Monday, 31 December 2012

cari hikmah dalam musafir

Alhamdulillah, puas hati dapat balik weekend ni. Asalnya, sebab pergi beli tiket bas on the spot, semua tiket ke pantai timur habis licin malam Jumaat tu. Dengan sadisnya, telefon la kawan minta tolong ambil balik aku di stesen ni sebab tiket semua dah habis. Tragis :(

Tapi Alhamdulillah, sejak dari turun dari bilik nak gi stesen, tak henti2 panjatkan doa minta dengan Allah agar permudahkan urusan. "Ya Rozzaq, bagilah rezeki aku nak balik rumah kali ni. Ya Rozzaq. Ya Rozzaq..".. Alkisahnya, ada seorang ustaz kat sekolat dulu, Ustaz Borhanuddin namanya. Satu hari, aku tanya ustaz, "apa petua ustaz selalu je bertuah bila ada cabutan bertuah". Jawapan ustaz, "banyakkan sebut Ya Rozzaq serta yakin bahawa hanya Allah Pemberi Rezeki". Berkesan jugak petua ustaz ni. Banyak kali jugak aku dapat cabutan bertuah lepas baca. Cubalah try :)

Alhamdulillah wa syukru lillah. Akhirnya, ada seorang pak cik di kaunter bas SKA bagi tiket bas atas dasar kesian. Dahlah dapat dengan harga rm20 berbanding harga asal rm32. Terima kasih Allah Ya Rozzaq. 

Sambil menunggu jam 1 pagi, sempat terjah baca buku Prof Wan Maseri, tajuk "Keluarga Bahagia dengan Asmaul Husna". Tiba2 nampak kelibat Prof Maseri lalu menuju ke surau.. Teruja. Cepat2 gi salam dengan prof. Sempat berbual sekejap minta nasihat prof di surau terminal tu
Antara nasihat prof sempena musim exam ni, "Tiap kali nak belajar, jangan lupa sebut di mulut, AKU BELAJAR LILLAH TA'ALA. Nampak simple, tapi dalam kesannya. Lama2 akan timbul rasa nikmat dan syok menuntut ilmu, bukan sekadar nk kejar pointer di dunia, tp nak kejar ganjaran pahala Allah bagi orang menuntut ilmu ni"..


Dan satu lagi cerita yang nak kongsi; dalam bas tu, ada seorang bapa dengan 2 orang anak kecil, lebih kurang 3-5 tahun kot duduk sebelah sit aku. Pukul 3 pagi, aku tersedar dan tak boleh tidur sebab sejuk sangat. Lagipun, dengar 2 orang budak kecil menangis kesejukan. Si ayah yang penyayang ni, cabut sweater yang dia pakai dan selimutkan 2 orang anak yang kesejukan ni dengan baju sejuk tu. Si anak tak berhenti lagi menangis. Lalu, si ayah ni pun buka beg dia. Aku perhatikan dia keluarkan laptop dan beberapa barang lain lagi dari begnya, dan kemudian masukkan semula. Aku agak, mungkin dia cari sesuatu yang boleh selimutkan anak tersayang ni. Tiba2 aku jadi sebak. Teringatkan abi di rumah.



Aku teringat tadi, aku ada masukkan beberapa baju t shirt dan selendang dalam beg. Lalu aku keluarkan dan bagi pada si ayah tu. Si ayah ucapkan terima kasih dan selimutkan anak2 tadi dengan baju aku bagi tu. 

Alhamdulillah, banyak pengalaman aku dapat malam tu. Teringat pesan tokwan tiap kali sblum nak gi jalan jauh, "Jangan lupa solat sunat musafir dan letak niat nak cari hikmah kt mane2 je spanjang perjalanan". 

Dan aku temui hikmah perjalanan malam ni. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment