Saturday, 1 October 2011

happy journey becoming a muslim doctor

1st post dari Kuantan. Dah hampir sebulan rupanya duk Uia Kuantan ni. Awal2 tu, culture shock jugak sebab lectures kat sini strek dari 8 pagi hingga 4 petang. Kalau di matriks PJ dulu, memang honeymoon sangatlah, kelas 12 jam je seminggu.. Tapi, Alhamdulillah, sekarang makin ok :)

Bahagia walaupun sibuk
Macam pelik, tapi itulah yang saya rasakan. Bahagia dalam hati. Sebab apa? Bila sibuk, kita akan gunakan masa sebaiknya hingga tak ada masa untuk buang masa. Tak ada masa nak ngoya (berangan) n main laptop lama2. Tapi main angry birds tu ada jugakla kadang2, nak relax minda.Teringat nasihat Habib Umar, "Sibukkan dirimu dengan benda bermanfaat agar dirimu tidak sibuk dengan benda tak bermanfaat".

Post reading > Pre reading 
Bila masuk U ni, otak kena cepat pick up. Lecturer ajar laju macam roket. So, kita kena pre reading dulu sebelum masuk kelas. Pre reading is not to understand fully, but just to be familiar with the new term. Tapi selalu jugak confius, "nak buat pre reading atau post reading, sebab tak sempat kalau nak catch up semua tu dalam 1 malam". Akhirnya, aku gi la tanya seniors yang dapat distiction, kebanyakannya kata utamakan post reading sebab post reading ni untuk settle apa yang kita tak faham dalam kuliah tadi. Jangan tangguh kalau tak faham, nanti jadi beban! Ok, i got something precious. Thank you seniors..

3K- student U
Biasanya, hidup student U ni tak lari daripada 3K iaitu kelas, komputer (laptop), dan katil. Sebab itulah mahasiswa sekarang jadi lemah dan mundur. Mungkin cemerlang akademik, tapi fail dalam siasah dan sahsiah. Satu lagi, pasti boring kalau tiap hari kita ni dengan 3K je. Dulu pernah jugak rasa boring bila terpaksa lalui kehidupan yang sama setiap hari. Tapi, bila dengar tengok  video ni, rasa malu pulak dengan ikan, laron & semut. Mereka tak bosan hidup yang sama tiap hari sebab TIAP MASA MEREKA ADA ALLAH !



Awal2 dulu, selalu jugak nangis sebab tak leh nak adapt lagi dengan suasana baru ni. Habis bercampur segala benda: letih jalan kaki kalau tertinggal bas, susah belajar, homesick (sebab lama ngat cuti baru ni, 5 bulan kat rumah), dan sebab my only sister terbang jauh. Tapi, sekarang alhamdulillah, semua tu makin stabil. Ramai insan sekeliling hidup yang memberi semangat. Aku ada ummi abi yang sangat prihatin. Ummi abi sokmo pesan, "kerja doktor ni mulia dunia dan akhirat. Kalau rasa lemah, minta kekuatan daripada Allah supaya kuat dalam menuntut ilmu ni ". Semalam pun, ummi abi gi Kuantan, ummi bagi majalah Anis supaya aku baca artikel tentang Dr Muhaya. Hmm, sangat memberi inspirasi. Terima kasih ummi


Dr Muhaya: Ubati rohani sebelum rawat pesakit
Jadikan kerja doktor ni sebagai medium untuk beribadat. Belajarlah kerana Allah dan kajilah ciptaan Allah. Doktor yang tak dapat lihat mukjizat Allah di depan matanya, hatinya mungkin buta. Ye la, kita belajar anatomy, macam2 cell, nerve dan vessels yang ada dalam tubuh badan kita ni. Bila rasa penat nak hafal dan baca semua tu, cuba fikir balik, kita kita patut rasa eager nak belajar tentang ciptaan Allah. Rupanya Allah sangat dekat dengan kita sebab juta2 ciptaan Allah ada dalam tubuh badan kita.

Dr Muhaya ada pesan, pergi hospital dengan niat nak ziarah orang sakit. Hadis Nabi ada sebut bahawa apabila kita ziarah orang sakit, beribu-ribu malaikat akan mendoakan kita. Untung doktor ni. Sibuk tetap sibuk, tapi mencurah-curah pahala.

1 lagi, mulakan pagi kita dengan qiamullail. 2 rakaat tahajjud pun dah cukup. Insya Allah, Allah akan rahmati seluruh kehidupan kita pada hari itu. Mungkin kita akan rasa lebih tenang walaupun  otak penat belajar. Kekuatan dalaman itu sangat penting. Pastikan tiap hari, ada amalan yang kita istiqomah buat, biarpun cuma sedikit. Contoh, every day: solat jema'ah at least 2x sehari, solat tahajjud, ma'thurat, solat dhuha, & quran at least 2 m/s.


MY MISSIONS
# Belajar kerana Allah
# Graduate as a Mukmin doctor 5 years more
# Masyi 15 juzuk ( manfaatkan kelas tahfiz sebaiknya)

Lagu 'Menjejak Bahagia' ni sangat inspiring. Tiap malam mesti dengar lagu ni, teman study kalau mengantuk :)

perjalanan yang kau lalui,
kembara pasti kan menguji,
andai kau jatuh,
andai kau tersungkur,
bangkitlah, teruskanlah langkahmu


kini bukannya masa untuk berputus asa,
janganlah mudah untuk menyerah kalah,
tiada waktu untuk kau persia
renungi mimpi cita,
terus berlari menjejak bahagia
.....................................................
Terima kasih pada semua yang sentiasa di sisi bila diri terasa lemah. Saya sentiasa mengharapkan doa dan semangat daripada kalian semua, esp abi ummi, family dan sahabat2.

p/s: 2 Oct. My brother's birthday. Happy birthday abe. Moga panjang umur dalam taufiq Allah. Terima kasih sebab tym Najah duk PJ dulu, abe banyak kali ulang alik PJ Gombak sebab laptop rosak dan tolong beli tiket bas. Good brother (^_^)

2 comments:

  1. terbaik terbaik terbaik thx utk nasihat2 tu ^_^

    ReplyDelete
  2. semoga selamat sampai destinasi ! :)

    ReplyDelete