"Boleh jadi kamu tak menyenangi sesuatu, padahal itulah yang terbaik bagimu. Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tapi ia buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu sedang kamu tidak" (Al Baqarah:216)
Tak semua benda yang berlaku itu benda yang kita nak dan benda yang kita suka. Itulah namanya hidup. Kadang terfikir jugak, bestnya kalau kita ni macam doraemon, semua benda yang nak boleh dapat dengan seluk poket je.
Tapi sabar. Saat tu akan tiba nanti. Bukan di sini, tapi di syurga. Bahkan lebih hebat lagi, apa yang bermain di minda je, Ting! Terus muncul depan mata. Allahuakbar, bestnya.
Malam ni, ada sesuatu yang mengganggu fikiran. Ingat, bila jiwa gelisah, kembali pada Allah. Dia yang memegang hati kita ni. Moga dikurniakan sakinah mawaddah pada hati yang tengah gelojak hebat ni.. Isnin depan mini test. Teruskan berjuang hingga capai impian..
"Boleh jadi kamu tak menyenangi sesuatu, padahal itulah yang terbaik bagimu. Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tapi ia buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu sedang kamu tidak" (Al Baqarah:216)
ReplyDelete