Setelah 2 tahun di CFS UIA PJ, akhirnya masuk jugak ke main campus UIA Kuantan. Medic, insya Allah. Dulu hampir ke mesir untuk buat medic. Tapi tak jadi sebab masalah kesihatan. Maklumlah, jauh dengan umi abi ni, kalau terjadi apa2, susah. Kemudian, masuk la UIA dengan kos Allied Health Sciences (ALLHS). Lepas setahun di CFS, Alhamdulillah dapat tukar ke kos pharmacy. Itu pun setelah 2 kali apply. Sekali mohon kena bayar RM50.
Tapi, memang dah berhajat untuk tukar ke kos lain, sama ada dentistry atau medic sebab abang ke2 dah ambik pharmacy. Biarlah dalam family tu ada variety sikit. Abang sulung engineering UIA, abang ke2 pharmacy UIA, dan adik perempuan tunggalku akan fly ke Jordan 14hb ni ambik syariah. Pada adik 4 orang lagi tu, belajar sungguh deh. Biar berjaya dunia dan akhirat. Insya Allah
Bila masuk last semester di CFS, dia ada buka tawaran untuk tukar kos, free of charge. Masa tu, sangat confuse tak tahu nak mintak tukar dentist atau medic. Istikharah, tapi mungkin hati dah cenderung pada dentist sebab fikir dentist tak sesibuk medik. Lagipun, buat pilihan tu tanpa berbincang semeja dengan abi umi. Kebetulan pula masatu sibuk dengan quiz dan assignment, jadi pakat letak je 1st choice tu dentist and then, 2nd choice medic dan 3rd barulah pharmacy. Waktu cuti selepas balik umrah, dapat tahu lulus interview dentistry.
Sempat jadi student dentist sepanjang short sem. Satu malam tu, ummi call tanya tak nak try apply medic ke. Idea tu datang sebab ada seorang lecturer tu tanya, "tak nak sambung cita-cita dulu k nak sambung medic di mesir tu? Dengan pointer awak ni, insya Allah boleh medic". Jadi, saja je la buat surat apply medic. Kalau dapat, rezeki kat situ. Kalau tak dapat pun, x pe. Go on dengan dentistry.
Takdir Allah. Waktu syok cuti panjang ni, UIA Kuantan call bagitahu permohonan untuk tukar medic ni berjaya. Tanpa interview macam nak masuk dentist dulu. Alhamdulillah. Yakin dengan takdir yang ditetapkan Allah. Biarlah ramai orang kata kerja doktor ni susah, sibuk. Tapi, yang pastinya kerja doktor ni mulia. Noktah.
Assalamu'alaikum syeikh.. :)
ReplyDeleteTahniah dan takziah sebab dapat juga medic ye.. :) Moga diberkati Allah dan profesion yang bakal digalas dapat disumbangkan pada perjuangan dan umat Islam.
Siiru 'ala barokatillah.. ^^,
tahniah juga..semoga istiqomah
ReplyDeleteAlhamdulillah. Thank you my seniors. Wish both of u good luck too :)
ReplyDeletesalam.. saya nak tanya sikit. saya pun course pharmacy juga insha Allah , sedang menyimpan hasrat untuk tukar course medik, Insha ALLAH :) masih di cfs.... mcm mana buat permohonan tukar course tu ? buat surat? macam mana tu?
ReplyDelete