Thursday, 25 October 2012

humble

Seriously, i miss Mecca Medina really much. Tadi tengok makkah tv online, dapat tengok jema'ah haji bertalbiah di padang arafah. Sesak dengan manusia. Jadi, untuk kurangkan rasa rindu dengan 2 tempat suci itu, aku capai satu buku yang abi baru beli, TRAVELOG HAJI by Prof Muhd Kamil. Dengan harapan sedikit sebanyak dapat ubat rindu ni. 1st bab yang aku baca ialah 'Khatam Quran'.

Prof Muhd Kamil, 38 y/o, honoured with PhD in early age. He has everything, but he lack something important ; he don't know to read Quran. But, after decided to go for Hajj, he start to learn Alif Ba Ta from a young man, Hafizi. He was not ashamed to admit his weakness. Orang yang kuat itu takkan lemah dengan kelemahannya, bahkan dia akan cari kekuatan di sebalik kelemahan tu.

Sampai satu ketika, sewaktu Prof belajar Quran dgn mursyidnya, mak ayah mertua prof datang ke rumah. Part ni sangat mengajar aku sesuatu. Copy pasta daripada buku tu;

"Ketika saya baru pelajari Qiraati 2, emak dan abah tiba di rumah. Di dalam bilik, hati bersimpang siur mahu keluar belajar atau berdiam diri. 18 tahun berkahwin dengan anak mereka atau jadi menantu, mereka tidak tahu yang saya buta Al Quran. barangkali, barulah mereka tahu yang selama ini saya hanya olok2 membaca ketika menghadii majlis tahlil atau doa selamat di kampung". 

Cuba teka apa tindakannya? Prof Kamil tanpa segan keluar belajar. Baginya, tidak tahu baca Quran itu lagi memalukan. Bertahun2 sudah malu pada diri sendiri. Prof akui kelemahannya. Kalau kita bagaimana agaknya? Mungkin ego memujuk kita supaya jangan buka aib diri depan orang lain. Naluri manusia memang begitu, malu dengan kekurangan diri. Tapi, orang yang berjiwa besar sahaja mudah mengakui kekurangan diri, bahkan dia akan berusaha untuk perbaiki apa yang lompang itu.

Akhirnya, dengan berkat usaha yang tekun, Prof berjaya habiskan 30 juzuk Al Quran di Masjidil Haram dengan penutupnya surah An Nas. Siapa sangka, dengan taufik dan hidayahNya, sesuatu yang mustahil jadi kenyataan. 



.................................................

Mungkin ada lagi cerita lain yang lebih menarik. Tapi bagi aku, kisah ini sangat 'inspiring'. Inilah sifat orang yang tawadhu' atau nama lainnya humble. 

Admit your weakness, Allah will add strength. He doesn't like arrogance, but He will empower the humble.

Minggu lepas, waktu nak ambil makanan di kafe kuliah, aku terdengar respond seorang doctor bila tengok ayam yang tinggal cuma seketul, maksudnya dah tak de lauk time tu. Katanya, "Hmm, seketul pun rezeki Allah jugak. Makan apa yang ada, orang lain belum tentu makan cukup". Sementara sebelum tu, aku terdengar respond kawan2 yang bergelar student lagi ni komen, "Alah, seketul je ayam. Lauk ape je yang ada. Tak de mood nak makan". Hmm, nampakkan beza 2 dialog ni?

#Aku sendiri punya kekurangan. Banyak. Jadi, mohon maaf atas segala kekurangan. Saya budak baru nak belajar bertatih mengenal erti hidup. 

#Selamat Hari Raya Aidiladha. Taqobbalallah minna wa minkum

#wish to be there one day. I'm waiting for The Call..

1 comment:

  1. pernah baca buku ni a few years ago. mmg meruntum jiwa. suka sgt dgn prof kamil. till skrg trah follow dia kat blog dia. baca catatan hidup dia.

    ReplyDelete