my little sister i've,
before, right now, and future,
hopefully,
we will be together in 'jannah'
Take care everything; ur health, ur iman, ur study
Kata2 drp Ibnu 'Atha illah:
"Demi
Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau
lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau
mengenal Allah"
Kita
hidup di dunia cuma sementara. Tapi, ada 3 'amal yang akan panjangkan
umur kita, hatta hingga hari kiamat pun, pahala itu akan sentiasa
berterusan rahmati kita; iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan doa
anak soleh.
Sanah
helwah Dah. Moga panjang umur dalam keberkatan Allah. Moga berjaya
mencapai cita2. Jadikan karier dan study kita untuk kita penuhi TUJUAN
HIDUP (sebagai 'ibadullah dan khalifatullah), bukannya hidup sekadar
untuk penuhi KEPERLUAN HIDUP. Siiru 'ala barokatillah..
Last pesanan kak petik daripada kata2 Ibn 'Athaillah lagi:
"Jangan
putus asa, sekiranya Allah lewatkan penerimaan doamu, walaupun kamu dah
bersungguh berdoa kerana Allah telah menjamin akan menerima semua doa;
-menurut apa yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu,
-dan pada waktu yang ditentukanNya, bukan pada waktu yang engkau tentukan.
Kak
duk jauh, x mampu nak dengar semua cerita dan masalah Dah di sana. Masa
nak skype pun terbatas sebab masing2 ada komitmen. Tapi, masa dengan
Allah tidak pernah terbatas. Berdoa dan terus berdoa. Kak pasti, tiada
hidup tanpa cabaran, tiada hidup tanpa kesusahan. Tapi, pandanglah semua
itu sebagai TARBIYYAH DARI ALLAH, AGAR KITA JADI LEBIH KUAT.. Jangan
mudah merungut kerana apa sangat nak bandingkan masalah kita dengan
nikmat Allah yang tidak terhitung.
Ihfazillah yahfazka. Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu..
uhibbuki fillah, wallahi..
kakekmu
No comments:
Post a Comment