Tuesday 20 March 2012

Palestin: The Promise Land for Jews?


Peringatan: gagahkan mata utk baca, post ni pnjang sket sebab ia berkait dgn fakta, x boleh nk auta. Tapi, insya Allah bila tahu sejarah ni, kita makin kenal sejarah2 Nabi & lebih merasai apa yang dimaksudkan Allah ttg kaum Yahudi yg dimurkai tu dlm surah Al Fatihah...  صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ . :)


Sebenarmya, kita sekarang sedang mencantumkan puzzle. Kenapa? Mungkin ramai yang dah tahu mcm2 kisah Nabi seperti di bawah ni, contohnya; kisah Nabi Ibrahim dibakar dalam api, kisah Firaun, kisah Nabi Musa belah laut, kisah Nabi Isa diangkat ke langit, kisah Nabi Yusuf dibuang dalam perigi, dan kisah Talut dan Jalut. Tapi bila kita gabungkan semua kisah ni ke dalam 1 kronogi, ia dapat menyelesaikan persoalan yang selalu saja ditimbulkan oleh puak Yahudi Zionis;
 
Kisahnya bermula.......................


-Nabi Ibrahim dibakar dalam api selepas baginda memecahkan berhala
-Baginda berhijrah ke Hebron (Palestin) bersama isteri, Sarah dan sepupunya, Nabi Lut
-Kemudian, Nabi Ibrahim ke Mesir. Di sana, baginda bertemu dengan raja yang suka tiduri isteri orang. Bila ditanya, Nabi Ibrahim menjawab bahawa Sarah itu saudaranya. Selepas beberapa hari di Mesir, mereka kembali semula ke Hebron. Dan Nabi Lut menetap di kota Sadum (Jordan)
-Nabi Ibrahim sering berdoa, "Robbi habli minass soolihin" kerana mereka belum dikurniakan anak lantaran Sarah yang sudah tua. Akhirnya, Nabi Ibrahim dikahwinkan dengan hamba Sarah, Hajar dan melahirkan Ismail.
-Rezeki Allah, Sarah pula melahirkan Ishak. Mereka berdua menetap di Hebron manakala Hajar dan Ismail dibawa ke Tanah Mekah
-Nabi Ishaq dikahwinkan dengan Rifqah dan dikurniakan anak bernama Ya'kub, nama lainnya ialah Israel. 
-Nabi Ya'kub kemudiannya berkahwin 4 dan dikurniakan 12 orang anak termasuk Nabi Yusuf dan Bunyamin. Bangsa Israel merupakan keturunan dari 12 orang anak Nabi Ya'kub ini.
- Nabi Yusuf dibuang ke dalam perigi oleh saudara-saudaranya dan beliau dibeli oleh seorang menteri dan dibawa ke Mesir. Bermulalah sejarah Bani Israel di Mesir
-Akhirnya, mereka menguasai Mesir hinggalah zaman Firaun
-Oleh sebab bilangan Bani israel makin bertambah, Firaun takut kalau2 Bani Israel akan menguasai Mesir. Para dukun telah memberitahu Firaun bahawa kehancuran kerajaannya di tangan seorang lelaki bani israel.
-Jadi, Firaun perintahkan setiap anak lelaki bani israel dibunuh. Namun, takfir Allah telah selamatkan Nabi Musa daripada dibunuh dan baginda dipelihara oleh isteri Firaun sendiri, Asiah dalam istananya.
-Suatu hari, Nabi Musakeluar daripada istana Firaun menuju ke kota. Dalam perjalanan, baginda bertemu 2 lelaki bergaduh, seorang dari Bani Israel dan seorang lagi dari kaum Firaun. Lelaki bani israel itu meminta pertolongan Nabi Musa dan baginda menumbuk lelaki Firaun itu hingga mati. Tapi, Nabi Musa menyesal (Al Qasas:15-17)
-Keesokannya, rahsia Nabi Musa yang membunuh lelaki Firaun itu terbongkar. Maka, Firaun pun berkumpul dan pergi mencari Nabi Musa untuk membunuhnya.
-Nabi Musa melarikan diri dari Mesir menuju ke Madyan. Di sebuah mata air, baginda ternampak sekumpulan manusia bersesak untuk mendapatkan air dan di seberang jalan, kelihatan 2 orang gadis sedang menjaga kambing2 sambil menunggu giliran untuk mendapatkan air.
-Lantas, Nabi Musa menolong 2 orang gadis itu memberi minum kambing2 itu. Selepas itu,  sebagai tanda terima kasih, bapa kepada 2 gadis itu (iaitu Nabi Syua'ib) menjemputnya ke rumah untuk diberi upah.
- Selepas menceritakan kisahnya dengan Firaun, Nabi Syu'aib menawarkannya agar bekerja bersamanya selama bebrapa tahun dan akhirnya, baginda berkahwin dengan salah seorang gadis tersebut. (Al Qasas: 26-28)
-Suatu mlm, Nabi Musa dan keluarganya tersesat hingga ke Bukit Sinai. Dengan izin Allah, di sana, baginda melihat nyalaan api dari jauh dan berkeinginan untuk ke sana
-Maka di sana, baginda mendengar kalam Ilahi (Taha:9-36). Allah perlihatkan pada baginda 2 mukjizat iaitu tongkat dilempar menjdai ular dan genggaman tangan baginda yang dimasukkan dalam sakuapabila dikeluarkan menjadi telur yang berkilauan
-Allah memerintahkan Nabi Musa untuk sampaikan risalah dakwah ini pada Firaun dengan bantuan 2 mukjizat ini
-Nabi Musa bersama saudaranya, Nabi Harun bertemu Firaun. tapi Firaun dengan bongkak meminta agar membina sebuah bangunan untuk naik ke langit melihat Tuhan Nabi Musa. (Ghafir: 36-37)
-Dengan mukjizat Nabi Musa, akhirnya semua ahli sihir yang dibawa Firaun untuk berlawan dengan Nabi Musa memeluk Islam (Al A'raf: 106-126)
-Firaun bersepakat untuk membunuh Nabi Musa. Turun wahyu Ilahi agar Nabi Musa dan bani Israel menuju ke Palestin.
-Dengan mukjizat tongkat Nabi Musa, Laut Mati terbelah 2 dan mereka berjaya melaluinya dan Firaun pula tenggelam di dalamnya.
-Dalam perjalanan, mereka tiada air untuk hilangkan dahaga. Di sana, Allah melebihkan Bani Israel. Allah perintahkan Nabi Musa pukul batu dengan tongkatnya hingga terpancar dari batu itu 12 sumber air. Allah juga turunkan makanan dari langit; Manna (madu) dan Salwa (burung puyuh) memenuhi bumi (Al A'raf:160)
-Dalam perjalanan itu juga, Bani Israel melewati suatu kaum yang menyembah berhala dan mereka meminta Nabi Musa agar membuat sebuah berhala untuk disembah.
-Setelah Allah binasakan Firaun, Nabi Musa minta kitab dari Allah sebagai panduan untuk Bani Israel. Allah memerintahkan Nabi Musa agar menetap di Gunung Thur selama 30 hari. 
-Nabi Musa berwasiat pada Nabi Harun agar mengganti tugasnya.
-Setelah 30 hari, Allah memerintahkan Nabi Musa agar berpuasa 10 hari lagi
-Sepeninggalan Nabi Musa, Samiri telah menyesatkan Bani Israel dengan membuat anak sapi dariapda emas2 perhiasan untuk disembah oleh Bani Israel
-Selepas Nabi Musa kembali pada kaumnya, Nabi Musa memarahi Samiri dan membakar anak sapi itu (Toha:85-87)
-Kemudian, bani Israel menyesal (Al baqarah: 54)
-Nabi Musa memilih 70 orang lelaki untuk pergi bersama ke Bukit Thur. Mereka minta pada Nabi Musa untuk melihat Allah. Lalu, mereka disambar halilintar hingga mati bergelimpangan dan kemudian dibangkitkan kembali. (Al Baqarah: 55-56)
-Allah memerintahkan Nabi Musa bersama Bani Israel memasuki Palestin. Sebelum masuk Palestin, baginda diberitahu bahawa orang2 Palestin (orang Kan'an) adalah kaum yang gagah dan kuat. Oleh sebab itu, Bani Israel merasa takut untuk berdepan dengan kaum Kan'an dan tidak mentaati perintah Nabi Musa (Al Maidah: 20-22)
-Maka, sebagai hukuman, Allah mengharamkan Bani Israel masuk Tanah Palestin selama 40 tahun (Al Maidah: 23-25)
-Nabi Musa wafat sebelum sempat membawa Bani Israel masuk ke Palestin.
-Selepas itu, Yasyu' (anak cucu Nabi Yusuf) memegang urusan Bani Israel. Allah perintahkan mereka agar masuk Tanah Palestin dengan khusyuk dan merendah diri. Tapi mereka langgar perintah Allah dan masuk kota itu dengan sombong. (Al Baqarah: 58-59)
-Selepas kematian Yasyu', sering terjadi perang antara Bani Israel dan orang2 Palestin. Oleh sebab Bani Israel banyak memungkiri perintah Allah, maka Bani Israel dikalahkan oleh orang Palestin dan mereka hidup dalam kegelapan, hinggalah sewaktu zaman penindasan Jalut.
