Friday, 4 November 2011

rindu Haramain

Alhamdulillah, sampai rumah dalam pukul 3.30 pagi tadi. Tak lena tidur dalam bas tadi sebab duk belakang sekali tekpun, asyik duk terlambung je. Alhamdulillah, sempat bersahur dengan masakan air tangan umi tersayang. 

Puasa Hari Arafah 
Dari Qatadah ra, sesungguhnya Nabi SAW ditanya tentang puasa Hari Arafah, maka Baginda menjawab: "Puasa itu menghapuskan dosa setahun yg lalu dan setahun akan datang". Subhanallah. Tawaran ni lagi hebat daripada tawaran encik Court Mamoth musim raya. 

Semalam sambil tunggu bas pukul 10 malam, sempat dengar radio IKIM. Banyak pengisian ilmiah sempena Hari Arafah dan 'Adil Adha ni. Ada kuliah, ada sajak, ada diskusi. Thanks IKIM, you give me a lot input. Senang je zaman sekarang. Kat mana2 pun, boleh menuntut ilmu. 

Bila dengar sajak 'Untukmu Rasulullah' kat IKIM semalam, tiba2 air mata deras je mengalir. Tersangat- sangat rindu Masjid Nabi dan Masjidil Haram, rindu untuk solat dan baca Al Quran kat sana. Bila agaknya dapat lagi jejakkan kaki ke sana? Ya Allah, panjangkan umurku dan rezekikan aku untuk sampai lagi ke tanah haram itu. Doa tiap kali lepas solat 


Mood exam
Biarpun cuti 3 hari je, at least ada jugak peluang balik rumah, jumpa umi abi, adik2. Nak perbaharui semangat untuk study for the end block exam 4 weeks more. Alhamdulillah, result mini test untuk blok 1 pun baru je keluar khamis petang baru ni. Pada yang pass, jangan bangga diri kerana semua itu dari Allah. Dan pada yang tak pass, jangan putus asa kerana itu pun dari Allah. Apa yang penting, jadikan result mini test ni sebagai catalyst untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. 

Ni baru lepas tengok video 'Jejak gemilang SMKAWA'. Teruja tengok, my beloved sister also being in this vid too. Dah, macam kenal je kata2 nasihat tu. Buku kak bagi eh? :)


..........................................................
Nak ambil peluang cuti 3 hari ni untuk baca isu semasa sekarang ni. Rasa sangat ketinggalan dalam isu semasa ni sebab line wifi kat bilik sangat lah lembap. Pernah sekali tu tertidur depan laptop sebab lama sangat menunggu page loading. Nak baca paper pun, tak sempat nak pergi library sebab kelas habis lewat. Lagipun, tak bestlah baca BH atau Metro je. Kadang bukan betul sangat pun berita tu.. Kami ni bukannya mahasiswa yang tak matang. 

Lastly, Selamat Hari Raya Aidiladha. Banyakkan takbir, tasbih dan tahmid.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bertuahnya dia dah menjejak kaki ke haramain. mesti rinduuu kan.

    erm, teringat pasal vid mahasiswa tak matang tu. teringat tgk ramai2x dalam bilik dulu~

    suka tengok video jejak gemilang tu. hebat2x dah! kakak dia pun hebak gok.. :)

    ReplyDelete