Wednesday, 14 December 2011

kunci bahagia

Setiap orang punya harapan, punya impian tersendiri. Memasang impian memang mudah, tapi untuk merealisasikannya itu sedikit payah. Hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu mengejar pelangi harapan yang diimpikan.

Orang kecil vs Orang besar

Situasi 1
Satu hari, Ibn Jarir berkata pada murid-muridnya: "Bersediakah kamu menyalin sebuah kitab tafsir yang akan aku karang?"
Mereka bertanya: "Berapa tebalkah buku itu Tuan?"
Beliau menjawab: "30,000 jumlah muka surat".
Disebabkan sangat tebal, murid-muridnya keberatan. Mereka berkata: "Umur kami akan habis sebelum menyelesaikan projek ini".
Ibn Jarir  berkata, "Innalillah. Semangat telah mati".


Situasi 2
Ibn Al Jawzi belajar menghafal AL Quran dengan 10 qiraat walaupun usia telah mencapai 80 tahun.

Kedua-dua situasi di atas membezakan orang yan berjiwa besar dan orang berjiwa kecil. Orang berjiwa kecil selalu berkata, "Perkara ini sangat susah dan mustahil dilakukan".. Sedangkan orang berjiwa besar selalu berfikir, " Tiada benda yang mustahil dengan izin Allah. Sebagai manusia biasa, aku mesti fokus untuk berani melangkah daripada memikirkan takut jatuh bila melangkah"

Orang berjiwa kecil sering takut memikirkan masa depannya nanti. Bahagiakah aku nanti?. Bagaimana dengan jodoh? Kerja nanti macam mana? Namun, bagi orang berjiwa besar ini, mereka tidak khuatir memikirkan masa depan kerana mereka yakin akan sabda Nabi: "Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak". (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sampingmu). Jika Allah yang menjaga kita, apa lagi yang perlu ditakutkan?

Apabila ditimpa sesuatu masalah, orang berjiwa kecil akan berkata, "Kalau begini, nescaya tidak akan jadi begitu". Namun, orang berjiwa besar akan berkata, "Ini takdir Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Baik buruk hanya tafsiran manusia, sedangkan di sisi Allah, semuanya baik belaka. Maha Suci Allah daripada menzalimi hambaNya".


Apabila dihambat kesibukan dan kekangan masa, orang yang berjiwa kecil akan merungut dan berusaha mencari jalan untuk mengelak daripada terbeban dengan tugasan yang diamanahkan. Malah, dengan kesibukan tu menyebabkan dia makin lalai dalam 'ibadah. Namun, orang yang berjiwa besar sentiasa re-mind pada diri, Rasulullah dan para sahabat dulu , lagi sibuk mentadbir negara, turun ke medan perang, tapi mereka masih sempat belajar kitab dan solat berjema'ah. Bukankah Rasulullah idola kita semua? Kalau tak ikut Rasulullah, nak ikut siapa lagi? Artis korea?
................................

Sama-sama kita berusaha untuk memiliki jiwa besar ini. Ia bukan datang sekelip mata, tapi ia perlu dilatih dengan segunung ketabahan, tawakkal dan kesabaran. Kerana hidup ini tidaklah semudah yang disangka. Sesekali pasti diuji tanda kasih sayangNya.


"Ya Allah, Ya Tuhan kami. RahmatMu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah kau serahkan urusanku pada diriku sendiri meskipun sekelip mata. Perbaikilah urusanku. Sesungguhnya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau".


p/s: Buat teman2 UIA, selamat mujahadah untuk final exam tak lama lagi. Jangan takut tak dapat jawab soalan exam nanti, jangan takut tak ingat apa yang kita baca, SERAHKAN SEGALANYA PADA ALLAH, YANG PENTING KITA USAHA.


Peringatan ini juga buat diri sendiri dan teman2 medik 1st year yang lain dengan 2 kemungkinan result exam blok 1 nanti sama ada PASS/ FAIL. We have struggled our best, then keep the rest to Allah.

1 comment: