Saturday, 10 September 2011

kenapa medic, bukan dentist?


Hmm, ramai terkejut bila tahu aku tukar medik. Susah jugak bila orang tanya sebab jawapan dia atas banyak faktor.

1. Takdir Allah yang tentukan semua ni. Kalau tak, pasti permohonan nak tukar programme ni ditolak.

2. Sambung cita-cita dulu nak ambik medik di Mesir. Tapi atas faktor kesihatan, tak jadi fly

3. Sistem belajar dentist terlalu pack, tak sesuai dengan jiwa. 1 blok (consist of 10 weeks) belajar, kemudian cuti 2 hari sambung blok 2, kemudian cuti 2 hari masuk blok 3. Bila habis blok 4 tu, baru boleh cuti sebulan. Alamat tak balik rumah 40 minggu la bagi orang jauh. Kalau medik, ada la jugak cuti 1 minggu interblock tu. Boleh la release tension balik rumah sekejap.

4. Dulu nak ambil dentist pun sebab takut sibuk bila kerja doktor nanti. Tapi bila buka buku La Tahzan dan beberapa lagi buku lain nak cari motivasi diri, Alhamdulillah, ada sikit kekuatan untuk semua kelemahan tu. Yakin bahawa Allah yang tentukan 100% masa depan kita. Ingat doa dalam doa ma'thurat, wala takilna ila anfusina torfata 'ain (Ya Allah, jangan biarkan aku sendirian yang tentukan masa depan sendiri). Teringat artikel takut sibuk, pembunuh cita-cita, sangat bermakna waktu diri down dulu.

5.  Tersemangat dengan pengalaman pak saudara, Ayah Zin yang merupakan doktor pakar perubatan am di Hospital Terengganu. Kisahnya bermula bila suami kepada kawan abi ni ada sakit yang serius, tak ingat sakit apa, tapi berkaitan dengan jantung la. Kalau nak operate di HUSM pun, kena tunggu tahun depan dan ia melibatkan kos yang besar, dalam belasan ribu jugaklah. Lepas tu, ummi saja bagi idea pada abi supaya call ayah zin, mana tahu ayah zin boleh tolong suami cikgu tu. Abi pun call la ayah zin. Alhamdulillah, ayah zin janji nak tolong refer kes ni pada IJN. Akhirnya, dengan izin Allah, suami cikgu tu dibedah minggu depan tu dengan hanya kos dalam beberapa ratus ringgit sahaja di IJN. Apa yang terkesan di hati, bila tengok cikgu tu sangat terhutang budi sebab bantu suami dia. Suka bila dapat buat orang lain bahagia.

6. Mudah nak balik rumah sebab budak medik ada duk besut jugak, budak dentist x de. Ops, just kidding. Ni reason yang tak masuk consideration pun.  Tapi, kalau fikir balik, betul jugak.

Insya Allah, moga ni pilihan terbaik. Dulu antara medik dan dentist, neither side is 100%, so it is a very difficult decision. Teringat nasihat Jin Guk pada Hye Mi dalam cerita Dream High waktu Hye Mi dalam dilema nak debut atau ikut ayahnya pergi Amerika:

"If one side was for sure 100%, that will not be a choice, but the actual answer. 50/50. Because it's hard, that's why it's called choosing. Regardless of anything else, you still have to choose. Don't regret after making your choice. Work hard to turn 50% to 100%. Work hard to prove to yourselves that you have made the right choice.

Satu lagi, dalam Islam ni, ada istikharah dan musyawarah. Minta petunjuk daripada Allah dan berbincang dengan orang lain. Allah tahu apa yang terbaik buat kita sebenarnya.

2 comments:

  1. InsyaAllah pilihan yang terbaik :)

    Good luck najah :)

    *sempat lagi dream high :P

    ReplyDelete
  2. reason yg ke6 tu plg strong skali. hehe

    ReplyDelete