Thursday, 9 February 2012

cinta Nabi


Salah satu tanda hati mati drp Ibrahim Adham: "Kamu mengaku cintakan Rasulullah, tapi kamu abaikan sunnah baginda & tak tahu sirah hidupnya". 3 cara cinta Nabi: banyakkan selawat, dalami sirah hidup Baginda, jadikan Nabi qudwah hasanah.
 

Jom, kita suburkan rasa cinta dan kasih pd Nabi dan sebarkan aura cinta ini pd orang sekelliling. Jadikan Rabi'ul Awal tahun ni benar2 bermakna.
Wahai umat Rasulullah…..
Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan mata Baginda, janganlah engkau memandang pada perkara haram
Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, janganlah engkau mendengar sesuatu perkara dosa,
Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Baginda, janganlah engkau berbicara melainkan ianya menyebabkan engkau mengingati Allah dan Rasulullah
Jikalau Nabi itu hidup dlm hatimu, nescaya engkau tidak cemarkan hatimu dengan perkara maksiat
Jikalau Nabi itu hidup dlm hatimu, nescaya masamu tidak akan berlalu melainkan dengan mengingati Allah
Ya Allah, jadikan 'amal yg sedikit ini sebagai bukti cinta aku pada Rasulullah. Ummu Nusaibah buktikan kecintaannya di medan Uhud hingga sanggup ditetak bahu demi pertahankan Nabi. Asma' Abu Bakar yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki bukit ke gua Thur demi kelangsungan dakwah Islam. Kita pula bagaimana? Apa bukti kecintaan kita pada Nabi Muhammad dan dakwah Islam yang dibawa oleh Baginda?