Puasa, tapi tak tutup aurat.
Fenomena yang dah jadi budaya: Puasa, tapi tak tutup aurat. Puasa wajib, tutup aurat pun hukumnya wajib kan? Mungkin bagi mereka, puasa hanya dengan tahan diri daripada makan dan minum, solat terawih, banyakkan sedekah dan buat kerja 'amal. Tapi, aurat tak tutup. Apakah golongan begini dapat mencapai matlamat puasa iaitu untuk mencapai taqwa??
Fenomena yang dah jadi budaya: Puasa, tapi tak tutup aurat. Puasa wajib, tutup aurat pun hukumnya wajib kan? Mungkin bagi mereka, puasa hanya dengan tahan diri daripada makan dan minum, solat terawih, banyakkan sedekah dan buat kerja 'amal. Tapi, aurat tak tutup. Apakah golongan begini dapat mencapai matlamat puasa iaitu untuk mencapai taqwa??
Mungkin akan ada orang kata, "Don't judge a book by its cover. Main aci redah je nak hukum orang tu bertaqwa ke tak. Belum tentu orang pakai tudung tu bertaqwa. Allah je yang boleh nilai". Ya, saya sokong. Jangan hukum seseorang tu berdasarkan luaran. Tak semestinya perempuan bertudung itu baik, tapi perempuan yang baik sudah tentu bertudung kan? Perempuan yang bertaqwa pasti nak jaga maruah dia kan, nak jaga keaiban diri. Formula yang mudah..
aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri
Mungkin mereka tak rasa aib di dunia, tapi jangan lupa aib di mahkamah mahsyar nanti. Pada waktu itu, tiada siapa pun yang dapat bantu kita, hanya anggota badan yang akan jadi saksi untuk berhujah di hadapan Allah Ta'ala nati. Rambut akan mengadu bahawa si fulan binti si fulan ini tidak menutupnya daripada pandangan bukan mahram. Anggota badan akan mengadu bahawa tuannya sering menayangkan bentuk tubuh badannya dengan berpakaian ketat ketika di luar rumah. Maka, bersedialah tuan empunya badan. Anggota badan yang kita kagumi di dunia ini dulu, telah memboikot kita dengan mendedahkan keaiban kita kerana melanggar suruhan Allah. Siapa kita untuk melawan syariat Allah??
Fesyen acuan Allah
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka...” (An Nur:31)
Malang sekali, terlalu ramai yang BERTUDUNG, tapi tidak sempurna mengikut syariat. Tutup aurat bukan sekadar dengan memakai tudung, tapi biarlah tudung itu menutupi dada, kain tak nipis dan tak ketat. Trend anak mudi sekarang, ramai yang bertudung, tapi pakai baju ketat. Bertudung, tapi tudung terlalu nipis hingga nampak leher dan rambut.
3 kategori aurat
3 kategori aurat
Dr Basit pernah sebut: "Aurat ni ada 3 kategori:
1) Orang yang TUTUP aurat- paling sempurna (x nipis, x ketat)
2) Orang yang TUDUNG aurat- macam tudung saji, boleh nampak makanan di dalam tu. Orang jenis ini suka pakai baju nipis
3) Org yang BUNGKUS aurat- Orang yang pakai baju seluar ketat.
1) Orang yang TUTUP aurat- paling sempurna (x nipis, x ketat)
2) Orang yang TUDUNG aurat- macam tudung saji, boleh nampak makanan di dalam tu. Orang jenis ini suka pakai baju nipis
3) Org yang BUNGKUS aurat- Orang yang pakai baju seluar ketat.
Jadi, tengoklah pakaian kita kategori mana? TUTUP/ TUDUNG/ BUNGKUS aurat??
Kalau kita masih tergolong dalam kategori yang tudung atau bungkus aurat, segeralah berubah pada TUTUP AURAT. Berfesyen ikut acuan Allah kan lebih manis.