-Allah utuskan raja Talut untuk menentang Jalut. Akhirnya, Jalut berjaya dibunuh oleh Nabi Daud.
-Kemudiannya, Nabi Daud berkahwin dengan anak Talut dan memegang takhta. Selepas wafat, anaknya Nabi Sulaiman menggantikannya. 
-Bani Israel menetap paling lama di Palestin zaman Nabi Sulaiman.
-Selepas Nabi Sulaiman wafat, takhtanya diganti oleh kaum Bani Israel sendiri. Pada waktu ini, ramai Nabi2 yang diutuskan Allah kepada Bani Israel dibunuh oleh mereka sendiri
-tahun 586 S.M, kota Jurusalem hangus dibakar oleh Raja Nabuchatnizar dari Iraq (Babylon)
-tahun 37 S.M, mereka dijajah oleh Rom. Raja Herod (dari kalangan Bani Israel) telah dilantik untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman
-Pada waktu ini, Allah utuskan Nabi Isa dan juga kitab Injil untuk mengajak semula Bani Israel agar menyembah Allah.  Namun, mereka degil, malah menghasut kerajaan Rom waktu itu agar membunuh Nabi Isa dengan menuduh Nabi Isa akan meruntuhkan Kaisar Rom nanti
-Akhirnya, hakim2 Rom memburu Nabi Isa untuk disalib. Namun, Allah selamatkan Nabi Isa dan mengangkatnya ke langit dan menggantikan Nabi Isa dengan seorang munafiq yang menyerupainya.
-Sebagai kehinaan Allah, Rom akhirnya tidak memprcayai Raja Herod dan mereka memusnahkan Jurusalem.
-Sejak inilah, Bani Israel keluar merata2 dan tidak berani datang ke Palestin kerana takutkan Rom
-Mereka hanya menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang dijanjikan dalam kitab mereka kerana mereka berharap akan muncul Nabi di kalangan Bani Israel.
-Tapi janji Allah itu pasti. Nabi akhir zaman itu ialah Nabi Muhammad dari bangsa Arab, keturunan Nabi Ismail, bukan dari Bani Israel.
-Bani Israel yang menolak kenabian Nabi Muhammad ini digelar Yahudi. 
-Yahudi ini duduk bersepah2 hinggalah mereka kembali ke Palestin tahun 1187 M apabila Salehuddin Al Ayyubi mengalahkan tentera Salib. 
-Propoganda untuk menubuhkan negara Israel telah bermula dihujung kurun ke 19. Theoder Herzl’s (Yahudi berbangsa Hungary) telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya
-Dan akhirnya dengan bantuan British, pada 14 Mei 1948, negara Israel telah ditubuhkan oleh Yahudi Zionis 
.............................................
Rentetan dari sejarah ini, jelaslah bahawa, Yahudi ini hanyalah pendatang. Palestin bukan tanah asal mereka. Bangsa Kan'an (orang Palestin sekarang) adalah penduduk asal tanah ini.



Ya, memang dulu tanah itu dijanjikan oleh Allah pada Bani Israel. Tapi Allah buat itu semua agar mereka lebih taat dan bersyukur pada Allah. Tapi, mereka degil. Malah, mereka bunuh Nabi2 yg diutuskan Allah. Maka, murka Allah ke atas mereka.

Dan, Allah juga menggantikan Bani Israel dengan umat Muhammad. Mungkin 1 hari nanti, Allah boleh lenyapkan kita (umat Muhammad) jika kita hidup seperti Bani Israel, yang berterusan meingkari keesaan Allah.."



Sumber rujukan: Kisah Nabi-Nabi dlm Al Quran (Dr Abd Fathah Thobbaroh) 
                                : Artikel "Benarkah Palestin tanah asal yahudi" (boleh klik link di sini)

2 comments:

  1. Penerangan yg mudah dan jelas. terima kasih byk ya. palestin bukan milik yahudi !

    memang dulu tanah itu dijanjikan oleh Allah pada Bani Israel. Tapi Allah itu semua agar mereka lebih taat dan bersyukur pada Allah. Tapi, mereka degil. Malah, mereka bunuh Nabi2 yg diutuskan Allah. Maka, murka Allah ke atas mereka.

    ReplyDelete