Man propose, God dispose. Memang betul. Walaupun kita rancang berbulan-bulan sekalipun, kalau Allah takdirkan begitu, begitu jugak jadinya. Kunfayakun.
Dah lama plan dengan bimi nak gi rumah teh di Batu Pahat. Bertolak dari Kuantan ke Batu Pahat dalam pukul 3.30 petang Jumaat tu. Sampai batu pahat dalam pukul 9 malam lebih. Tak sempat duk lama pun kat negeri Sultan Johor ni, malam tu Ummi telefon Teh, beritahu ayah long (pak saudara sebelah Abi) masuk ICU sebab kena jangkitan air kencing tikus, atau nama saintifik Leptospirosis. Malam tu, memang aku study bab penyakit lepto ni la. Blok lepas ada je bab Leptospira ni dalam subjek Microbiology, tapi tak study betul2. Setakat hari Jumaat tu, dapat khabar yang ayah long masih sedar lagi, tapi mata sangat kuning (sclera jaundice disebabkan oleh bacteria Leptospira ni serang hati) dan ayah long langsung tak bercakap, tak tahu sama ada boleh recognize orang atau tak. Bila tahu keadaan ayah long macam ni, terasa jugak nak balik lawat ayah long. Tahun lepas waktu pergi umrah, kami 3 beradik ni la bergilir tolong bawak kerusi tongkat ayah long, sebab keadaan ayah long yang uzur sebab Gout. Tawaf sama2, sa'ie sama2, jalan kaki pergi masjid sama2.
Dan, tengah hari Sabtu esoknya, Teh buat keputusan untuk balik Terengganu. Keadaan ayah long makin kritikal, kalau semalam masih bukak mata, tapi pagi sabtu tu dah tak bukak mata, unconcious. Kami bertolak dari batu pahat dalam pukul 12 tengah hari lebih. Tak sangka, pergi u-turn batu pahat dulu sebelum balik rumah kat Besut ni :). Alhamdulillah, sampai di rumah dalam pukul 11 malam selepas hampir 10 jam atas kereta. Sebelum tu, singgah makan di kedai Ombak Rindu, bombastik nya nama :)
Pagi Ahad esok tu, terus pergi ke hospital perdana di Kota Bharu. Bilik menunggu ni penuh dengan saudara mara je, sebab pagi Ahad tu dapat berita ayah long makin teruk daripada kelmarin; ayah long terpaksa guna alat bantuan pernafasan (ventilator) disebabkan bacteria tu dah serang bahagian peparu. Masa yang ada tu, sempat sembang dengan mok long, tanya keadaan ayah long seminggu yang lepas; nak tahu history dan early symptoms. Sambil2 dapat belajar, selama ni belajar teori je dalam PBL. "Seminggu lepas, ayah long pergi kursus di 'dot dot dot' resort di besut (tak perlu kot mention nama, nanti pegawai kesihatan yang tolong check). Balik daripada kursus tu, dia demam. Katanya tak larat dan lenguh badan. Ayah long ada pergi klinik, tapi doctor hanya bagi ubat demam dan MC. Selepas daripada tu, boleh tengok ayah long ni macam orang lain dah. Tak banyak bercakap, kaku je. Hari Jumaat tu, demam ayah long makin teruk hingga dia tak respond pun bila orang panggil. Masa tu la, mok long dan zaim (anak bongsu ayah long) angkat ayah long bawak pergi hospital perdana. Masa tu, memang ayah long langsung tak bercakap. Hanya kaki je yang bergerak sedikit, tanda dia respond bila orang panggil nama dia", panjang lebar mok long bercerita.
Ok, jadi memang sama dengan symptoms apa yang aku baca di medscape tu. Early symptoms lepotspirosis: high fever with chills (badan ketar), muscle tenderness (kejang otot). Sebab tu, doctor yang rawat ayah long ni pesan; "biasanya orang misdiagnose antara dengue, malaria dan lepto. Kalau lepto, bila patient bagitaw demam, sejuk dan sakit badan, cuba picit labu betis dia. Kalau expression dia menunjukkan dia ni sakit sangat, lebih baik kita buat blood test dan urinalysis. Mungkin dia ni +ve leptospirosis. Lepto ni bahaya sebab early symptoms dia hanya high fever dalam 7 hari. Dalam masa 7 hari ni, bacteria Leptospira interrogans ni akan disseminated (berjalan sekeliling badan melalui saluran darah dan lymphatic system). Leptospira ni bahaya sebab dia ni motile (bergerak, x duk diam) dan dia ada hook (cangkuk) yang dapat buat lubang kat tissue badan kita ni, sebab tu lah leptospirosis ni dapat menyebabkan anemia". Hmm, banyak benda yang baru aku belajar. Alhamdulillah.
