Wednesday, 3 April 2013

anak muda pengecut?

Status Ustaz Roslan Mohamed Tanyalah Ustaz tv9, "apakah perlu seronok dgn bubar parlimen?.. Jawabnya: Ya sebab proses memilih kepimpinan adalah sebahagian ajaran Islam".

Alhamdulillah, 3 april senalam bubar, bukan lagi bubur....

Mungkin ada sesetengah tak suka bila bercakap soal PRU. 
"Katanya tarbiyyah lagi penting dari
PRU". Soalnya, apakah politik dan Islam itu diasing-asingkan?. Politik itu sebahagian daripada Islam, dan politik itu sunnah Nabi. Buktinya, dengan politik (kuasa), Nabi mentadbir Madinah. Bagaimana mungkin tanpa kuasa, umat Islam akan kuasai dunia?. Dalam kaedah usul fiqh, wudhu' itu menjadi wajib untuk solat yang merupakan satu kewajipan. Jadi, politik (kuasa) itu menjadi wajib untuk mendirikan negara Islam (juga satu kewajipan).

"Ada yang kata politik sekarang dah kotor dengan budaya fitnah memfitnah". Tapi soalnya, apakah drama dan movie hari ini tidak kotor dengan aksi lucah dan budaya kotor? Kenapa soal politik kotor dengan fitnah memfitnah diungkit, tapi dalam masa yang sama dia jadi penonton tegar siaran movie yang merosakkan akhlak?.

"Dan ada juga yang kata, kita ini mahasiswa, politik itu benda besar untuk kita fikir". Tapi soalnya, apakah hal syurga neraka dosa pahala itu benda besar yg tak perlu kita ambil tahu?"... Jadi, memang siasah politik itu benda besar. tapi itulah tugas khalifah; supaya politik Islam ditegakkan dan syi'ar Islam dimuliakan. 
..................................................................................
Kita mahu Islam menang. Tapi sekadar jadi pemerhati bisu, langsung tak cakna pada isu ummah. Katanya politik itu bosan, dakwah itu beban. Hanya sesak nafas fikirkan masalah diri sendiri yang takkan pernah surut. Sedangkan anak muda zaman Rasulullah berjuang tanpa gentar di medan perang membunuh musuh Islam. Takkan anak muda hari ni takut untuk berbicara tentang kepimpinan Islam. Mungkin saja bila sebut kepimpinan Islam nampak parti PAS, sebut perjuangan bangsa nampak BN. Nak buat macam mana, itulah hakikat yang tak dapat kita sangkal lagi.

"Perjuangan dirancang oleh ulama', diperjuangkan oleh orang yang ikhlas, dimenangkan oleh para pemberani, dan dipetik hasilnya oleh orang yang pengecut". -petik kata ulama'.

Soalnya apakah kita ini pengecut? 

No comments:

Post a Comment