Bila cuti ni, tak dak idea sangat nak menulis. Kali ni, sekadar nak share kata-kata daripada buku Di Mana DIA di Hatiku yang terasa 'gha' di hati ni:
"Dalam hidup ni, manusia akan berdepan dengan 2 perkara. Pertama, perkara yang perlu dilakukan dan kedua, perkara yang suka dilakukan. Perlu dan suka ini amat bertentangan. Contohnya, solat subuh.. Bila hampir masuk waktu Subuh, perkara yang PERLU kita lakukan ialah bingkas bangun, bersuci dan terus berwudhu'. Tapi, apa perkara yang suka kita buat? Pasti kita semua lebih SUKA untuk terus tidur, apatah lagi Subuh itu sejuk dan nyaman. Hmm, bangun Subuh ialah perkara PERLU, manakala terus tidur ialah perkara yang kita SUKA buat. Yang mana satu lebih baik. Tentulah sembahyang itu lebih baik daripada tidur. Tapi, apa yang nafsu inginkan? Jawabnya, tidur! Jadi, lawanlah nafsu. tiada jalan pintas. Ingat, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang PERLU kita buat walaupun kita tidak suka. Tiada pilihan lain. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis !"
"Bila Allah takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Baik buruk hanya tafsiran manusia, sedangkan di sisi Allah, segalanya baik belaka. Maha Suci Allah daripada bersifat zalim dan aniaya terhadap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah"
Sabda Rasulullah: "DOSA adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya" Ya, dosa boleh boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.
"Jangan bimbang jika tidak dihargai, tapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga"
"Kebaikan itu nampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Kena mujahadah. Tapi, apabila dilaksanakan, akan terasa kemanisannya. Terasa kehidupan hari itu sungguh bermakna. Manakala, kejahatan itu nampak indah, mudah dan manis. Tapi, bila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. kerana Nabi pernah berkata: Dosa itu meresahkan."
"Allah mendidik manusia agar berfikir dan merasa, ingatlah PEMBERI NIKMAT, jangan hanya terpesona dengan nikmat"
Gundah Saidina Umar: "Siang aku tidak dapat tidur kerana bimbang urusanku dengan rakyat. Malam aku juga tidak dapat tidur kerana bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai". Allahuakbar, muhasabah diri sebentar. Umar yang dijanjikan syurga berfikir sedemikian, aku hamba Allah yang penuh dosa ini bagaimana.
Bila terjadi sesuatu yang menyakitkan, menyempitkan hati. Katakanlah: "Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi. Aku hamba Allah. DIA tak akan kecewakan aku"
"Setiap manusia tidak dibiarkan oleh Allah begitu sahaja tanpa kelebihan masing-masing. Tuhan menciptakan manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza."
"Cara mati ditentukan oleh cara hidup kita. Kalau kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, insya Allah semasa hampir kematian, Allah jugalah yang akan sentiasa di hati dan di bibir kita"
"Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ramai orang yang khuatir, bukannya berfikir tentang masa depannya. Banyak beza antara berfikir dan khuatir. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. Sebaliknya, sesiapa yang berfikir tentang masa depannya akan memanfaatkan peluang pada hari ini"
p/s: Buku ini sangatlah best. Kata-kata hati yang dapat menyentuh hati, membina diri dengan sikap positif dan membawa diri untuk muhasabah tentang hubungan kita dengan Allah dan makhluk.
p/s: Selamat hari lahir buat roomate first sem dulu, Nurul Nadia Zamimi atau lebih glamour dengan nama Yaya. Dan juga buat kembarnya, Wawa. Moga peningkatan umur ini seiring dengan peningkatan amal. Moga panjang umur dalam taufiq Allah kerana HAKIKAT UMUR di sisi Allah dikira berdasarkan 'amal soleh dan ihsan kita pada makhluk. Mungkin umur kita tahun ini dah masuk 20, tapi berapa agaknya hakikat umur kita di sisi Allah. Adakah 20 tahun juga atau hanya 10 tahun?? Muhasabah bersama..
p/s: Buku ini sangatlah best. Kata-kata hati yang dapat menyentuh hati, membina diri dengan sikap positif dan membawa diri untuk muhasabah tentang hubungan kita dengan Allah dan makhluk.
p/s: Selamat hari lahir buat roomate first sem dulu, Nurul Nadia Zamimi atau lebih glamour dengan nama Yaya. Dan juga buat kembarnya, Wawa. Moga peningkatan umur ini seiring dengan peningkatan amal. Moga panjang umur dalam taufiq Allah kerana HAKIKAT UMUR di sisi Allah dikira berdasarkan 'amal soleh dan ihsan kita pada makhluk. Mungkin umur kita tahun ini dah masuk 20, tapi berapa agaknya hakikat umur kita di sisi Allah. Adakah 20 tahun juga atau hanya 10 tahun?? Muhasabah bersama..
thanks najah.. terima kasih untuk makanan rohani ini.. sentiasa update ye :')
ReplyDeleteinsyaAllah saya akan sentiasa baca dan amalkan apa yang patut saya amalkan.