Petang tu, terkebetulan waktu giliran aku dan bimi masuk nak tengok ayah long, doctor yang rawat ayah long ni tengah explain keputusan x-ray pada mok long dan kak cik (anak ayah long yang ke-3). Menurut keputusan x-ray tu, lung ayah long dah tak nampak clear disebabkan oleh pulmonary hemorrhage (peparu berdarah)! Patutlah platelet count ayah long yang normal daripada 400,00 jatuh jadi 6,000 lebih. Bila tengok lab report kat nurse; diagnosis +ve severe leptospirosis, chronic gout, anemia dan arthritis. Menurut doctor, ni kes lepto yang paling teruk dia pernah jumpa, mungkin bacteria yang serang ayah long ni memang jenis power. Tapi, badan ayah long masih lagi boleh compensate untuk lawan bacteria tu sebab ayah long tak de hypertension dan diabetes. Alhamdulillah. Yang tu penting sangat untuk control kita punya diet, especially waktu muda-muda ni.
Petang dalam pukul 6 lebih, aku bertolak balik ke rumah sebab malam tu dah kena pergi Kuantan. Pagi Isnin esok tu kelas pukul 8 pagi lagi. Moga Allah bagi kekuatan dan Allah berikan apa yang terbaik untuk ayah long. Najah tak dapat baca Yaasin kat tepi katil ayah long, tapi Najah tak lupa kirimkan doa dan Yaasin daripda sini. Moga Allah permudahkan kehidupan ayah long.
Doctor ada pesan, diagnosis doctor ni ikut teori yang kita belajar. Kalau ikut, pulmonary hemorrhage ni severe sangat dah dan boleh menyebabkan kematian. Din Beramboi dan Izwan Pilus pun sakit sebab ni. Tapi, Allah lebih berkuasa atas segalanya. Qada' qadar Allah dah termaktub di Luh Mahfuz, bila dan di mana ajal kita semua. Apa yang penting, ikhtiar, ikhlas dan redha dengan segala keputusan Allah. Dan yang pasti, kita semua akan mati.
...............................
Banyak sangat pengajaran yang dapat hujung minggu baru ni. Ayah long kena bacteria tu mungkin punca daripada makan atau minum yang dijangkiti dengan bacteria dalam air kencing tikus. Ajar kita hati-hati dgn makan
minum, bacteria yang tak nampak dengan mata kasar ni boleh buat hidup kucar kacir. Kalau makan minum yang tak
halal masuk jadi darah daging kita, tak taw mcm mana azab Allah di alam
barzakh dan kat neraka nanti.
Jadi, penting untuk kita amalkan doa ni sebelum makan. Moga terhindar daripada sihir, kuman dan segala mudharat.
رسول الله يقول من قال بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يصبح ومن فالها حين يصبح ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يمس
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari
berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan
sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah
maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tudak
ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan
barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala
dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi,
5/465 dan Ahmad)
Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit:
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِين
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah Al-Anbiya: ayat 83)
[terima kasih pada kawan2 batch Avant Garde yg doakan untuk pak cik. Dan juga tolong bagi doa penuh sekali dengan maksud sekali. Credit to Aisyah Ahmad and Syahmi ]
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah Al-Anbiya: ayat 83)
[terima kasih pada kawan2 batch Avant Garde yg doakan untuk pak cik. Dan juga tolong bagi doa penuh sekali dengan maksud sekali. Credit to Aisyah Ahmad and Syahmi ]
Belajar dalam kelas, kita guna term medic yang orang putih reka tu. Myalgia, hemaptysis, hypotension dan lain lain. Jawab dalam exam pun kena make sure ejaan pun betul. Tapi, bila dalam praktikaliti, kalau kita guna jugak term medik jugak, orang akan kata doktor ni sombong, gunalah term yang semua orang boleh faham. Baru ni, terkebil2 jugak bila saudara mara tanya aku yang baru setahun jagung ni dalam medik tentang penyakit ni; Macam mana boleh kena, macam mana nak tahu kita kena sakit tu, macam mana nak prevent, macam mana nak ubati. Part paling mencabar bila nak tukar term medic tu pada term yang semua orang faham. Contoh: Pulmonary hemorrhage=peparu berdarah.Sclera jaundice=mata kuning. Liver hepatitis= hati ni inflam? Haa, sudah. inflam ni ape? ^_^
Semangat untuk belajar sungguh2. Sekali kita dah decide untuk berada dalam medic life ni. Jangan ragu. Kalau dulu, 50-50, tak sure nak medic atau tak. Tapi, once we have make it, work harder to prove that we've made the right choice. Make the 50% becoming 100%.. Allah suka akan amalan hambanya yang sungguh-sungguh..
