Thursday, 30 August 2012

sayaaang tokwe

Hampir seminggu jaga tokwe di hospital KT sbb kencing manis (diabetes) hingga keadaan tokwe macam sedar tak sedar. Banyak benda dapat belajar. Paling terkesan bila tokwe selalu saja tanya "Subuh dah? Zohor dah? Maghrib dah?". Bimbang sangat terlepas solat. Sakit begitu pun masih tak lupa solat.

Arwah tokki suka pesan jangan lupa baca doa ni lepas solat, "Allahummaj 'alni muqima solati wa min zurriyati". Ya Allah jadikan aku dan zuriatku di kalangan orang yang mendirikan solat. Bukan saja doa untuk diri kita, bahkan untuk keturunan kita nanti, aset syurga kita.


Umur tokwe yang dah masuk 75 tahun menyebabkan ingatan tokwe tak seberapa, banyak yang dah lupa. Tapi sekali tu, selepas solat Subuh, aku baca Quran kat tepi katil tokwe. Mengulang juzuk 1 dan 2. Tokwe yang sedang terbaring sakit tu akan tegur bila mana aku tersalah baca. Allahuakbar. Walaupun banyak memori tokwe yang tokwe tak ingat sangat, tapi ayat2 Allah masih lekat kukuh di ingatan tokwe.

Tokwe ceria sebelum buat scan MRI
Hari ke-5, tokwe makin sihat dan ceria. Pagi Selasa tu, giliran aku dan moksu yang jaga tokwe. Hari tu puasa sebab rasanya pipi dah makin bambam :). Tak berhenti makan sepanjang duk hospital tu. Tokwe tak lalu nak makan, orang yang tunggu tokwe la yang tolong habiskan. Dan pagi tu, aku tak sengaja rasa (kecap) susu tokwe (Nutren Diabetic). Tersedar bila moksu telefon ayah zin beritahu x yah beli breakfast sbb kami berdua puasa. Huh, terus aku berlari ke bilik air berkumur. Tokwe tengok dan sengih sambil beritahu, "Tak po. Tak batal puasa tu. Bukan sengaja pun". Rasa bahagia sangat bila tengok tokwe senyum awal2 pagi tu :). Maksudnya, tokwe boleh respond dengan baik.

Dan pagi tu, kami tengok Tanyalah Ustazah. Mula2 tu buat volume slow jah, takut ganggu tokwe nak tidur. Rupanya, tokwe pun nak dengar sama. "Buat kuat sikit. Tokwe tak dengar". Hmm, tokwe memang orang yang cintakan ilmu. Tokwe dulu ustazah. Setiap hujung minggu time sekolah rendah, aku dan sepupu2 akan gi belajar feqah dengan tokwe. Siap buat praktikal lagi macam mana nak samak kalau terkena anjing atau khinzir. Abe2 yg sekolah menengah ni pulak belajar bahasa arab dengan tokki di ruang tamu. Arwah tokki dan tokwe dua-dua  cintakan ilmu. Moga cucu cicitnya pun  mewarisi sikap mulia tokwe tokki.

Sepanjang kat sana juga, ramai sangat saudara mara yang aku tak kenal datang ziarah tokwe. Tok sepupu, 2 pupu, 3 pupu, dan ramai lagi lah pupu pupu ni. Teringat kata2 pedas tok sepupu yang datang melawat tokwe hari selasa, "Orang dulu tak ada kereta, tapi kenal semua anak beranak kaum kerabat. Tapi orang zaman loni, ada kereta mahal pun, tak kenal anak beranak".. Abe imi dan aku senyum je. Terasa.. Memang pun, kenal pun takat sepupu dan berapa kerat 2 pupu je.

Tokwe adalah my idola untuk naqibah usrah. Tokwe komited dengan usrah kawasan sejak zaman muda lagi. Dan kali ni, ramai anak usrah tokwe datang ziarah jenguk naqibah usrah walaupun sekarang umur tokwe dah 75 tahun. Ukhuwah atas dasar akidah ni memang Allah kuatkan robitoh hati.

Family Day anak cucu cicit Wan Ahmad dan Wan Halimah (tok nyang). 

2 comments:

  1. semoga tokwan cepat sembuh. nak tengok tokwan duduk kat ruang tengah kat dapur tu mcm selalu :)

    ReplyDelete
  2. Tringat plok dlu sllu tidur rmh tokwan(strt pd tokki mninggl)..pgi2 tokwan kjut untk brjemaah bersma kt dpn tv...skrg tkwn xrok dh nk jlan jauh2...lps tu tkwan msak n dlm pkl 7stgh ktorang srapan skli ngn tkwn...,mse ziarh tkwn time cti bljr,tkwn sllu bg duit blnje,tkwn kte,tokwan xleh wi gpo doh,,hnya blh bg duit blnje n doakn ksihatan tkwan...

    ReplyDelete