Sunday, 28 August 2011

selamat hari raya ^_^

Hari ni hari last puasa, bermakna esok dah raya.. Teringat pesan ustazah Laila dalam Fikrah Ramadhan MHI khamis lepas, tak salah kita nak bergembira di hari raya tu. Tapi pastikan niat tu betul. Bukannya kita happy sebab tak perlu puasa dah, dapat makan macam2. Bukan kita gembira semata-mata anak-anak balik beraya di rumah. Tapi, letakkanlah rasa gembira tu kerana Syawal itu adalah hadiah berharga daripada Allah pada umatNya yang berpuasa. Gembira kerana Allah, ia pun dikira ibadah.

Madrasah Ramadhan sebulan ni patutnya dapat mendidik kita supaya rajin solat berjema'ah macam kita solat terawih di surau

Madrasah Ramadhan sebulan ni patutnya dapat mendidik kita jauhi benda sia-sia

Madrasah sebulan ni patutnya dapat mendidik orang lelaki biasanya, supaya teruskan berhenti membunuh diri sendiri dan keluarga tersayang. Berhentilah merokok..

Madrasah Ramadhan sebulan ni patutnya dapat mendidik orang perempuan supaya tutup aurat dengan sempurna

Madrasah Ramadhan sebulan ni patutnya dapat mendidik kita supaya rajin dan istiqomah nak qiamullail tiap malam. Solat tahajjud 2 rakaat pun dah cukup.

Madrasah Ramadhan sebulan ni patutnya dapat mendidik kita supaya jangan layan sangat nafsu makan. Berlapar itu dapat menyekat pergerakan syaitan dalam saluran darah. Teruskan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni.

Akhir kata, moga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan diterima Allah dan semoga segala dosa kita diampunkan Allah. Taqobbalallah minna wa minkum.

Adik2 teruna ku rajin nak buat biskut raya


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN..

From me: Najah Solihah Mohd Hamdan
To: All my blogger friends, fb friends, SKDians, SKPJians, IMTIAZians, UIAians, all my lovely family, relatives n teachers.. 


No comments:

Post a Comment