......................
Teringat perbualan dengan ayah long di lobi hotel kat madinah.
"Kak Najah ambik medik kan?"
"Tak lah, baru ni mintak dentist. Takut la nak jadi doktor, ayah long. Sibuk, susah belajar, susah kerja".
"Ayah Long ingat kak najah ambik medik".
"Nak
dapat medik guane kalau mintak dentist? Bila dah masuk Kuantan nanti,
memang tak boleh tukar dah. Tak pe, dentist pun doktor gak, ayah long.
Doktor gigi! " :)
"Hmm. Doktor gigi tak leh la nak rawat gout
ayah long ni. Nak cabut gigi pun tak dok gigi doh, mesti ayah long dah
tua waktu kak najah grad kekgi :) ", Ayah long sekadar bergurau
"Hehe. Tak po. Adik Kamil nak jadi doktor", teringat ke adik bongsu di rumah.
"Tak po lah. Kerja gapo pun, asal halal. Doa moga Allah beri yang terbaik je".
.........
Ya.
Allah tahu apa yang terbaik. Dan perjalanan pun masih panjang lagi.
Baru tahun pertama dalam dunia perubata ni. Ada 4 tahun lagi untuk aku
hadam segala benda ilmu Allah yang luas ni, untuk keluar ke lapangan
sebenar nanti. Dan moga2 dalam masa 5 tahun ni juga, aku dapat merawat ummah yang sakit fizikal dan juga sakit rohani. Allahumma yassir.
~moga Allah kurniakan yang terbaik untuk Ayah Long. Sesiapa yang terbaca post ni, harap dapat sedekahkan Al Fatihah untuk Ayah Long, moga Allah permudahkan Ayah Long untuk hadapi sakit ni.
p/s: Especially buat kaum lelaki yg suka minum teguk air tin mcm tu je tanpa
straw, basuh dulu air tin tu. Sebab air tin tu direct ambik daripada kilang. Takut2 tikus pernah urinate kat situ, kite mane tw kn. Salah satu sebab yang boleh menyebabkan Leptospirosis ni. Dan doctor jgak nasihat, hati2 nak pergi mandi kat sungai. Tapi, susah gak nak terima nasihat tu. Jadi, sebelum mandi, baca doa dulu. Mintak bacteria tu lari jauh daripada kita. Boleh ke gitu? Hee :)
Moga Allah sembuhkan ayah long najah..amin
ReplyDeleteAllah tau apa yg terbaik utk kte. InsyaAllah. *tgh berusaha gk utk trime mdc..hee*
Ble ad sakit apa,msti org akn tny sbb taw amek medic..mcm kta ni dah jd dr plk..kdg2 terkulat2 xtaw nk jwb pe..alamak ak x blaja lg bnd tu..alamak..da blaja tp dah lupe..hee..bestnya ble org tny menyebabkn kte pg kaji,rujuk bku sane cni,bkak blk notes..hee..benefit dpt kt dri sndri gk^^
Nk tny bebrape soalan leh..
Bact tu mmg ad lam sume urine tikus ea?
Kulit ayh long x kuning ea? Just sclera je ea?
Cane ye bacteria ni blh menyebabkn kejang otot? Blh tlg terangkn sket x ^^
Urm..psl air tin tu..wlaupn sy bkn laki..hee..kdg2 penah gk men minum je..thanx for the reminder
miss arisa: bact tu hanya ad dlm infected tikus. tp prob nya, kita x leh bezakan yg mane yg infected n yg mane x.
Deletesy x tgok direct, yg tu ap yg diceritakan je. tahap awal mata je kuning, sebelum meninggal seluruh badan kuning. because of high bilirubin due to destruction of Hb.
mcm mane bacteria tu bleh menyebabkan muscle spasm? x sure la, myb bacteria tu destruct muscle or inhabit there.. kne tny yg pakar. sy ni just a doctor -in-making :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete