Tuesday, 15 November 2011

nak KEKAL awet muda

Alhamdulillah, ni baru habis ujian syafawi atau biasa orang panggil tebuk. Sangat rindu suasana di Imtiaz Dungun dulu. Pukul 7.30 pagi tu, segenap penjuru kedengaran bacaan ayat suci Al Quran, di mana2 saje; dewan makan, musolla, kelas, bawah pokok, dan library. Suasana yang sungguh aman, bila kita mulakan pagi tu dengan membaca ayat2 Allah. Jadi, jangan lupa ya, mulakan pagi anda dengan kalamullah :)

Malam ni jugak sempat pergi sekejap talk by ustaz/doktor Jamnul Azhar tentang 'The Unforgotten Guidance', walaupun hanya untuk 20 minit. Dah lama rasanya tak berada dalam majlis 'ilmu. Teringin jugak nama kita disebut di langit sebagai salah seorang hamba Allah yang cintakan ilmu.

Sedikit perkongsian 15 minit terakhir daripada ustaz:

1. Jangan permainkan hukum Allah
2. istana di syurga seluas langit dan bumi.
3. perempuan masuk syurga dengan umur 17 tahun
4. lelaki masuk syurga dengan umur 25 tahun (umur waktu Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah)

Jadi, kalau rasa nak awet muda yang kekal lama, jaga diri daripada memaksiati Allah, kerana kehidupan di syurga itu kekal selamanya.. Kalau make up lebih2 kat dunia ni, memang tak kekal lama. Contohnya, bila ambik air sembahyang, mesti tanggal kan make up tu? :) So, moral of story, jangan tabarruj berlebihan.

Buku ni sangat best. Kesemua hujah yang dibawa berdasarkan dalil Al Quran dan Sunnah untuk menjawab alasan sesetangah pihak yang membenarkan tabaruj ini. Tapi, jangan pulak rasa Islam ni mengongkong umatnya. Sesungguhnya, Allah itu cantik dan cintakan kecantikan. Asalkan, berpada dan waspada ! (Sedikit ringkasan untuk buku ni ad di sini)
Tadi ada beli minyak wangi kasturi (hitam untuk perempuan) dan (putih untuk lelaki). Menurut Nabi, kasturi boleh halang daripada syaitan. Nak jugak cari daripada internet, tapi malam ni tak berkesempatan lagi. Anyone who knows about this, maybe you can share it.

p/s: lilukhti habibati, Maryam Saidah: 'bittaufoq wan najah fil imtihan'.. do the best, keep the rest to Allah :)

No comments:

Post a Comment