : Tak lagi. Tengah cari ni…
Kak : Meh kak tolong cari. Ame jadi doktor lah. Boleh rawat abi umi tua-tua kekgi.
Kamil : Tok se. Kekgi sibuk kat hospital macam Ayah Zin dan Teh. Kena gi kursus jauh. Ame nak duduk dengan abi umi. Erm, kalau gitu Ame nak jadi ‘pilot’ lah.
Kak : La, Ame tahu dok ‘pilot’ tu gapo? Pilot tu orang bawak kapal terbe. Biasanya, kalau orang bawak kapal terbe ni gi luar negara sokmo, lamo pulok tuh.
Kamil : Oloh, jolo ko? Tak jadi la kalau gitu. Ame tukar jadi cikgu lah. Boleh minta kerja kat sekolah dekat dengan rumah ni.
Kak : La, kalau jadi cikgu, Ame sokmo ado mesyuarat, sibuk dengan kelas tambahan, kena cek kertas prikso. Banyak jugak kerja tuh. Gini la, Ame kan pandai main badminton. Ko Ame nk jadi pemain badminton?
Kamil : Boleh jugak. Boleh Ame berlatih tepi rumah ni. Tak yah jauh dengan abi umi
Kak : Tapi, kalau Ame jadi wakil Malaysia, Ame kena gi berlawan kat luar negara jugak. Ingat tak Hafiz Hashim masuk All England, kena tanding di England. Jauh tuh Ame. Fikir molek
Kamil : (berhenti sejenak sambil berfikir jauh). Erm, doh kak rase Ame boleh jadi gapo?
Kak : Kiranya Ame tok se duk jauh dengan abi umi la ni?
Kamil : Erm. Ame kan anak bongsu.
Kak : Kalau gitu Ame jadi chef lah. Buka restoran depan rumah. Maknanya tak la tinggal abi umi.
Kamil : Oloh.. Keje chef jah?? Pening Ame fikir. Tengok la dulu pahni gano. Susahla nak cari cita-cita ni (sambil tutup buku Asuh dengan muka kecewa)
……………………………………………………………………………………....
Tersenyum sendiri teringat kisah ni. Sekarang, Kamil dah masuk darjah 3 dan menjadi pengawas sekolah. Apa yang penting, dia dah ada cita-cita sendiri iaitu nak jadi doktor, pilihannya yang pertama dahulu. Tapi dia tetap tidak mahu duk asrama. Erm, anak bongsu la katakan. Tak pe, kak doakan Ame berjaya dunia akhirat dan menjadi anak soleh. Tulus sungguh niat adik bongsuku ini: nak jaga Abi Umi bila tua nanti. Insya Allah, kita 8 beradik akan menjadi anak soleh solehah dunia akhirat. Teringat sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah Jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh”
Gambar Kamil sewaktu majlis khatam Al Quran tahun lepas (darjah 2) |
Moral of the story:
Pertama, budak-budak pun fikir nak jaga ibu bapa, nak berbakti pada mereka. Kita waktu kecil juga mungkin begitu, langsung tak mahu berenggang dengan ibu bapa. Tapi, bagaimana agaknya sekarang, setelah kita belajar jauh dari pantauan mereka. Jangan lupa, selalulah telefon mereka untuk bertanya khabar dan jangan lupa doakan mereka tiap kali lepas sembahyang. Doa dan berkat dari mereka amatlah penting dalam kita memburu impian hidup masing-masing
Kedua, kita tidak boleh lari dari SIBUK. Kerja apa pun pasti dihambat dengan kesibukan kerana itulah lumrah hidup sebagai khalifatullah. Banyak amanah yang harus kita pikul. Tanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, masyarakat, agama dan negara. Jangan lupa 3 misi utama manusia diciptakan Allah iaitu:
- sebagai 'ibadullah (untuk beribadah kepada Allah) -Az Zariat:56
- sebagai khalifah Allah (untuk berbuat ihsan pada manusia, memakmurkan bumi dengan amar ma'ruf nahi mungkar) - Al Baqarah:3 , Al An'am:165
- untuk tunaikan amanah (sebagai hamba Allah, penghafaz Al Quran, anak, pelajar, adik, kakak, sahabat, da'ie, ibu, bapa dll) -Al Ahzab:72
"Kematian bagi orang beriman adalah rehat daripada kedukaan dunia "
Jika kita hanya fikirkan mahu rehat semata-mata dan tidak mahu sibuk, tanya pada diri; bersiapkah diri kita untuk mati?. Tanyalah pada sesiapa sahaja, sama ada dia itu guru, doktor, arkitek, pensyarah, tukang kebun, hatta suri rumah sekalipun, semuanya sibuk dengan tugasan masing-masing. Jangan sempitkan minda kita untuk fikir tentang cita-cita kerana takutkan sibuk. Teguran buat diri sebenarnya. Dulu, pernah bercita-cita untuk menjadi doktor. Tapi kerana takut akan sibuk bila dah jadi doktor nanti, saya tukar cita-cita pada dentist. Tapi bila berada dalam dentist sekarang, terfikir tentang kesibukan sewaktu belajar, cuti cuma sekejap saja berbanding budak medik. Allahurabbi. Beratnya tangan waktu hendak menaip ini kerana kata-kata ini menembak tepat pada diri. Dush !! Terkena atas kepala sendiri.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selalulah membuat fikiran kita terbuka sehingga kita miliki minda yang sering berfikir akan kejayaan di masa depan. Percaya dengan kebolehan diri dan bertawakallah pada Allah. Allah tidak akan mensia-siakan kehidupan hambaNya yang taat dan selalu ingat padaNya. Jangan terus mengangkat bendera putih sebelum pedang membunuh musuh.
"Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis"
Penderitaan yang dirasakan oleh penuntut ilmu dan disebabkan beban berat yang dipikulnya akan menjadikannya seorang yang 'alim dan pakar dalam ilmunya satu hari nanti. Hujan kan berhenti, ribut pun kan reda, guruh pun tak lama. Itulah sunnatullah alam, sama dgn sunnatullah kehidupan. Yakinlah dengan janji Allah, setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan selepas itu biiznillah. "Barangsiapa bertaqwa pada Allah, nescaya Allah sediakan baginya jalan keluar dan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakkal pada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ( At Talaq: 2-3)
"Erti hidup untuk memberi"
Kalau kita lihat dari segi ibadat. Solat yang popular dalam kalangan kita adalah solat wajib 5 waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya’. Bila nak exam, solat yang popular adalah solat sunat hajat. Bila nak pilih jodoh, solat sunat istikharah. Kalau ada kematian, solat sunat jenazah. bila bulan ramadhan, solat terawih pula yang popular. Ada banyak jenis solat sunat tapi pernahkah kita terfikir, kenapa solat sunat lain seperti solat sunat rawatib, dhuha, tahajjud, tasbih,taubat dan banyak lagi tidak selalu diamalkan oleh kita? Sebabnya mudah sahaja, kita selalu solat untuk meminta kerana kita tahu Allah adalah punca rezeki dan tempat untuk kita meminta sesuatu. Bukannya solat untuk memberi keikhlasan 'ibadah kepada Allah. Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal. Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan. Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita. Melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Namun, melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan.
Dengarlah lagu motivasi ini, Mimpi Yang Indah oleh kumpulan Mestica. Moga ia dapat mengubat hati kita yang sedang gundah memikirkan masa depan nanti. Bukan mudah menggapai bintang, bersilih dugaan mendatang...
Kalau kita lihat dari segi ibadat. Solat yang popular dalam kalangan kita adalah solat wajib 5 waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya’. Bila nak exam, solat yang popular adalah solat sunat hajat. Bila nak pilih jodoh, solat sunat istikharah. Kalau ada kematian, solat sunat jenazah. bila bulan ramadhan, solat terawih pula yang popular. Ada banyak jenis solat sunat tapi pernahkah kita terfikir, kenapa solat sunat lain seperti solat sunat rawatib, dhuha, tahajjud, tasbih,taubat dan banyak lagi tidak selalu diamalkan oleh kita? Sebabnya mudah sahaja, kita selalu solat untuk meminta kerana kita tahu Allah adalah punca rezeki dan tempat untuk kita meminta sesuatu. Bukannya solat untuk memberi keikhlasan 'ibadah kepada Allah. Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal. Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan. Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita. Melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Namun, melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan.
Dengarlah lagu motivasi ini, Mimpi Yang Indah oleh kumpulan Mestica. Moga ia dapat mengubat hati kita yang sedang gundah memikirkan masa depan nanti. Bukan mudah menggapai bintang, bersilih dugaan mendatang...
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti
Lagu ini sering menjadi penguat semangat di waktu diri ini terasa lemah semangat. Kali ini, saya tujukan lagu ini khas buat semua sahabat yang sedang berjuang untuk merealisasikan cita-cita dan impian hidup masing-masing. Andai pernah mengalami kegagalan, yakinlah bahawa kegagalan itu bukanlah jalan buntu, bukan juga jalan mati bagi kehidupan kita. Sebaliknya, jadikanlah ia sebagai jalan pada kita untuk menuju kejayaan. Jadilah optimist dalam setiap apa yang kita lakukan dan perbaikilah kekurangan diri. Dan jangan lupa, dalam sibuk mengejar cita-cita, jangan sesekali lupa pada ilmu agama. Imam Ghazali dengan sinis pernah berkata: "Sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati". Banyak sebenarnya cabaran hidup sebagai pelajar kampus. Tapi yakinlah dengan sabda Nabi: "Ihfazillah yahfazka. Ihfazillah tajidhu tijaahak" (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sampingmu). Jaga solat, jaga aurat, jaga mu'amalat.
“Carilah sesuatu yang bermanfaat dalam kembara hidup kita untuk kita memberi manfaat kepada orang lain”
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaiwah..so sweet story..:)
ReplyDeletenice moral value..ngatlah orang yang tersayang..:)
jangan dikatakan anak bongsu..kakak nye pon same aje..hehhehe
ReplyDeletesaya suka baca blog nie... terima kasih najah...saling memperbaiki kelemahan diri
ReplyDelete