Monday, 6 June 2011

WHI: masakan bibik atau ibu jadi pilihan?


Kelmarin (7 Jun 2011)sambil memasak, sempat tengok satu diskusi yang agak menarik bertajuk 'masakan bibik atau ibu jadi pilhan?' dalam Wanita Hari Ini. Ye la, zaman sekarang ni para ibu pun kebanyakannya dah berkerjaya. Lepas balik kerja mesti penat. Jadi bibik lah yang ambil alih tugasan ibu memasak untuk keluarga. 

Fuh, cabaran besar buat insan bergelar perempuan.Walau setinggi mana pun belajar, secantik mana pun wajah, setebal mana pun beg duit, sepetah mana pun bercakap, tapi kalau TAK pandai memasak,tak lengkap lagilah maknanya. Cuba kita tengok dalam kehidupan seharian, bila berada di U, kita pasti merindui masakan ibu di rumah. Selalu saja bandingkan masakan di kafe dengan masakan ibu tersayang. Kenapa? Itulah kuasa air tangan ibu. Mereka memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Ulama' pernah berkata: "bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, ia akan sampai pada hati orang yang menerimanya". Apatah lagi kalau memasak sambil selawat dan baca doa.

Ni ada tips bagaimana nak lembutkan hati, boleh baca doa seperti:

1)  اَللَّهُمَّ لَيِّنْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ .
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan besi di tangan nabi Daud"

2)  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ                                                                 "Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya  kamu berjaya"   (Al 'Imran: 200)

3) ayat Al Quran dari surah Toha ayat 1-8ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah. (boleh baca ikut keesuaian)

4) Banyakkan zikir Ya Latif, Ya Hayyuy Ya Qayyum ketika memasak

(sumber: petikan daripada "Rawatan pesakit menurut Al Quran & As Sunnah'; Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din)
........................................................................................................... 
Haha. Terasa matured pulak bila menulis bab ni. Apa salahnya, menulis untuk berkongsi. Kalau betul boleh disebarkan, kalau salah boleh dibetulkan. Lagi baik rasanya daripada dapat ilmu seorang diri.Sebenarnya tulis ni sebagai peringatan untuk diri supaya rajin memasak. Ni tak, bila ada mood, rajinlah masuk dapur.Tapi kalau rasa malas, biarkan ummi sorang diri di dapur. Anak perempuan kena rajin, especially bila adik-adik ni jenis makan banyak.Waktu makan tak pernah miss. :)

Jadi waktu cuti begini, ambil kesempatan belajar memasak. Bukan untuk perempuan je, lelaki pun perlu belajar masak. At least, lepas kahwin nanti boleh tolong isteri di dapur (baru boleh jadi suami mithali). Isy! futuristik sangat ni sampai cakap bab kahwin.Tu la, dah semua orang sibuk cakap hal kawin. 

Kesimpulannya, masakan ibu lebih ada kuasa daripada air tangan bibik. Tak salah kalau bibik nak masak, terutamanya bagi spouse yang memang sibuk macam doktor. Tapi jangan lepasakan tanggungjawab memasak 100% pada mereka. Air tangan ibu mampu mengikat hati suami dan anak-anak. Mungkinkah antara punca gejala sosial anak muda sekarang adalah daripada sikap lewa ibu bapa mendidik anak-anak dan tiadanya ikatan hati anak-anak dengan ibu bapa. Ibu bapa sibuk bekerja hingga terlupa makan minum anak-anak. Ibu sibuk bekerja hingga tiada masa si anak nak merasa masakan air tangan ibu.

Buat para ibu dan bakal jadi ibu nanti, memasak bukanlah hobi, tapi ia adalah keperluan yang sangat diperlukan. Siapa sangka, tangan ibu yang lembut menghayun buaian ini mampu menggoncang dunia. Tak pandai memasak tak apa, asalkan jangan malas. Okay, najah :).


# Memasak ni satu bonus buat student yang belajar di oversea sebab kena masak sendiri di rumah sendiri. mabruk 'alaih. Jadi, cabaran buat kawan2 yang belajar dalam negara, waktu cuti la peluang nak belajar praktikal. Kalau kali pertama masak, gulai jadi pecah minyak tu tak pe. Kalau masak terkurang rasa dan dikomplen oleh adik-adik pun, jangan rasa malu. Never give up. Repitition is the mother of knowledge. Alah bisa, tegal biasa. 

4 comments:

  1. tersenyum sorang diri baca post ni. cool r najah. x sangka njh tulis open gni, tabik spring la, hehe.. kne blaja masak la gamoknye. thanx for this sharing. -insyi

    ReplyDelete
  2. i loike this article my dear roomate.

    betul, memasak tu pentiing sebenarnya ;p

    dan, semua ore boleh memasak actually. alah bisa tegal biasa.

    cuti2x ni jom mantapkan skill memasak eh.

    thanks share bacaan tu. biasanya baca doa rabithah je masa masok. nak share kat blog deh?

    ReplyDelete
  3. bagus2..huhu
    kami kat sini,dah bosan masak :D
    sampai buka internet tengok resepi baru..
    kesian ahli bait dah bosan.hehe
    sampaikan ada sorang ahli bait Tah kata,makanan yang paling dia suka makan selepas masakan mak die adalah masakan kami semua,ahli bait dia..huhu
    terharu rasanya~
    air tangan jugak eratkan ukhuwah!
    Tah masa balik Malaysia hari tu bagi alasan tak nak masuk dapur sebab rindu masakan mak :P

    ReplyDelete
  4. mak kt slalu cakap...kalau nak anak dgr cakap, pandai, lekat&ingat rumah..kena masak slalu..xleh bia die lapar...sbb tu sarapan kt mak x prnh tinggal mse kt sekolah dulu..skunk ni da besar pandai2 aa masak sendri plak kan..hahaha

    ReplyDelete