Alhamdulillah. Sabtu baru ni sempat juga shopping di bookfair di PWTC. Allah, ramainya orang di sana. Terpaksa bersesak dengan orang ramai untuk memilih buku. Lepas ni, kalau sesiapa nak pergi bookfair, pastikan decide awal-awal buku yang nak dibeli dan tulis penerbitnya sekali sama ada PTS, Karangkraf, Telaga Biru atau publication lain untuk memudahkan kita nanti. Percayalah, masa tu sangatlah susah kalau baru nak pilih nak beli buku apa. Rambang mata sebab semua buku nampak best, tambahan pula harganya murah hingga ada buku dapat diskaun hingga 30%. Wow, teruja!
Antara buku yang dibeli. Tapi buku Sutera Bidadari ni tolong belikan untuk sahabat jauh di Kelantan, peminat tegar novel. Banyak juga belanja di sini, tapi saya akan pastikan buku yang dibeli ini tak sia-sia. Berazam untuk baca buku ini waktu terluang dan masa cuti panjang nanti, dengan harapan ilmu yang dapat daripada buku-buku ini boleh meningkatkan iman, memperkasa diri dengan tips dari Al Quran, menjadi mukmin profesional dan belajar gaya menulis dari Hlovate. Moga dipermudahkan Allah. Membina harapan memang mudah, tapi merealisasikan itu sangatlah susah. Ia memerlukan segunung kesabaran dan kecekalan, bukannya sekadar berpeluk tubuh dan goyang kaki sahaja. Kalau nak dapat segulung ijazah, kenalah belajar sungguh-sungguh. Kalau nak masuk syurga, kenalah ikhlas beramal dan tingkatkan ibadah. Itulah sunnatullah kehidupan. Jadi, manfaatkan masa sebaiknya dan kalahkan nafsu dalam diri yang sukakan rehat, tidur, bersembang, fb, dan main game untuk realisasikan misi: tingkatkan thaqafah dalam diri. Tak lupa untuk ucapkan terima kasih buat semua sahabat dan family yang memberi galakan dan suggestion buku untuk diri ini bina kekuatan agar tabah berdikari pada masa depan nanti. Kalian yang menjadi penguat semangat sewaktu diri rasa lemah tak berdaya. Terima kasih semua.
Antara buku yang sempat dihabiskan sewaktu short sem ni. Maklumlah, wiFi tak dapat di UIA. Jadi, masa banyak dihabiskan dengan buku sahaja. Tapi ingat, ilmu tanpa amal langsung tidak bermakna. Umpama pokok yang tidak mampu mengeluarkan buah, tidak membawa manfaat pada sesiapa. Antara 7 ciri ilmu bermanfaat menurut Hujjatul Islam Imam Ghazali r.a ini iaitu ilmu yang dapat:
Menyahut seruan kerajaan. CINTAI BUKU: Dunia tanpa sempadan. Tapi, saya rasa realiti di Malaysia, budaya cintai buku tenggalam dalam budaya mengagungkan artis. Artis dipuja, kisah hidup mereka dijaja di setiap media. Hinggakan anak-anak muda sekarang lebih mengetahui kisah hidup Justin Bieber berbanding sirah perjuangan pahlawan terbilang Salahuddin Al Ayyubi. Anak-anak kecil lebih mengenali Lady Gaga berbanding mengetahui siapakah Ummahatul Mukminin isteri- isteri Rasulullah. Inilah realiti anak-anak Malaysia yang lebih terdedah dengan arus dunia tanpa sempadan. Buat para ibu bapa, didiklah anak-anak dengan acuan Al Quran dan As Sunnah agar mereka mampu menjadi saham untuk dunia dan akhirat. Tertarik dengan kisah hidup bob lokman dalam buku Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali. Salah satu sebab penghijrahan Bob Lokman ialah cabaran untuk mendidik anak-anaknya di tengah kota yang jika tak dipagar rapi, akan diterkan oleh serigala kota yang buas. Doanya saban waktu, mengharap dan memohon pada Yang Esa: " Ya Allah, janganlah kamu matikan aku dalam keadaan anak-anak ini akan mendatangkan fitnah padaku. Berikan aku kekuatan dan segudang kesabaran untuk mendidik mereka". Satu kisah contoh yang harus diambil iktibar oleh semua lapisan masyarakat. Ya, hidayah Allah boleh datang bila-bila masa sahaja dan untuk sesiapa sahaja. Umar Al Khattab yang begitu kuat menentang Islam akhirnya mendapat hidayah sehingga digelar Al Faruq. Khalid Al Walid yang menjadi penyebab utama ramai tentara Uhud yang gugur syahid akhirnya mendapat sinar hidayah sehingga digelar Saifullah.
Tinggal kita sahaja lagi untuk menerobos kisah hidup Nabi ini dengan banyakkan membaca dan mendalami sirah hidup baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jom obses pada buku. |
najah beli buku aku terima nikahnya ke tu? yg warne pink ujung skali tu kn? ke sy slah tgok? nnti crite2 lah ye.. heehe ;)
ReplyDeleteterbaek najah~ selamat membaca...
ReplyDelete=)
yup. buku ustaz hasrizal tu. kebetulan dpt diskaun, drp rm 55 jd rm 40 lebih. apalagi, terus taram.. suk, sbg persediaan. jeng3 =)
ReplyDeletewah2..najah sudah semakin matang..;)
ReplyDeletenajah, macam mana nk bt 'mungkin juga anda meminati'..pastu ada post kita banyak2 kt bawah tuh..?? buta it r,
ReplyDeleteilmu drp ustaz dpt kita jadikan panduan utk kita dan juga berhujah dgn org yg suka putar belit hukum ttg cinta cintun ni.. pernah baca TEORI EVOLUSI CINTA? teori yg menarik, kaitan antara cinta monyet dan kisah bani israel yg dimurkai Allah jadi kera krn slh gunakan akal..
ReplyDeleteabe beli jugok buku kompilasi aku terima nikahnya.. RM50...abe beli kt giant.. najah beli d bookfair hrga brapa??
ReplyDeleteklu tw abe beli dh njh x yah bli doh. bli bru ni dlm rm 41 riya..
ReplyDelete