Jom jadi matang sikit bila bersembang, terutama kaum perempuan. Cukuplah kita hanya duk sembang tentang gosip artis, couple tu, couple ni, movie yang meletup di pawagam, drama korea, tak pun fesyen tudung yang macam2 jenis sekarang ni. Kita ini ANAK MUDA ISLAM. Banyak lasi isu yang patut kita ambil tahu. Tahukah kita tentang isu di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman yang bergolak hebat baru2 ini? Tahukah kita tentang kes jenayah dan gejala sosial di negara kita ni? Tahukah kita tentang isu ekonomi yang makin tercemar dengan rasuah hingga hutang negara kita mencetah juta2 ringgit?
Dan tahukah kita apa yang terjadi pada Malam Tahun Baru 2012 malam semalam?
Benarlah kata2 Syeikh Amjad Az Zahrawi: "Dunia hari ini sedang terbakar. Wajib ke atas tiap umat Islam untuk menyimbahnya dengan air walau di mana penjuru sekali pun".
Hai anak muda Islam,
Janganlah kita sesak nafas dengan masalah sendiri; fikirkan study yang takkan pernah habis. Kalau masalah sendiri pun kita dah sesak nafas, siapa nak fikir masalah ummah? Jangan kita jadi mandul. Hidup seharian hanya 3K (kelas, komputer, katil). Tiada masa untuk ruang lain; dakwah diabaikan, amal fardi sendiri pun lompang tiada pengisian. Memang rugi bagi orang yang hanya beriman dengan segulung ijazah.
Dan jangan pula bagi alasan, "sekarang aku nak fokus study dulu. Bila kerja nanti, aku buatlah kerja Islam ni". Tapi, bolehkah kita jamin kita akan hidup 5 tahun lagi? Dan kalau kerja sekali pun, boleh jadi kita akan bagi alasan, "aku sibuk kerja sekarang, tunggu aku pencen lah". Bila dah pencen pulak, bagi pulak alasan, "aku dah tua, bagi kat orang muda lah buat kerja2 amal ni". Hmm, sekali bagi alasan, tak mustahil untuk kita terus bagi alasan selepas tu. Ingat. Orang malas mencari alasan, orang bijak mencari jalan.
"Jika kamu ingin melihat masa depan sesuatu kaum, tengoklah generasi mudanya yang ada hari ini"
Nabi sebarkan dakwah dikelilingi anak muda. Jom anak muda.
Jom jd mahasiswa yang peka,
bukan study oriented semata,
dakwah dan akademik seia sekata,
dunia akhirat insya Allah berjaya
Kalau bukan kita, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?
kalau bukan di sini (dunia), di mana lagi?
Selamat Pengantin Baru, Amir & Siraj
31 Dis- moga berpimpin tangan hingga ke syurga. Barokallahulakuma. Bila tengok sepupu sendiri kahwin, terfikir masa depan :)
Robbana hablana min azwajina wa zuriyyatina qurrota a'yun waj 'alna lilmuttaqina imama
Sanah Helwah et
Malam 31 Dis jugak tarikh penting untuk sahabat tersayang, Nur Izzati a.k.a et yang teruk kena prank :)
Happy birthday my dear. Moga panjang umur dalam kebaikan dan ketaatan. HAKIKAT UMUR dikira di sisi Allah berdasarkan 'AMAL SOLEH dan IHSAN kita pada makhluk.
Azam 2012
bukan study oriented semata,
dakwah dan akademik seia sekata,
dunia akhirat insya Allah berjaya
Kalau bukan kita, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?
kalau bukan di sini (dunia), di mana lagi?
....................................................................................................................
Selamat Pengantin Baru, Amir & Siraj
31 Dis- moga berpimpin tangan hingga ke syurga. Barokallahulakuma. Bila tengok sepupu sendiri kahwin, terfikir masa depan :)
Robbana hablana min azwajina wa zuriyyatina qurrota a'yun waj 'alna lilmuttaqina imama
Sanah Helwah et
Malam 31 Dis jugak tarikh penting untuk sahabat tersayang, Nur Izzati a.k.a et yang teruk kena prank :)
Happy birthday my dear. Moga panjang umur dalam kebaikan dan ketaatan. HAKIKAT UMUR dikira di sisi Allah berdasarkan 'AMAL SOLEH dan IHSAN kita pada makhluk.
Azam 2012
----> Jadi mukmin yang lebih baik- 'ibadah, akhlak, akdemik, dakwah, siasah. Insya Allah
Bersemangat betul lepas akak baca entri ni :)
ReplyDeleteMoga terus istiqamah :)
diri yg hina ini baru ingin memulakan langkah dalam perjuangan dakwah, duhai sahabat, bimbinglah aku melalui jalan ini walau aku sedar ianya bukan mudah...
ReplyDelete