Sunday, 7 October 2012

UJIAN: Yakin adanya HIKMAH itu satu nikmat

Nikmat Allah tak terkira. Tiap hembus nafas, denyut nadi, darah mengalir, dan degup jantung, semuanya aturan Allah. Kalaulah SETITIK darah ada di brainstem manusia (intracranial hemorrhage yg boleh bawa pada stroke), habis kucar kacir hidup hidup manusia. Kalaulah darah yang mengalir di salur darah kita ni tersumbat, pasti macam2 penyakit menimpa kita. Allahurabbi, nikmat Allah itu Maha Hebat. 1000 nikmat Allah bagi, tapi bila mana 1 ujian Allah beri, kita cepat sekali mengeluh. Seolah ujian itu mengatasi nikmat. Na'uzubillah min zalik.

Andainya kita sakit kepala, mungkin urat saraf di bahagian kepala sahaja sakit. Tapi, urat saraf, salur darah, dan berjuta2 lagi sel lain berfungsi normal dalam badan kita. Orang yang berjiwa besar takkan mudah mengalah dengan ujian, tapi dia akan jadi lebih kuat. Bahkan orang berjiwa besar ini ini bila dilanda musibah, dia makin kembali pada Tuhan, kerana dia yakin Allah pencatur segalanya.

Abi dan Ummi..
2 nama ni adalah orang yang sangat berjiwa besar bagi aku. Sampai sekarang, tokwan masih sakit yang mana memerlukan perhatian khusus, 90% terpaksa bergantung pada orang lain. Dan hari Rabu lepas, abang ke2, abe imi terpaksa ditahan dalam wad setelah demam seminggu. Doctor suspect pneumonia (jangkitan bacteria pada paru-paru) atau TB. Result masih belum keluar, dia kena tahan seminggu lagi di wad. Jadi, selama itu jugaklah abi umi akan ulang alik dari Jerteh-Kuala Terengganu (perjalanan ada la dekat 2 jam).

Balik dari sekolah dalam pukul 3, siap-siap pergi jenguk tokwan dulu. Kemudian, bergegas pulak ke HKT tengok abe imi. Ya lah, mana tak bimbang, tiap pagi dan malam, mesti demam. Suhu tinggi pulak tu, pernah sekali tu smpai 39.7 degree. Doktor beritahu bacteria yang serang abe imi ni jenis tahan lasak. Ubat Azithromycin yang kuat tu pun tak de effect sangat. "Ya Allah, Ya Syifa', ringankan beban sakit tokwan dan abe imi".

Abi dan Umi. Pemata di hati. Hero di mata. Moga Najah pun kuat macam umi abi. Syukur sangat dapat balik rumah minggu ni. Kebetulan sekarang ni dalam proses mengecat rumah, rumah memang berdebu, barang berselerak. At least, dapat tolong umi kemaskan rumah, gosok baju abi umi adik2 untuk ke sekolah, dapat ringankan kerja abi umi. Bila buat kerja sorang2 ni, i miss my sister. Kalau tak, mesti kite gaduh. Mesti jealous kalau sorang buat kerja, sorang lagi goyang kaki. Tadi, kesian Fahim. Terpaksa minta tolong Fahim gosok baju adik kamil sebab kak tak siap lagi kerja sekolah nak kena hantar esok. Tapi at last, kak kena gosok balik baju tu. Tak lulus! :)

Malam ni dah kena pergi Kuantan. Esok kelas pukul 8 pagi. Moga Allah beri kekuatan untuk menuntut ilmu medik yang sangat luas ni. Makin banyak belajar, terasa diri makin kerdil di sisiNya.

-"Don't ask for an easier life, but ask to be a STRONGER PERSON"-

Yakin adanya hikmah itu satu nikmat. 
agar kita tak mudah lemah,
agar kita tak cepat goyah,
itulah hebatnya orang beriman.

Mukmin itu; bila mendapat nikmat, dia BERSYUKUR. Bila ditimpa musibah, dia BERSABAR.


لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah takkan bebani seseorang dengan sesuatu yg x mampu dipikulnya..

No comments:

Post a Comment