Saturday, 11 February 2012

21th birthday



10 Feb- genap umur 21 tahun. Alhamdulillah, Allah masih berikan bermacam2 nikmat walaupun kadang tu, aku mungkiri nikmatnya. Pemurahnya Allah. 

Tahun ni dan tahun lepas, birthday dalam bulan Rabi'ul Awwal, moga ada rahmat di sebaliknya. 

Hakikat UMUR ialah kadar yang ditulis di sisi Allah berdasarkan 'AMAL SOLEH dan KERJA KEBAJIKAN yang kita lakukan, dengan niat yang ikhlas dan tekun. Kalau kita tengok, ramai je sahabat Nabi yang meninggal pada usia muda di medan perang dan salafus soleh yang hidupnya tidaklah lama, tapi hakikatnya, umur mereka panjang hingga ke hari ini. Sebab apa? Jumhur ulama' mengatakan: "Menyebut kebaikan yang ditinggalkan oleh si mati dianggap umur yang baru baginya". Inilah yang dipanggil umur ke-2 insan.

Nak tahu apa petua untuk panjang umur? Ni ada 3 tips daripada Nabi iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan doa anak2 soleh.. Imam Muslim meriwayatkan, "Siapa yang tunjukkan teladan yang baik, maka ia mendapat ganjaran dan ganjaran orang yang beramal dengannya hingga hari kiamat"

Jadi, tak hairanlah kalau bapa para Nabi, Nabi Ibrahim pun sentiasa berdoa, "Jadikan bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian". (Asy-syu'ara':84)
..................................................................................

Terima kasih semua atas doa, wish, hadiah dan kek. May Allah bless us.Tahun ni celebrate birthday dengan makan je  :) Terima kasih jugak pada sepupu cilik ni, zahratul asma untuk lagu birthday kat atas tu.. Waa, rasa nak balik rumah sekarang!

Terima kasih jugak pada umi abi kerana mendidik diri ini supaya kenal Allah, kenal Rasulullah. Hadiah berharga daripada abi umi ialah bawak kami adik beradik pergi umrah. Insya Allah, nanti aku pun nak plan macam abi umi buat untuk anak2 nanti.. insya Allah

No comments:

Post a Comment