Thursday, 24 November 2011

24 nov- Happy anniversary abi umi

25 tahun dulu, suami isteri ini telah mengikat janji untuk hidup bersama2, tak kira senang atau susah. Mereka berazam untuk mendidik anak2 nanti untuk menjadi khalifah kecil yang kenal Allah dan RasulNya. Mereka tabah walaupun hidup susah di musim ekonomi gawat. Si ayah yang dah ada lulusan ijazah ini tak malu untuk bekerja di dewan makan demi mencari rezeki halal. Si ibu terpaksa berpisah jauh dengan anak yang baru lahir 2 bulan demi 1 cita-cita, agar suatu hari nanti dia menjadi seorang guru. Bukanlah mudah menjadi pelajar dan ibu kepada 3 orang anak kecil sekaligus. 

Pahit manis 25 tahun dahulu mereka lalui dengan tabah. Tak pernah putus asa kerana mereka tahu, MEREKA ADA MATLAMAT: nak didik anak2 supaya menjadi anak2 soleh solehah, penyejuk mata, qurrotu a'yun. Aku bangga dengan mereka dan lebih lebih bangga kerana aku anak2 mereka. Terima kasih Allah. Kau kurniakan aku adik beradik, umi abi yang mithali. Kau kurniakan kami, umi abi yang sangat menyayangi kami.

TERIMA KASIH ABI UMI. Sungguh tak terbalas pengorbanan dan jasa abi umi sejak kami lahir hinggalah sekarang. Minta maaf kalau waktu kecik2 dulu, kami suka sepahkan rumah. Minta maaf kalau kecik2 dulu, kami tak dengar kata, tetap nak tengok Ultraman walaupun abi suruh tutup TV waktu maghrib. Minta maaf kalau kecik2 dulu, kami suka conteng dinding rumah dengan macam2 lukisan yang ntah apa-apa.

Sekarang kami dah besar. Kenal yang mana baik, yang mana buruk. Kami tahu bila abi umi marah, pasti ada sesuatu yang kami lakukan itu tak baik untuk diri ataupun agama. Abi umi marah bukan kerana marah, tapi kerana sayangkan kami. Abi umi marah kalau susah bangun tidur sebab abi umi nak kami kejar pahala solat Subuh awal. Abi umi marah kalau tidur lepas Subuh sebab takut sempit rezeki. Abi umi marah kalau suka tangguhkan kerja sebab abi umi nak kami jadi orang yang berdisiplin. Abi umi marah kalau malas mengaji Al Quran sebab abi umi nak kami jadi hamba Allah yang dekat dengan Al Quran. Abi umi marah kalau kami kuat main komputer sebab tak nak kami buang masa. Benarlah, abi umi marah untuk mendidik.

Sangat terkesan, bila tengok Abi sangat tegas suruh abang2 dan adik2 solat jema'ah di surau 5 kali sehari. Start solat Subuh hinggalah solat 'Isya. Adik bongsu yang umur darjah 3 pun selalu solat jema'ah di surau. 

Terima kasih abi umi. Halalkan segalanya dan doakan kami agar Allah bantu kami untuk realisasikan impian abi umi (nak kami jadi khalifatullah yang berjaya di dunia dan akhirat). Moga Allah meredhai kehidupan kita sekeluarga dan kekal hingga ke jannatul firdaus, insya Allah.

Tak lupa, terima kasih juga pada Tokwan (Nik zahrah bt Nik Dir), arwah Tokki (Allahyarham Wan Hassan b Wan Ahmad), mok (Moh bt Sa'id) dan arwah Che (Allahyarham Abdullah b Awang Ngah) kerana telah melahirkan dan mendidik ummi abi sehingga ummi abi jadi seorang ibu ayah yang sangat baik pada anak-anaknya. Barokallahulakum


(credit to abe imi for this nice video )


Fahim: Mil, abi suruh mandi cepat. Nak gi solat Jumaat ni
Kamil: Relax la dulu. sikit lagi nak main PES ni. torres baru nak sumbat gol
Fahim: Kalu suruh cepat nak gi solat, mesti ada alasan. Kalu suruh cepat nak gi makan satay, sekali suruh gi terus. Hari tu, Amil kato nak jadi anak soleh. Ingat dok?
Kamil: Ok lah. Amil nak jadi anak soleh untuk Abi Ummi. Abe Ing pun, janganlah mengungkit kalu abi mintak tolong buang sampah.

Kami sayang abi umi kerana Allah.

From us, with full of love: Anak2 abi umi

1 comment:

  1. alhmdlh. sejuk hati ibu mengandung. bangga ustzh punya ank murid mcm najah ni.. moga terus berjaya dalam hidup. ustazah sentiasa doakan anak murid ustazah..

    ReplyDelete