Isu ni patut dipandang serius oleh semua umat Islam. Letak ke tepi dulu soal politik, yang pasti kita bersatu hati menentang puak2 yang jelas2 menghina hukum Allah. Hebat sangatkah undang2 negara kita sampaikan undang Allah dihina? Tak percaya, tengoklah video ni.
Dalam sembang rakyat ni, ada disebut, "kalau guna hukum hudud pun, tak jadi apenye, lagi teruk jadinya". Masya Allah. Teruk tahap apa mereka ini smpai dihinanya hukum Allah? Ingat! Allah ada tegaskan dalam surah Al Maidah 3 kali dalam ayat 44, 45 dan 46. "Siapa yang tak berhukum dengan hukuman yang diturunkan Allah, kafirlah dia/ zalimlah dia/ fasiqlah dia"
Salah satu sebab yang boleh membawa murtad ialah dengan perkataan. Contohnya, apabila kata-kata tersebut menolak hukum-hakam Islam atau menghina apa-apa ajaran Islam. Apa peranan kita sebagai anak muda Islam bila melihat agama Allah dihina sebegini rupa? Andainya Saidina Umar dan Khalid Al Walid hidup lagi sewaktu ini, pasti mereka akan bunuh orang yang biadab ni sepertimana Musailamah al Kazzab dan kuncu-kuncunya dibunuh dalam perang Yamamah.
Tambahan pula, dalam video sembang rakyat ni, pelakon2 nya bukan orang yang ahli dalam ilmu agama, pelakon perempuannya tak tutup aurat dan juga pelakon non Muslim yang membincangkan hukum Allah ni secara salah. Jangan lupa, Rasulullah pernah bersabda: ''Akan tiba satu zaman di mana yang benar dikatakan bohong, yang bohong dikatakan benar. Amanah dikatakan khianat, khianat dikatakan amanah. Akan muncul pada zaman itu golongan 'Ruwaibidhoh' iaitu orang yang jahil tentang agama bercakap mengenai urusan manusia.'' Tak payah la nak bercakap tentang hukum hudud Allah kalau hukum Allah suruh tutup aurat pun tak buat!
Filem pendek Oley ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk Lagi Hudud PAS . Antara tuduhannya ialah hudud ni tak adil sebab orang Muslim je yang kena hukum, tapi non Muslim terlepas. Tapi jangan lupa pak cik oii, tak ada siapa pun akan terlepas di hari akhirat nanti. Jangan perlekehkan hukum Tuhan.
Tahniah pada semua ustaz dan krew yang terlibat dalam Oley ni. Terbaek!! Bangga sebab my brother jugak terlibat dalam pembikinan video ni sebagai penata bunyi! Good job bro. Teruskan bagi sumbangan pada ummah :)
Bukalah mata hati untuk menilai yang mana satu baik, yang mana satu buruk. Kita dah besar panjang sekarang, bukan sekadar fikir nikah kawin je. Syeikh Hassan Al Banna pernah berpesan, "Setelah jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyyah, wajib ke atas tiap umat Islam untuk bekerja mengembalikan semula kegemilangan Islam walau di mana penjuru sekalipun".
Apa sumbangan kita pada Islam setakat umur kita hidup hari ini?
Allahuakbar. isu ni telah membuka mata kami sekeluarga sebelum PRU 6t. terima kasih ats perkongsian artikel yg mantap ni. Moga Allah berkati perjuangan saudari
Allahuakbar. isu ni telah membuka mata kami sekeluarga sebelum PRU 6t. terima kasih ats perkongsian artikel yg mantap ni. Moga Allah berkati perjuangan saudari
ReplyDeleteslm perkenalan. Ridzwan UiTM
Subhanallah, kalau abangnya hebat di bidang multimedia, adiknya hebat dalam bidang penulisan. Subhanallah, wa bangga dengan najah!!
ReplyDeletekonklusinye....pakoh hok ijau tuh..takbir!!!
ReplyDeletemasyaAllah..smgt ini yg kita perlukan:)
ReplyDelete