Just a short post. Nak tidur untuk study malam ni. Banyak chapter lagi yang kena cover, especially anatomy and biochem. Mini test hari Isnin ni. 1 jam untuk 150 soalan. Wow, so amazing. Rabbi yassir, Ya Allah.
Just to share with you guys, about an interesting 'life scalar'. To re-check ourselves, either we have balance life as a MUSLIM STUDENT or not.
Balance x kehidupan seharian kita? Jangan jadi hamba akademik hingga abaikan perkara lain, hingga akhirnya lari jauh drp MATLAMAT TERTINGGI KITA iaitu MENCARI MARDHOTILLAH. Re check diri, adakah diri kita berada di skala pertama (yg balance hidupnya) atau skala ke2 (akademik > 'ibadah) ??
Sabda Nabi: "Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah amalan yang ISTIQOMAH walaupun sedikit". Sibuk macam mana sekali pun, jangan lupa bahawa KITA SEORANG MUSLIM. Pastikan dalam sehari tu, kita baca Al Quran, at least 1 m/s pun dah cukup. Jangan terlalu sibuk study hingga kita abaikan solat. Ramai yang hanya cari dan kembali pada Allah waktu exam je. Tapi bila lepas exam, jauh semula daripada Allah.
Ingat balik 3 tujuan utama Allah ciptakan manusia:
1) sbg 'ibadullah
2) sbg khalifatullah (makmurkan bumi dgn amar ma'ruf nahi mungkar)
3) memegang amanah (amanah sbg anak/ pelajar/ kakak/ abang/ ibu/ bapa dll)
STUDY PUN BOLEH JADI 'IBADAH
Lagi rugi kalau study hanya untuk pass exam. Study pun sebenarnya boleh jadi 'ibadah kalau niat kita belajar kerana Allah. Makin banyak kita belajar, makin banyak kita tak tahu. Ni menunjukkan yang ilmu Allah ni sangatlah luas. Usaha dan berazam untuk pakar dalam bidang masing2. Kalau bidang medik, jadi doktor yang mukmin. Kalau farmasi, jadi pharmacist yang mukmin. Kalau nursing, jadi jururawat yang mukmin. Kalau seni kebudayaan, jadi artis yang mukmin. Kan bahagia Malaysia kalau artis kat Malaysia ni jaga syari'at Allah, bawak imej dan mesej Islam. Tak de la lagu cintan cintun ni banyak sangat. Ni tak, tiap pagi dalam bas, mesti dengar lagu yang duk puja cinta kekasih (yang belum halal). Kan best kalau pasang Quran. Dapat pahala.
Sgt rugi kalau hidup kita hanya fokus akademik dan study semata, sedangkan ad lg matlamat lain yg kita abaikan.. Lets back to Islam.
.............................................
Imam Ghazali dengan sinis pernah berkata: "Sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati".
................................................
Ok, doakan moga dapat buat yang terbaik untuk mini test ni. 20% carry mark to end block exam. Badan pun tak berapa nak sihat sebab pagi kelmarin terpaksa tunggu bas 15 minit lewat tengah2 hujan.
Doa untuk mudah belajar:
-Allahummarzuqna fahman nabiyyin wa hifzol mursaliin, wa ilhaamal malaiikatil muqorrobin, birahmatika Ya Arhamar Raahimin..
No comments:
Post a Comment