Tadi skype dengan adik di Jordan, bagitaw dia tak boleh skype lama2, nanti nak gi basuh baju sebab awal pagi esok, dah kena bertolak ke Dungun, ada family day batch. Adik tanya basuh baju guna tangan atau mesin? Saja main tipu, raih simpati kononnya, "basuh guna tangan". Padahal, duit syiling 50 sen 50 sen dah letak awal-awal dekat baldi nak basuh guna mesin.
Tup tup, 30 jam lebih dah, tengok baju masih tak siap2. Sekali bukak, tengok air bertakung dalam tu, tak rinse lagi. Sorang kawan ni bagitaw mesin ni stuck tadi, cuba tambah 2.50 sen lagi. Memang tak nasib baik, mesin tu dah nak rosak walaupun setelah kali kedua aku cuba. Jam dah masuk angka 12 lebih. Nak tak nak, kena settle baju ni malam ni jugak sebab esok nak gi ke Dungun sampai hari ahad. Dahlah duit burn, penat cari duit syiling, penat nak basuh baju tengah malam pulak. Luka kat tangan kiri yang kena pisau hari tu pun tak sembuh lagi. Pagi
tadi pulak terkepit pintu sampi biru jari telunjuk kanan. Nasib baik
result exam blok lepas yang baru tahu pagi tadi tu jadi penyejuk hati. Selawat, Najah.. Stop complain.
Sambil basuh baju tu, baru teringat tadi ada sebut dengan adik, "basuh guna tangan". Haa, ni lah bahana menipu! Kan betul basuh guna tangan tu. Tersengih sorang2 dalam bilik air tu. Lain kali, jangan gatal mulut nak menipu. Kena dera fizikal sikit tu pun dah merungut penat, kalau kena azab neraka atas dosa2 kita menipu tu pulak macam mana? Allahurabbi..
Teringat pesan Nabi:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم: قَالَ
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ
أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari, dan jika diberi amanah ia berkhianat.
Apa yang kita perkatakan, kita kena bertanggungjawab dengannya. Setiap hari, kita lafazkan syahadah dalam solat. Tapi betulkah kita tunaikan amanah syahadatul haq ni? Dalam solat waktu doa iftitah, kita lafazkan إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. Tapi, betulkah solat kita khusyuk untuk Allah? Hidup kita ni kerana Allah? dan mati kita kerana Allah?
Got a lot throughout this day. Thanks Allah for everything You had given to me. Apa yang penting, bila dapat sesuatu kesusahan, jangan cepat merungut. Cari hikmah dan cari kekuatan di sebaliknya.
Bahang Ramadhan makin terasa. Teringat tazkirah dalam Topik Jumaat Ikim oleh seorang ustaz;
- Rejab banyakkan istighfar; untuk bersihkan diri daripada mazmumah.
- Sya'ban banyakkan selawat; hiaskan diri dengan cinta Nabi, agar kita mendapat syafaat Baginda
- Ramadhan banyakkan baca Al Quran; kerana Ramadhan itu bulan diturunkan Al Quran
- 'Idul fitri banyakkan takbir,tasbih, dan tahmid; anugerah bagi orang berjihad di Rejab, Sya'ban, Ramadhan.
Don't repent after it. Lets strive from now..
perkongsian yg menarik ttg 4 bulan yg mulia tu :)
ReplyDeletenak copy ye :)