Friday, 18 November 2011

think +ve

Smile to problems? Is it innocent?

Memang tak de orang yang suka pada masalah, kesusahan, atau kesempitan. Itulah fitrah kita, nak pada sesuatu yang mudah, menggembirakan, dan menyenangkan. Bila sedikit susah, pasti mengeluh tak sudah. Sekali ditimpa masalah, 24 jam asyik gelisah. Inilah manusia.

Tapi, sampai bila kita harus kalah pada masalah? Sampai tua kah kita akan begini? Bila sekali ada masalah, kita pun bawa masalah pada yang lain. Muka yang pahit kelat macam kopi pekat menyebabkan orang lain pun tak gembira. Lagi bahaya bagi orang yang panas baran waktu ada masalah, habis lah orang lain jadi mangsa. Dan lagi, kesian jugak pada badan kalau kita ni jenis suka makan kalau tension ada masalah, especially bagi orang perempuan ni. Bukan saya yang kata, tapi benda ni ikut kajian para doktor dan dietitien.


Di sini, saya nak share satu perkara yang telah merubah 90% hidup saya sebagai student ni. Dulu, mind setting selalu cakap, " kelas lama sangat lah, start pukul 8 dan habisnya pulak dalam pukul 4. Mesti mengantuk waktu kuliah ni". Lagipun, 5 tahun kat Imtiaz dulu di train dengan qailullah (tidur sebelum zohor). Jadi, bila otak kita dah setting begitu, maka begitu lah yang berlaku. Setiap kali kuliah waktu petang, mesti mengantuk dan pernah jugak tertidur. Macam2 cara dah buat, tapi tak berkesan pun. Alamatnya, hanya 20% je pelajaran yang dapat absorb daripada lecture tu.

Jadi, bila malam tu, aku terpaksa tanya kawan2 yang celik waktu kuliah untuk subjek tadi. Hampir setiap malam aku tanya dia sebab hampir setiap hari aku tidur. Sampailah satu malam tu, kawan tu bertanya, "Najah, kau memang tiap hari k tidur waktu kuliah?" Zupp! Sangat terasa dengan soalan tu. Teruknya aku ni sampai dia boleh tanya begitu? Tercabar, malu, terasa, kelat. Macam2 perasaan ada. Rasa diri diperendahkan.

Tapi, Allah Maha Besar. Allah bimbing aku supaya aku tak lemah dengan kritikan tu, sebaliknya jadikan KRITIKAN TU SEBAGAI TITIK TOLAK PERUBAHAN DIRI. Alhamdulillah, kritikan tu telah membina aku untuk jadi lebih baik. Alhamdulillah, sekarang aku tak tidur lagi dalam kuliah :). Terima kasih kawan. Mungkin kau tak sedar kau telah merubah hidup aku. Moga Allah meredhaimu, kawan..


Moral of story: Jangan anggap sesuatu yang tak sedap di mata itu buruk untuk kita. Mungkin Allah bagi hujan sebab Allah nak hadiahkan pelangi buat kita nanti. Sabar dan tempuhi sesuatu tu dengan matang. Jangan anggap kesukaran tu sebagai masalah, tapi jadikan ia sebagai cabaran agar kita mampu cari jalan penyelasaiannya.

"Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian"
"Susah di dunia sementara, senang di syurga selamanya"