Tak kisahlah kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah dengan kreatif hingga menutupi dada.
Nak pakai tudung ariani pun, silalah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada.
Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, pakailah inner di dalam supaya leher kita tak kelihatan.
Jangan rasa berat untuk ikut syariat Allah. Jangan rasa beban untuk tutup aurat dengan sempurna. Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang 'alim. Bukan sekadar berkata: "Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit". Stop drama itu. Ikutlah skrip yang dah ditetapkan Allah.
Ambillah peluang bulan Ramadhan sebulan ini untuk kita lebih serius dengan penjagaan aurat. Allah wajibkan kita tutup aurat, mesti ada sebab dan hikmah yang besar di sebalik itu. Biarlah di hari raya Aidilfitri nanti, kita semua tampil dengan pakaian sunnah yang menepati semua syariatullah, dan yang lebih penting ia berkekalan hingga penghujung umur kita. Jangan biarkan anggota badan kita bersuara di akhirat nanti untuk dedahkan keaiban kita kerana kita suka membuka aurat (keaiban) kita di dunia dulu. Saya sayang antunna semua. :)
salam, tanya sikit (keluar topik)
ReplyDeleteapa maksod
"-masyi juz 1-7
-saba' juz 14, 13, 12"?
anonymax: ops. tu tgok kt my wishlist ramadhan k? erm, mcm mane ye nk royak. masyi n saba' tu adlh term utk proses hafazan Quran. masyi tu =lancar. klu nk masyi, kne ulang sokmo hafalan tu spy ingat.
ReplyDeleteJd utk masyi hafalan kita ni, mcm2 kaedah org guna. ni slh satu kaedah sy dapat masa blaja d madrasah tahfiz lepas SPM dulu: kaedah ni adalah sistem hafazan dari Pakistan.. dy ad saba', sabqi, manzil.. klu nk explain, panjang la sket tu. simplify nye:
SABA': ayat tasmi' utk hafalan baru. cth, kita dah hafal 10 juzuk Al Quran. Jd, awal m/s juz 11 dan seterusnya dikira saba'.
SABQI: kita ulang ayat saba' td tu.. rasenye hok ni plg susah sbb kita nak perangat smula ayat yang bru kita tasmi'
MANZIL: ulang ayat hafazan lama (cth dlm kes td, kita dah hafal 10 juz. Jd, utk manzil ni, kne ulang juz 1-10 berulang kali). Cth, ahad ulang juz 1, isnin ulang juz 2, selasa juz 3, dan ia berterusan hingga juz 10 dan bila dah habis juz 10, start balik dari juz 1.
maaf la, kamu faham k x. sy pun baru faham setelah 2 hari duk kat madrasah tu sbb x pernah jupe lg sistem begini. tp, rasanya ia amat berkesan utk masyi quran..
errmmmmmmmmmmmmmm....rasanya xfaham...xpa2 thx for explaining anyway :D
ReplyDeletex pe. sy pun susah jgk nk faham tym awal2 masuk madrasah tu.. x pe, klu anda ni penghafaz Quran dan teringin nk tahu kaedah ni, boleh tny mane2 pondok atau madrasah tahfiz guna kaedah ni. rasanya kaedah ni amat berkesan utk lancar dan ingat hafalan Al Quran ni.. :)
ReplyDelete1 gi soklan bleh? erm utk penghafal part-timer yg ada schedule yg sgt sgt sgt busy, atleast berapa minimum wajib mengulang dlm sehari?
ReplyDeleteAllah, beng gitu. kne tanya org yg lebih ahli ni.
ReplyDeletemin wajib mengulang dlm sehari? x tw la, ikut diri msg2.. klu sy, sy akan cuba spend bc at least stgh juz. klu semput sgt masa tu, sekadar baca pun da cukup.. amik masa lepas maghrib k, takpun skejap sebelum tidur.
Tp, depend la pd jadual masing2, ikut kesesuaian n keselasaan..