Baru saja tadi majlis perasmian campus Dakwah Project, CAMPRO, salah satu projek mega tahunan UIA. Suka sangat bila tengok dewan auditorium tu penuh dengan sahabat2 yang nakkan program bercorak Islam sebegini. Dan tadi juga sempat bersama-sama dalam forum 'I'm Rock, I'm OK' bersama Ustaz Mansor dan Sham Kamikaze. Alhamdulillah, banyak input yang dapat hari ni, terutamanya tentang kaitan hiburan dengan sirah hidup Rasulullah s.a.w.
Sangat teruja bila ustaz cakap bahawa Al Quran ini adalah hiburan untuk umat Islam. Sebab itulah, sewaktu Rasulullah s.a.w stress waktu permulaan dakwah di Mekkah, Allah menurunkan Al Quran untuk menghiburkan hati Nabi yang gundah gelisah. Hiburan itu sifatnya mampu menenangkan jiwa dan menghiburkan manusia. Tapi kita hari ni, kita lebih suka tengok movie, dengar lagu, keluar outing kalau nak release tension berbanding buka dan baca Al Quran. Kalau tanya siapa idola kita, pasti semua orang jawab Nabi Muhammad kan. Jadi, apa kata kita tiru idola kita ni dalam berhibur dan menangani stress? So, lets read Al Quran to entertain ourselves. Sekali baca, pasti nak tambah lagi :)
Hiburan tu fitrah manusia sebagaimana firman Allah dalam surah Al 'Imran ayat 14. "Manusia dihiaskan dengan cinta terhadap syahwat (apa yang diinginkan) berupa perempuan, anak2, perhiasan dan haiwan ternakan. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali". Jadi, kalau ada yang menuduh Islam ni mengharamkan hiburan, sila bacakan ayat ni pada dia. Ayat ni menunjukkan bahawa perempuan, anak2, perhiasan dan haiwan ternakan ini dapat menghiburkan hati manusia. Asalkan diurus dengan baik berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Sesungguhnya, Islam ini MENGURUS fitrah, BUKAN MENUKAR fitrah.
Tadi juga, abg Sham main gitar lagu Ketika Cinta Bertasbih. Very nice, tetiba rasa nak tengok KCB :) Sebuah drama yang sangat bagus daripada penerbit dan pengarah yang bagus, Ustaz Habiburrahman El Shirazy. Jarang ada drama yang mana pelakon wanita semuanya menutup aurat, menekankan kepentingan qiamullail dan juga banyak ayat Quran dan nilai murni dalam drama ni kalau nak dibandingkan dengan filem dan drama Melayu yang sangat teruk.
Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah
No comments:
Post a Comment